Mak Ayah Ambillah 15 Minit ‘Cipta Masa’, Bukannya ‘Cari Masa’ Bermain Dengan Anak

Share

Seharian bekerja memang tak pernah habis. Kadang-kadang, masa untuk bermain dengan anak pun tak ada. Maklum saja, pagi-pagi ayah sduah keluar ke tempat kerja. Petang baru pulang. Rutin mak pun sama, ini tak termasuk sibuk dengan memasak, kemas rumah dan sebagainya.

Kalau jenis mak ayah yang faham tentu akan terfikir, bila masa untuk bermain dengan anak. Sibuk sepanjang hari dan kadang-kadang kena cari masa yang sesuai untuk bersama anak. Bagaimana kalau tak ada masa? Kiranya tak dapatlah nak bermain atau banak nak bermanja dengan mak ayah.

Ini belum lagi, kalau anak datang pada mak ayah, time inilah mula kena marah sebab ganggu mak ayah yang penat nak berehat dan sebagainya. Sedihnya bila fikirkan keadaan ini.

Sebenarnya, nak bermain dengan anak, mak ayah tak perlu cari masa yang sesuai. Cukup dengan hanya 15 minit waktu istimewa untuk anak-anak dah berbaloi. Malah, 15 minit itu, mampu cipta momen yang indah untuk anak. Seperti apa yang dikongsikan oleh Dr. Redza Zainol ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ayat Inilah Mak Ayah Ucap Buat Anak ‘Tak Dengar Dan Nakal’, Hati-Hati!

Nak Bagi Mak Ayah Tenang Ajar Anak Belajar, Bacalah Ayat Pertama Surah Al-Fath

Info Lebih Menarik DI SINI

Bermain Dengan Anak – Ciptalah Masa Bersama

Pandai betul isteri saya cari masa bermain dengan anak. Balik rumah, sambil buat kerja itu ini, sempat juga dia selit buat aktiviti dengan anak.

Satu hari saya tanya dia, “Macam mana boleh selit masa main dengan anak?”
Suka pula dia tengok muka blur saya ni. Dia kata gini kat saya.

Beza saya dengan dia ialah saya main dengan anak bila saya ada masa. Tapi dia pula akan
“Cipta Masa” supaya boleh main dengan anak setiap hari.

Terpelanting saya dibuatnya.

Barulah saya faham beza “If I have time, I will play” dengan “I will make time to play”.

Ya Allah, terasa lalai sungguh. Dengan orang luar boleh pula saya set masa nak berjumpa. Sampai buntu masa nak bersama dengan anak. Tau-tau je anak dah besar.

Dia cerita lagi yang dia panggil ni sebagai “Special Time” bersama anak.

Syarat-syarat “Special Time” ni ialah :
1. Kita cuma perlu luang minima 15 minit saja sehari untuk “Special Time” dengan anak.

2. Pada hujung minggu, boleh dibuat beberapa kali dalam sehari.

3. Masa ini kita luang hanya untuk diri kita dan anak.

4. Aktiviti pula mesti ditentukan oleh anak.
Semasa Special Time, tugas mak ayah ialah fokus pada 5 perkara ni. Jom saya kongsikan.

a) Pujian
Contoh :
“Papa suka tengok kakak main anak patung tu, kakak jaga elok-elok ye”.
Anak terus tahu yang kita sedang perhatikan mereka dan anak dapat rasa diri mereka dihargai bila mereka bermain dengan elok.
b) Beri respon segera
Jika anak kata, “Dinosaur tengah kejar dengan singa”, kita pun ikut ulang dengan penuh semangat.
Barulah anak tahu yang mak ayah tengah mendengar.
c) Ajuk perlakuan anak
Bila anak mula susun blok, mak ayah pun boleh bina blok binaan sendiri.
Anak-anak akan tahu kita tengah beri perhatian.
d) Perhati dan huraikan perbuatan anak.
Contoh:
“Oh….adik susun blok hijau atas blok merah ye. Adik nak bina menara ye?”
e) Bersemangat
Penting ni, mak ayah jangan lemau pula.
Contoh :
“Wow! Cantiknya abang mewarna! Ibu sukalah mewarna dengan abang!”
Lepas ni anak pun tak nak cari gajet sebab mak ayah lagi pandai melayan anak berbanding gajet.

Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai mak ayah boleh luang masa berkualiti dengan anak.

Moga lagi ramai mak ayah yang rapat dengan anak.

MW: Betul apa yang dikatakan itu. Bukannya kena berkepit sepanjang hari, tapi 15 minit itu jadikan waktu yang penuh berkualiti untuk anak. Mesti anak pun seronok.

Sumber: Dr Redza Zainol

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora