Bila anak tak dengar kata dan nakal, mulalah mak-mak rasa geram dan marah. Sedangkan tanpa sedar anak-anak ini kurang sentuhan dan ciuman daripada kita. Sampaikan kesalahan kecil pun boleh mak ayah nampak besar.
Setiap hari kerja-kerja rumah tak pernah habis, dengan melayan anak yang seorang gaduh, seorang menangis. Ini pun boleh jadi punca anak rasa terpinggir, mula buat nakal dan tak dengar kata sebab seolah-olah mak ayah tak layan dirinya.
Belum lagi mak ayah asyik fikir kenapa anak nakal, tak dengar kata walaupun pernah kena rotan atau marah sekalipun. Inilah mak ayah kena tahu. Sentuhan dan ciuman itu penting dan kena amalkan suapay anakpanak berlembut hati dan tidak nakal.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mak Ayah Elak Cerita ‘Kenakalan’ Anak, Sebab Dia Pun Ada Harga Diri
Merotan Bukan Cara Didik Anak NAKAL, Dia Inginkan Doa Dari Mulut Mak Ayah
Sentuhan & Ciuman, Elak Anak Nakal
Kadang-kadang anak kita jadi liar dan nakal sebab dia kurang sentuhan dan ciuman mak ayah dia sebenarnya.
Perasan tak kalau anak kita jatuh sampai benjol kepala, kita automatik rasa nak peluk cium anak dan gosok-gosok tempat benjol tu dan serta merta anak kita pun jadi makin tenang dan berkurang sakitnya. Perasan tak?
Itulah keajaiban sentuhan dan ciuman! Tapi nak cium anak pun kena ada ilmu baru la makin berkesan untuk anak kita. Ada tempat ciuman tempat gosokan yang kita kena hafal.
- Ciuman di kepala adalah CIUMAN KEBANGGAAN. Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita contohnya dia boleh skor A dalam exam dia cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.
Ciuman di dahi adalah tanda REDHA. Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.
- Ciuman di pipi adalah ciuman RINDU. Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik daripada sekolah tempat terbaik nak cium adalah di pipi. Kadangkala tu kalau rindu sangat gomol je pipi pau si comel kita tu.
- Cium kat tangan adalah bila kita rasa KASIH sangat kat anak kita. Ciuman di tangan ni istimewa sangat sebab tu kita kena ajar anak kita cium tangan kita. Ramai budak-budak bukan cium tangan tapi sujud kat tangan orang tua. Salah tu!
Bersalam kena guna bibir atau hidung. Bukan dahi. Kalau pak Arab mesti dia tegur kalau budak-budak guna dahi masa bersalaman. Katanya dia tu tanda sembah, bukan tanda hormat.
Untuk tempat gosok tu sama je dengan 4 tempat ciuman tadi cuma tambah extra 2 tempat lagi.
- Gosok di belakang leher ye kalau anak-anak nampak risau atau tak tenteram.
Gosok di dada pulak sangat mujarab untuk kurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok tu mak ayah boleh cuba selawat atau baca surah surah pendek macam Al Fatihah atau Ayat Kursi.
PANTANG LARANG!
Jangan sesekali cium anak kat bahagian bibir. Memang nampak kiut tapi bibir sebenarnya dikhususkan untuk pasangan halal kita je. Area bibir adalah area yang penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat tu jadi supersensitif.
Dikhuatiri boleh membangkitkan nafsu syahwat. Anak-anak pun akan jadi keliru bila umurnya dah agak meningkat ke umur 5 – 6 tahun nanti. Kalau dah terlanjur amal cium mulut nak buat camne? Hentikan sekarang!
Mingguan Wanita : Buat mak ayah kena amalkan. Sentuhan dan gosokan inilah buat anak-anak tenang sebab mereka rasa kita sayang sangat pada dia.
Sumber: Dr Razif Razif
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI