Memang hebat dan cukup istimewa apabila dapat menguasai bahasa lain. Lebih-lebih lagi apabila dapat bercakap, membaca dan menulis bahasa tersebut.
Menguasai bahasa selain bahasa Melayu yang juga Bahasa Kebangsaan tidak melenyapkan identiti bangsa atau melupakan bahasa itu, tetapi dianggap kelebihan dalam kehidupan masyarakat majmuk di negara ini.
Itu pandangan ibu lima anak, Arba’a Ali, 51, yang mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi banyak video bersama anak perempuannya, Fatimah Noryyah Mohd Noor Kosygin, 15, berbual dalam bahasa Mandarin dan menerima banyak komen positif.
Boleh Berbual, Membaca & Menulis Bahasa Mandarin
Suri rumah itu berkata, dia dan Fatimah Noryyah bukan saja bercakap dalam bahasa Mandarin, malah boleh membaca dan menulis dalam bahasa itu kerana mereka pernah belajar di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SJKC).
Menurutnya, dia belajar di SJKC sehingga berusia 15 tahun sebelum bersekolah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bharu manakala anaknya belajar di SJKC sehingga tahun enam sebelum ke sekolah menengah kebangsaan (SMK).
Ads
“Dalam keluarga, hanya kami berdua saja boleh bercakap bahasa itu manakala anak lain hanya tahu sikit-sikit saja dan mereka belajar dengan mendengar kami cakap bahasa Mandarin di rumah.
“Walaupun kami boleh cakap Bahasa Mandarin, tetapi itu bukan bermakna kami lupakan bahasa Melayu dan identiti bangsa. Di rumah, kami guna tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.
“Paling penting sesebuah institusi keluarga harus memberi pendidikan agama dan moral supaya anak mempunyai jati diri yang kuat,” katanya.
Menambah Kemahiran Diri
Arba’a berkata, dia berpandangan seseorang individu yang boleh menguasai bahasa lain, selain bahasa Kebangsaan mempunyai kelebihan istimewa dan menambah kemahiran diri.
Ads
Menurutnya, disebabkan itu dia membuat video untuk dikongsi di TikTok kerana mahu memberi pilihan ruang kepada netizen mempelajari bahasa Mandarin dengan permulaan ayat dan kosa kata mudah.
“Malah, secara tidak langsung kami dapat memperkasakan lagi kemahiran kosa kata dan tatabahasa. Alhamdulillah, saya dapat komen positif netizen.
“Jumlah pengikut di TikTok semakin meningkat, bukan saja orang Melayu, malah Cina dan India. Namun yang paling terkejut ialah saya juga dapat pengikut dari China,” katanya.
Katanya, negara sudah mencapai kemerdekaan selama 66 tahun dengan melalui kehidupan majmuk berbilang kaum yang mana kemampuan memahami bahasa lain juga dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat.
Pasangan pelakon suami isteri, Fadzil Zahari dan Yana Samsudin ini memang sweet habis. Walaupun cuma melayan isteri bergambar, ia tetap memberi kebahagiaan buat dirinya.
Luahan hati bapa, Aisy Mateen ini mungkin kedengaran lucu. Ditambah pula dengan aksi yang dirakam suami isteri ini. Namun, inilah salah satu usahanya untuk buatkan Yana sentiasa rasa dikasihi.
Memang ada kan suami-suami yang tak berkira dan rajin melayankan saja isteri mahu merakam momen dirinya di telefon. Kadang itu bukan sekeping dua, kadang itu berkali-kali ‘take’. Dan suami turutkan juga kerana itulah cara untuknya menghiburkan hati isteri. Tak salahkan?
Haa.. jangan pula nanti keluar macam-macam cadangan ke apa-apalah pasal suami yang layan isteri bergambar ini. Kena ingat ni mak-mak, suami yang gembira adalah suami yang berjaya membuatkan isterinya bahagia.
Dan inilah pesanan Fadzil untuk para isteri yang dikurniakan suami-suami yang gembira melayan kebahagiaan isteri masing-masing.
Dialah Wira Yang Tak Didendang – Fadzil Zahari
Wahai para isteri, tatkala melihat foto ini, kucuplah tangan dan dahi suami mu, renung matanya dan ucapkanlah terima kasih yang tak terhingga.
Dialah “Wira yang tak di dendang”
Dialah yang terakhir menutup pagar & pintu rumah mu di kala malam yang gelap gelita.
Dialah yang mengangkat berplastik plastik barang shopping mu.
Dialah yang membuang sampah di dapur yang berat dan di penuhi ulat itu.
Dialah yang membunuh cicak, lipas dan segala serangga di rumah.
Dialah yang membuka penutup botol sos yang ketat itu.
Dialah yang mengambil gambar mu berulang ulang kali tanpa penat dan jemu untuk kamu upload di Instagram.
Ditanya soal tentang status masih bujang tetapi mengacarakan rancangan kewanitaan, bagi Radin ianya bukan isu yang perlu diperbesarkan. Selain dirinya, Sherry Al Hadad juga masih belum berkahwin, dirinya cukup pasti penonton mampu menilai mana satu pengacara yang bagus atau tidak. Status mencari perkara kedua untuk dinilai.
“Lagi pula sebelum Mingguan Wanita Talkshow berlangsung, saya bersama team akan berbincang dahulu tentang tajuk yang bakal diperkatakan, apakah content dan output yang sesuai juga kami sama-sama duduk berbincang. Ianya bukanlah isu untuk menghalang saya mengendalikan rancangan buat wanita.
“Dari segi pembahagian masa, segalanya diharapkan mengikut perancangan. Alhamdulilah rezeki saya di radio juga, saya telah beralih daripada slot malam kepada waktu siang setelah lima tahun di syif malam dan ianya merupakan tugas hakiki saya.
“Manakala rancangan ini pula di waktu pagi. Saya dapat rasakan saya boleh manage masa saya dengan baik. Saya masih lakukan rutin saya mengikut kebiasaan, setiap hujung minggu saya ada dinner show dan wedding event yang menjadi punca rezeki saya selama ini, “ jelasnya lagi.
Teruja Dengan Amanah Yang diberikan
Radin diamanahkan untuk slot travel dan food, sudah tentulah ia menjadi sebab utama empunya diri menerima tawaran ini. Dirinya sendiri gemar melancong dan sangat cintakan makanan, oleh hal yang demikian dia sangat teruja untuk berkongsi dengan audien jika memiliki ruang dan peluang.
Selain itu mungkin program ini bakal menjadi platform buat Radin mempelajari sesuatu yang baru. Dalam masa yang sama, Radin merasakan peluang ini adalah peluang keemasan bagi membuktikan dirinya bukanlah sekadar penyampai radio tetapi dalam masa yang sama mampu bergelar hos tv.
Dirinya sentiasa mengharapkan orang dapat menerima bakatnya dan memandang kebolehan dan potensi diri yang ada padanya.
Kepada semua pembaca Mingguan Wanita jangan ketinggalan untuk menyaksikan Mingguan Wanita Talkshow Musim Kedua kerana Radin juga merupakan salah seorang hos.
#mingguanwanita
#temansetiapwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nurul Izzah coret perjuangan bapa, pernah terseret ke penjara dan menunggu sejak 1998 sebelum dilantik Perdana Menteri. Teka teki siapa Perdana Menteri ke-10 Malaysia akhirnya terjawab apabila Dato Seri Anwar Ibrahim dilantik sebentar tadi.
Dalam pada itu, selepas perlantikan Perdana Menteri diumumkan, anak suungnya, Nurul Izzah mencoretkan sesuatu mengenai kisah perjuangan bapa itu sejak 1998 lagi iaitu ketika pemecatan sebgaai Timbalan Perdana Menteri.
Tulis Nurul Izzah di fbnya, dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan.
Ketika kalah kita diduga, Ketika menang juga kita diduga.
Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini – adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan – menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua.
Cabaran tetap menanti – dan selepas upacara angkat sumpah – usaha menyatu padukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.
I love you, Papa Am always proud of you – even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience.
Legasi yang kita tinggal kan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.
Jadikan masa depan, masa kita bersama. Khayr, InshaaAllah.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.