Mak ayah ada hoarding disorder, anak menantu sepakat bersihkan rumah ketika orang tua buat Makkah. Rasa sayang dan suka menyimpan barang-barang antara “penyakit” yang banyak melanda orang tua.
Merasakan barang tersebut ada nilai sentimental, boleh digunakan lagi antara penyebab mengapa terlalu banyak barang-barang lama khususnya tupperware dan “tippuware”, pinggan mangkuk, pakaian dan lain-lain disimpan oleh mak ayah hingga rumah tiada ruang kosong lagi. Paling utama ianya buat rumah nampak tidak kemas dan semak.
Mak Ayah Ada Hoarding Disorder
Satu perkongsian dari seorang anak @aainaa.nordin di Tik Toknya mendapat perhatian ramai anak-anak selepas wanita ni berkongsi video anak-anak dan menantu buat projek membersihkan rumah dan memberi nafas baru ke atas rumah pusaka saat orang tua mereka ke Makkah.
Bermula dari barang-barang menimbun khususnya, pinggan mangkuk, Tupperware mahu pun “tippuware” yang bersusun-susun, akhirnya rumah kelihatan bersih selepas banyak-barang disisih dan dibuang berbanding tabiat menyimpan oleh kebanyakan mak-mak kita atas alasan sayang mahu membuangnya dan ada lagi banyak kegunaan.
Tidak hanya menyisihkan Tupperware yang menjadi kesukaan mak-mak, kotak-kotak disusun rapi di bawah dapur masak, rumah keluarga juga turut dicat baru untuk keselesaan keluarga ketika mak ayah berada di Makkah.
Dapat dilihat, menimbun barangan yang dibuang yang mana sepatutnya khidmat roro digunakan tetapi kerana budget mereka adik beradik sudah “menipis”, ia hanya dilonggokkkan di hadapan rumah sebelum pekerja pembersihan memungutnya dua hari sebelum mak ayah mereka balik.
Saat ditanya oleh mereka yang melihat videonya apakah reaksi ibu ayahnya ketika melihat rumah sudah bersih, lapang dan cantik sebaik sampai dari Makkah, kata Aaainaa dia sudah maklumkan akan bersihkan rumah.
Anak Menantu Sepakat Bersihkan Rumah Ketika Orang Tua Buat Umrah
“Lagi pun sebelum mak ayahnya berangkat pergi, kami terlebih dahulu memaklumkan akan membersihkan rumah. Mungkin mereka sendiri tidak tahu apa yang kami buang dan sisih kerana video itu ada di part 3,” katanya yang sudah membuat dua video berkaitan hal sisih dan buang ini dan meraih perhatian 2.1 juta orang.
Perkongsiannya jelas menarik minat anak-anak yang lain bahkan ada yang memaklumkan pernah membersihkan rumah selepas ayah meninggal.
Ads
Tapi masalahnya, “saya buat camni kat rumah mak saya lepas ayah meninggal. order 4 tong roro ya. lepas tu mak call kampung cakap anak-anak nak halau dia.
Masa yang sama, seorang anak @sya azman berkongsi, “Hahaha sama lps ayah i meninggal baru kitorg kemas umah, arwah ayah i hoarder..kalau i buang something dia check kt tong smpah.
Isu mak ayah ada hoarding disorder ini menarik perhatian @Nadiahbliss apabila berkongsi “Ayah saya duduk sorang, tapi sudu dia ada 100000. Masa dia g kedai, saya buang sudu dia dalam sawah belakang rumah 🤣.
@erin memaklumkan, “saya pernah buat cmni. Pastu die cite kat sume sedara mara erin buang barang dia. Daging rebus die kata baru pun erin buang.. pdhal mase buang tu saya dah rasa.
Ads
Moga dipermudahkan urusan mereka bila mak ayah suka menyimpan barang-barang nie ya.
Cantik idea TV boleh pusing-pusing tapi pasanglah dengan betul. Anak hampir kena hempap TV sebab pemasangan modern. Syukur panjang umur anak. Cantik idea TV boleh dipusing-pusing ni,tapi kena pastikan ia dipasang dgn betul,tepat,teguh untuk elak kemalangan.
Sumber Video : Tik Tok @imasalsuzaima
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Malangnya nasib bagi seorang pesakit lelaki tua yang berada di ICU apabila di layan kasar oleh jururawat yang bertugas.Sebuah hospital kerajaan di utara wilayah Phitsanulok mengeluarkan permohonan maaf awam malam tadi selepas video menunjukkan salah laku seorang jururawat ketika merawat pesakit warga tua di unit rawatan rapi dengan kasar.
Hospital Buddhachinaraj Phitsanulok mengadakan sidang akhbar berhubung klip video tersebut sekitar 8 malam selepas dikritik hebat kerana kakitangannya yang melayan pesakit dengan kasar.
Permohonan Maaf
Timbalan pengarah hospital, Dr Visith Sathienwantanee mengeluarkan permohonan maaf terbuka kepada pesakit lelaki berusia 90 tahun yang sedang dirawat di hospital kerana menghidap emfisema.
“Buat masa ini, apa yang ingin kami sampaikan kepada orang ramai ialah kami tidak mengabaikan kejadian itu, dan kami ingin memohon maaf. Kami akan menyiasat apa sebenarnya berlaku dan akan mencari langkah yang sesuai untuk mengatasinya,” katanya.
Video tersebut telah dilihat lebih dari 8 juta kali sejak ia disiarkan semalam.
Campak Bantal & Tarik Rambut
Ia menunjukkan seorang jururawat yang tidak dikenali dengan kasar mengendalikan seorang pesakit yang dalam keadaan lemah dan sedang terbaring di katil hospital.Dia melemparkan bantal kepada lelaki tua itu sebelum dengan kasar menarik katilnya dan menarik rambutnya untuk meletakkan bantal di belakang kepalanya.
Wanita yang menyaksikan insiden itu semasa dia berada di hospital, Pawarana Ketpan menyiarkan rakaman tersebut di halaman Facebooknya, menggesa orang ramai melihatnya.
“Adakah ini etika seorang jururawat yang dituntut oleh mereka? Atau hanya dia seorang?” tulis Ketpan.
“Bapa saya pernah sakit teruk, tapi ibu saya sentiasa bersamanya di hospital. Tapi jika ibu tidak bersamanya, adakah dia juga akan diperlakukan seperti ini?.
“Adakah dia betul-betul pasti tak ada siapa yang akan melihatnya?”
Tubuh Lembaga Disiplin
Pihak hospital belum lagi menentukan tindakan yang akan mereka ambil dengan alasan mereka ingin menyelidik perkara itu lebih lanjut untuk menentukan tindakan yang paling sesuai.Visith berkata lembaga disiplin mungkin perlu ditubuhkan.
Sementara itu, jururawat terbabit yang namanya tidak didedahkan telah dipindahkan untuk melaksanakan tugas lain yang tidak memerlukan interaksi dengan pesakit.
Sebagai tindak balas kepada permintaan maaf hospital, sesetengah netizen menuntut jururawat berkenaan dipecat.
Mingguan Wanita mengharapkan kejadian sebegini tidak berlaku di Malaysia. Jururawat adalah tugas yang mulia, bertanggungjawab sepenuhnnya menjaga pesakit dengan penuh kesabaran. Jika tidak mampu mempunyai kesabaran yang tinggi, tukarlah kerja lain yang lebih sesuai.
Salam takziah diucapkan buat pelakon Ako Mustapha yang telah kehilangan ibu mentuanya semalam.
Perkhabaran duka tersebut disampaikan menerusi akaun Facebooknya. Ibu mentuanya, Hajah Santanina disahkan meninggal dunia akibat Covid-19. Ako berkahwin dengan Kartina Shuaib (Tina Mustapha) pada 17 Januari 2009.
Ibu Mentua Ako Mustapha Meninggal Dunia, Isteri Reda Pemergian Ibu
Terdahulu, Ako pernah berkongsi mengenai keadaan kesihatan ibu mentuanya yang berada dalam keadaan kurang baik hingga dimasukkan ke hospital pada April, tahun lalu.
“Dukacitanya dimaklumkan bahawa mak mertua saya, Hajah Santanina, ibu kepada isteri saya, Tina Mustapha telah kembali kerahmatullah hari ini di HKL disebabkan virus Covid,” tulisnya.
Isteri Ako juga memaklumkan perkara berkenaan dan reda dengan pemergian ibu tercinta menerusi perkongsian di laman sesawang.
“Assalamualaikum kepada yang mengenali ibu ku hajah Santanina binti Jalam minta jasa baik KAWAN KELUARGA SEDEKAKAN AL-FATIHAH buat ibu ku yang telah pulang kepencipta nya ptg tadi..halal kan klau arwah ibu ku ada terpinjam atau termakan dan terminum, semoga arwah ibu kami di tempatkan dikalangan ahli-ahli syurga Allah SWT.
“Mak Tenang dan Damailah Engkau Di Dalam Dakapan Pencipta Mu”
“Mak tenang dan damai lah engkau di dalam dakapan pencipta mu. Anak-anak disini akan sentiasa mendoakan mu. Ya Allah sungguh sakit ujian mu ini tapi aku sebagai hamba mu reda dengan pemergian mak kami. Mak kami sayang mak dunia dan akhirat. Sehingga kita bertemu,” kongsinya.
Dalam meraikan kemenangan Syawal, tanpa sedar ada perkara dan kesilapan yang kita terlepas pandang hingga boleh mengakibatkan berdosa.Berikut merupakan antara kesilapan tersebut yang sering dilakukan pada hari raya menurut Dr Zaharuddin Abd Rahman,Pensyarah Kanan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
1.Sentuhan
Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi. Larangan ini disebut di dalam al-Quran dan kefahaman dari Hadis Nabawi.
2.Aurat & Ipar
Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah. Inti larangan ini ada disebut di dalam al-Quran dan kefahaman dari Hadis Nabawi.
3.Wangian Wanita
Kaum wanita memakai wangian semerbak dengan sangat kuat (sepatutnya cukup hanya sekadar tidak berbau busuk sahaja) dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram. Larangan ini dengan jelas disebut di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Nabawi.
4. Pakaian Wanita
Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai. Larangan ini dengan jelas disebut di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Nabawi.
5.Adab Di Kubur
Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga DUDUK di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin). Larangan ini berdasarkan kefahaman dari Hadis Nabawi.
6. Meninggalkan Solat
Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk beraya di sana sini, ramai yang terlepas pandang perkara ini.
7. Dosa Bertempoh
Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating lelaki perempuan, bersyahwat melalui telefon dan ‘chat’, berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.
8. Mata Lelaki
Tidak menjaga pandangan mata sama ada terhadap wanita yang yang sedang bergaya dan menayangkan aurat mereka. Atau juga sewaktu berada di dalam rumah sudara mara, iaitu mengintai ke dalam bilik dan sebagainya.
Sebenarnya kesilapan-keislpaan ini turt berlaku secara kerap di bukan musim perayaan, tetapi sengaja di highlight akibat raya aidil fitri sepatutnya menjadikan kita extra sensitif dengan ruang dan peluang dosa, hasil tarbiah Ramadaniah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kita berubah kearah lebih baik sempena syawal kali ini.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.