Pilih lampin terbaik untuk anak kecil yang masih lembut kulitnya memang satu perkara stress untuk mak ayah muda. Lagi-lagi baru kali pertama bergelar ibu.
Suami isteri tak tidur malam, mata lebam, anak merengek.. itu biasalah jadi bila dalam pantang. Masing-masing, baik isteri, anak mahupun suami masih mencari keserasian.
Kongsi Eizan Ariffn, mantan editor majalah Pa&Ma yang juga mak anak enam ini , dirinya pun sama pernah berdepan situasi sukar waktu pertama kali bergelar ibu.
“Terkenang balik macam mana blur nya saya masa kali pertama pegang title ‘mama’ 18 tahun lalu. Mak-mak sekarang ni untung sebab kalau tak tau nak handle apa-apa terus whatsapp kat grup, buat posting kat fb ig dan lain-lain minta pendapat….dan beruntung ramai yang bantu berkongsi cara settle kan.”
“Masa saya dulu, kalau dah buntu sangat telefon kakak, telefon mak, telefon abang ipaq pun pernah sebab baby selalu kembung. Tapi benda-benda ni semua proses. Lama-lama kita akan belajar
.”Beliau sertakan beberapa tip yang mudahkan mak-mak muda berdepan kerisauan menjaga anak kali pertama.
Baiklah…bab lampin apa yang elok tu kan, perkara pertama ‘sila tanya poket awak’. Sesuai tak harga lampin tu dengan bajet kewangan. Jangan kerana lampin, awak kena srettt… sretttt kredit card. Almaklum, lampin yang selalu orang kata elok ni boleh tahan harganya.
Jangan juga sebab lampin yang mahal dan berjenama tu, awak ‘terpaksa lupa’ bajet lain
yang penting untuk anak. Contohnya tak cukup bajet nak ambil saving/education/medical plan kat anak-anak. Kena beringat bab-bab ni. Saya pesan jer… selebihnya fikir lah sendiri.
Sungguh… saya mengaku saya tak pernah beli lampin berjenama hebat ni; pilih yang sederhana. Saya ni tak terlalu cerewet. Saya tak de spesifikasi khas untuk lampin ni. Asalkan sesuai dan tidak memudaratkan, saya On jer.
Alhamdulillah, anak-anak jarang kena ruam lampin. Kalau kena ruam pun, puncanya salah saya sendiri sebab lambat tukar. Kalau lambat tukar sampai lampin tu dan ronyok, kemek… mestilah ada risiko bocor kan.. Apapun, ada juga baby yang memang buang air banyak. Jadi, itu kes berbeza lah. Mak-mak kena lah invest.
Pernah masa mengandungkan #BbZahra saya semangat beli 10 pcs CD (cloth diapers). Kononnya nak cuba natural way. Bila buat kiraan, ya memang lebih jimat! Tapi, pakai lah 2-3 kali. Yang belum guna pun ada ni haaa.. adoii… rupanya tak berapa nak rajin cuci CD ni.
TAPI….kalau baby awak dah guna macam-macam lampin pakai buang tapi masih kena ruam.. sila tukar pakai CD!
Aisshhh… orang perempuan ni memang suka betul bab putih-putih ni. Sampai ke kulit anak pun dia nak putihkan.
Kulit baby ni sensitif. Jangan letak macam-macam losyen, bimbang lain jadinya. Saya dulu sapu baby oil jer untuk elakkan kulit kering. Kemudian ada juga guna losyen Baby Johnson tu. Bagi anak yang kulit sensitif, saya guna Sebamed (sabun, syampu, diaper lotion).
Bab kulit putih ke idok tu jangan kisah sangat asalkan baby sihat.
Untuk masalah anak kecil yang selalu selesema dan batuk, dulu saya selalu beri anak minum madu. Sampai sekarang stok madu sentiasa ada. Tapi saya ni selalu culas.
Kalau anak-anak ada masalah ni.. cepat-cepat beri madu, perah sikit lemon. Kalau tak pun, bancuh madu dengan air suam, perah lemon beri mereka minum. In Shaa Allah…lega.
Lagi satu rajin- rajin buat fisioterapi kat anak kalau kahak banyak. Cara buat boleh jer google.
Baca Sini : Panduan Buang Kahak Bayi Daripada Doktor
Terima kasih yang sudi baca sampai habis ya. Kalau nak tulis info lain memang berjela-jela jadinya. Sebab ada lagi cara dan teknik lain redakan batuk dan selesema ni. Bab sedut hingus anak belum sentuh tu.
Lain kali ya.
Sumber/Foto : Eizan Ariffin
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.