Pilih lampin terbaik untuk anak kecil yang masih lembut kulitnya memang satu perkara stress untuk mak ayah muda. Lagi-lagi baru kali pertama bergelar ibu.
Suami isteri tak tidur malam, mata lebam, anak merengek.. itu biasalah jadi bila dalam pantang. Masing-masing, baik isteri, anak mahupun suami masih mencari keserasian.
Kongsi Eizan Ariffn, mantan editor majalah Pa&Ma yang juga mak anak enam ini , dirinya pun sama pernah berdepan situasi sukar waktu pertama kali bergelar ibu.
“Terkenang balik macam mana blur nya saya masa kali pertama pegang title ‘mama’ 18 tahun lalu. Mak-mak sekarang ni untung sebab kalau tak tau nak handle apa-apa terus whatsapp kat grup, buat posting kat fb ig dan lain-lain minta pendapat….dan beruntung ramai yang bantu berkongsi cara settle kan.”
“Masa saya dulu, kalau dah buntu sangat telefon kakak, telefon mak, telefon abang ipaq pun pernah sebab baby selalu kembung. Tapi benda-benda ni semua proses. Lama-lama kita akan belajar.”
Beliau sertakan beberapa tip yang mudahkan mak-mak muda berdepan kerisauan menjaga anak kali pertama.
Ads
Cara Pilih Lampin Yang Elok Dan Bebas Ruam, Ini Tipnya
Baiklah…bab lampin apa yang elok tu kan, perkara pertama ‘sila tanya poket awak’. Sesuai tak harga lampin tu dengan bajet kewangan. Jangan kerana lampin, awak kena srettt… sretttt kredit card. Almaklum, lampin yang selalu orang kata elok ni boleh tahan harganya.
Jangan juga sebab lampin yang mahal dan berjenama tu, awak ‘terpaksa lupa’ bajet lain
yang penting untuk anak. Contohnya tak cukup bajet nak ambil saving/education/medical plan kat anak-anak. Kena beringat bab-bab ni. Saya pesan jer… selebihnya fikir lah sendiri.
Sungguh… saya mengaku saya tak pernah beli lampin berjenama hebat ni; pilih yang sederhana. Saya ni tak terlalu cerewet. Saya tak de spesifikasi khas untuk lampin ni. Asalkan sesuai dan tidak memudaratkan, saya On jer.
Alhamdulillah, anak-anak jarang kena ruam lampin. Kalau kena ruam pun, puncanya salah saya sendiri sebab lambat tukar. Kalau lambat tukar sampai lampin tu dan ronyok, kemek… mestilah ada risiko bocor kan.. Apapun, ada juga baby yang memang buang air banyak. Jadi, itu kes berbeza lah. Mak-mak kena lah invest.
Pernah masa mengandungkan #BbZahra saya semangat beli 10 pcs CD (cloth diapers). Kononnya nak cuba natural way. Bila buat kiraan, ya memang lebih jimat! Tapi, pakai lah 2-3 kali. Yang belum guna pun ada ni haaa.. adoii… rupanya tak berapa nak rajin cuci CD ni.
TAPI….kalau baby awak dah guna macam-macam lampin pakai buang tapi masih kena ruam.. sila tukar pakai CD!
Ads
Ada Juga Yang Tanya Cara Nak Putihkan Kulit Baby
Aisshhh… orang perempuan ni memang suka betul bab putih-putih ni. Sampai ke kulit anak pun dia nak putihkan.
Kulit baby ni sensitif. Jangan letak macam-macam losyen, bimbang lain jadinya. Saya dulu sapu baby oil jer untuk elakkan kulit kering. Kemudian ada juga guna losyen Baby Johnson tu. Bagi anak yang kulit sensitif, saya guna Sebamed (sabun, syampu, diaper lotion).
Bab kulit putih ke idok tu jangan kisah sangat asalkan baby sihat.
Ads
Bayi Batuk Dan Selesema, Mak Boleh Guna Petua Ini
Untuk masalah anak kecil yang selalu selesema dan batuk, dulu saya selalu beri anak minum madu. Sampai sekarang stok madu sentiasa ada. Tapi saya ni selalu culas.
Kalau anak-anak ada masalah ni.. cepat-cepat beri madu, perah sikit lemon. Kalau tak pun, bancuh madu dengan air suam, perah lemon beri mereka minum. In Shaa Allah…lega.
Lagi satu rajin- rajin buat fisioterapi kat anak kalau kahak banyak. Cara buat boleh jer google.
Terima kasih yang sudi baca sampai habis ya. Kalau nak tulis info lain memang berjela-jela jadinya. Sebab ada lagi cara dan teknik lain redakan batuk dan selesema ni. Bab sedut hingus anak belum sentuh tu.
Setiap perkahwinan yang dibina tentunya inginkan kebahagiaan dengan pasangan. Malah, dengan perkahwinan ini, ia membawa seribu rahmat buat suami isteri. Masakan tidak, isteri jadi padang pahala bila dia lakukan dengan ikhlas untuk keluarga.
Begitu juga suami, nak isteri jadi padang pahala, kenalah faham tugas isteri dan membantu apa yang patut bagi meringankan beban tugasan isteri.
Sebab itulah, pasangan dulu-dulu, contohnya kita lihat mak ayah kita boleh kekal bahagia hingga ke hujung usia kerana saling memahami, homat dan bertolak ansur.
Inilah yang dikongsikan oleh Khairul Hakimin Muhammad tentang pesanan oleh emaknya sendiri dalam memastikan rumah tangga yang dibina kekal bahagia. Malah, isterilah jadi padang pahala untuk suami.
Dari awal berkahwin, emak saya sentiasa tekankan yang isteri kita ini akan jadi padang pahala.
1. Jika dia malas, bantu dia. Bukan hina dia. 2. Kalau dia degil, didik dia, bukan pukul dia. 3. Begitu juga jika dia sakit, rawat dan bawa dia ke hospital bukan biarkan dia. 4. Jika dia ada teringinkan sesuatu, penuhi permintaan dia walau sedikit kesusahan berlaku. 5. Kalau dia suka meminta-minta, waktu tak mampu, cakap sahaja terus. Jika mampu dapatkan sahaja. 6. Malah, jika dia rajin, puji dan santuni dia. 7. Jika dia sering penat kerja, fahami dia 8. Kalau dia selalu di rumah menjaga anak-anak, bawalah dia keluar sekali sekala. 9. Jika dia mudah sensitif, peluk dia, sentuh dia dan sayangi dia. 10. Begitulah, kalau dia sering kelam kabut, tenangkan dengan lekas-lekas bantu dia.
Kawan-kawan,
Hidup suami isteri ini bukan perlumbaan siapa nak masuk syurga dahulu. Kita semua nak. Yang pentingnya ialah saling tolak ansur, menghormati dan saling menyayangi.
Seorang suami akan dihormati isteri sekiranya dia didik, asuh, dia hormat juga apa sahaja yang ada pada isterinya.
Sama juga di bahagian suami, isteri juga wajar lakukan perkara sama. Hormat, tolak ansur dan sentiasa menyayangi.
Nak murah rezeki, nak hidup tenang, nak sentiasa aman dan kaya jiwa, maka kena sama-sama berusaha.
Begitulah.
MW: Betul. Kena faham dan saling tolak ansur, barulah rumah tangga kekal bahagia.
Mak-mak mana yang akan sangka bayi yang dikandung akan lahir sebagai anak yang ada ekzema. Namun ini bukan masalah besar pun sebab sampai satu peringkat, ekzema akan hilang perlahan-lahan.
Ya, kalau tak jaga memang keadaan anak ekzema akan menjadi merah, kering, dan kering tetapi mak-mak kena tahu yang ekzema bukan satu penyakit berjangkit.
Nak tahu lagi apa masalah normal yang anak-anak ekzema lalui, ikuti perkongsian Doktor Hafiz Sulaiman…
Sebagai seorang yang melihat pesakit ekzema secara harian, ada beberapa persamaan yang saya perhatikan pada pesakit ekzema anak kecil.
EMOSI TAK STABIL
* Lebih sensitif, lebih tak stabil.
– Cepat marah.
– Mudah sedih.
– Kuat sentap, terutama jika kena marah.
– Cepat terkejut.
– Clingy..asyik nak dukung je. Tak boleh ditinggalkan.
– Obsesif: fanatik dan mungkin sangat fokus benda dia minat.
– Susah sesuaikan diri tempat baru.
– Penakut dan fobia sangat.
– Ahli fikir: suka termenung dan berkhayal.
– Sangat responsif: umur beberapa bulan dah toleh bila orang panggil nama dia comel kan.
– Dramaqueen: Sangat hepi tiba-tiba boleh nangis kuat-kuat. Emosinya ekstrem banget.
SIMPTOM LAIN
– Tidur lewat, walaupun tak gatal waktu malam.
– Clumsy. Kerap jatuh bila jalan. Kerap terlanggar.
– Selera makan ekstrem. Kurang atau lebih.
– Waktu baby nafas berbunyi macam ada lendir.
– Baby kerap muntah susu (mungkin refluks).
– Perut kerap kembung.
– Sembelit. Atau bila ekzema flare cirit birit (bahaya).
– Kerap demam.
Biasanya simptom atas ni hilang bila ekzema pulih. Anak-anak jadi playful dan ceria kembali, insha Allah.
Ini pemerhatian saja bukan kajian saintifik atau simtom biasa dalam buku teks. Jika ada masalah di atas boleh lah rujuk doktor perubatan berkenaan ya 🙂
Semoga ekzema anak-anak diberi kesembuhan secara total. Ameen.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak pelik pun kalau ada mak-mak bagi susu sunnah pada bayi sebab ada sesetengah orang rezeki susunya tak lebat. Tetapi yang jadi persoalan, betul ke susu itu selamat untuk si comel?
Haaa… ada pelbagai jenis susu dicipta khusus untuk menggantikan susu ibu, seperti susu segar lembu (whole cow’s milk), susu formula lembu diperkaya zat besi (iron fortified infant formula), susu berasaskan soya (soy based formula) dan susu kambing.
Untuk pilih susu yang terbaik buat bayi anda, baca kupasan oleh Doktor, Hana Hadzrami ini…
Selepas menulis tentang susu krimer baru-baru ini, ramai yang bertanyakan tentang susu yang diminum oleh anak masing-masing. Boleh dikatakan 100% brand susu sunnah yang ditanyakan oleh pembaca Fb kepada saya di peti mesej semuanya susu bercampur krimer belaka. Susu cuma 10%, minyak sawit 90%! Sedih betul.
Bukan setakat satu dua jenama tetapi berpuluh jenama termasuk jenama terkemuka yang selalu ber”lala lala” di radio dan TV.
Jadi bagaimana memilih susu yang betul?
Pertama sekali saya ingin nyatakan, susu ibu adalah susu yang terbaik. Kandungan zatnya berubah menurut keperluan bayi. Tak seperti susu formula yang berbeza-beza kandungannya. Nama pun susu formula, bermakna kandungan zat protein, karbohidrat dan garam galian diformulasikan khas untuk keperluan umur bayi tertentu. Berbeza formulanya untuk bayi pra matang, bayi 6-12 bulan, bayi setahun ke bawah atau 2 tahun keatas. Jika bayi berkeperluan khas (kurang berat, penyakit metabolik dan lain-lain) lebih berbeza formulanya.
Sebab itu bila saya lihat iklan susu menyamar sunnah yang mendakwa susu mereka sesuai untuk bayi yang baru lahir sampailah ke orang dewasa; sakit betul hati saya.
Namun tak semua bayi bernasib baik boleh mendapat susu ibu. Ada ibu yang kekurangan susu kerana masalah hormon (PCOS atau masalah pituitari contohnya), atau kerana tahap stress yang tinggi. Ada bayi yang tak boleh latching dengan betul (lidah pendek-tongue tie, pra matang, bermasalah pernafasan dan sebagainya). Ada juga bayi yang tak boleh diberi susu ibu contohnya ibu penghidap HIV. Jadi usah berbangga jika boleh menyusu badan dan memandang rendah kepada yang tak boleh menyusu badan. Rezeki itu dari Tuhan, bukan dari tubuh kita.
Sebelum memilih susu, ada beberapa perkara perlu difikirkan.
?Mengapa susu formula, bukan susu segar? Kerana bayi manusia bukanlah bayi lembu atau kambing. Keperluan zat besi dan garam galian adalah berbeza, jadi perlukan formulasi khas yang mendekati susu ibu manusia. Sebab itulah perlu susu formula.
?Pilihlah formula yang bersesuaian dengan umur bayi. Bayi baru lahir hingga 6 bulan tak sesuai minum susu formula biasa. Kandungan garam galian susu biasa adalah berat untuk buah pinggangnya. Keperluan zat lain juga berbeza. Susu segar yang diproses boleh diberikan setelah anak berumur 2 tahun.
?Susu formula lembu vs susu formula kambing. Ramai mengatakan susu kambing adalah sunnah. Sebenarnya susu itu sendiri adalah makanan sunnah; tak kira susu dari lembu, kambing atau unta. Asalkan ia susu dan bukan minyak sawit seperti susu sunnah yang berada dipasaran.
?Susu formula kambing adalah terbaik selepas susu ibu? Susu yang terbaik ialah susu yang membekalkan cukup nutrisi dan tak membebankan poket ibubapa. Jika anak tiada alahan kepada susu lembu, tak perlulah ditukar kepada susu kambing. Susu kambing asli sangatlah hamis, kesian anak tak mahu minum. Kalau susu kambing tu sedap, wangi dan tak hamis, itu bukan susu kambing tetapi krimer sawit.
Susu Untuk Bayi Selepas 6 Bulan
Saya ingin menambah; untuk bayi selepas 6 bulan, susu tak sepatutnya menjadi satu-satunya sumber nutrisi. Bayi hendaklah diperkenalkan dengan makanan pejal. Bukan saja makanan pejal penting untuk keperluan zat tambahan, malah membantu ransangan otot mulut untuk bercakap. Makanan pejal haruslah makanan yang betul (real food) bukan pati madu, kurma, delima dan za’faran yang ditambahkan dalam susu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...