“Mak Ajar ‘ILMU’ Mahal Dari Segala Sijil Yang Saya Ada,” Da’i Hamidah. Benarlah setiap kata-kata nasihat, pesanan, didikan mahupun ilmu yang mak kita berikan merupakan ‘ilmu’ yang paling mahal nilainya dalam kehidupan.
Walaupun mungkin mak kita belajar tak tinggi mana, namun keikhlasan dalam berkongsi ‘ilmu kehidupan’ kepada anak-anak itulah yang paling bermakna. Mak ibarat guru yang paling utama dalam mencorakkan kehidupan anak-anak.
Ini yang dirasai dan dikongsikan sendiri oleh Da’i Hamidah atau nama sebenarnya, Hamidah Abdul Razak,30 betapa ilmu yang diperolehi daripada ibunya adalah ‘paling mahal’ berbanding segala sijil-sijil yang dia ada.
Berkongsi titipan di media sosial, Juara program Da’i Pendakwah Milenia Musim Ketiga ini juga baru sahaja menerima Ijazah Sarjana Usuluddin dalam majlis konvokesyen baru-baru ini.
Walaupun ni gambar konvo tapi saya nak tulis tentang ilmu yang lebih mahal, saja la kan ada masa free sikit ni tulis la kejap.
Konvo kalini saya sudah berumahtangga dan ada anak alhamdulillah. Semua orang yang dah kahwin pasti merasai fasa awal perkahwinan. Tapi apa yang terharu sangat ialah selama saya berumahtangga mak lah insan yang sangat positif menenangkan saya. Apa juga yang negatif, mak pasti fikir positif. Mak ajar saya cara nak positif, mak ajar saya fikir positif.
Bayangkan tidak pernah satu ayat pun yang mak negatifkan keadaan. Sampaikan saya rasa, mak lebih sayang menantu dari saya. Mak selalu fikir yang baik- baik tentang semua menantunya. Pernah saya luah apa- apa sedikit sekadar nak lepaskan rasa, mak tetap kata “ cuba adik di tempat dia, cuba adik rasa apa yang dia rasa, cuba dan cuba “. Ya Allah, rasa kecewa geram semua hilang disebabkan kata – kata positif mak.
Sungguh jasa mak buat saya lebih menghargai pasangan dan menikmati fasa baru dalam perkahwinan ini. Saya terpaksa tulis di sini, sebab dikala berseorangan air mata saya kadang mengalir tatkala kenang jasa mak dalam mengajar saya akan ilmu yang mahal ini.
Memang hidup mak tak pernah berkata yang tidak baik tentang sesiapapun. Waimma saya nak kata tentang menantunya iaitu suami saya pun , dia akan halang habis- habisan. Fuh ! Haha. Maka terkenallah mak dengan gelarannya iaitu mertua yang terlalu menyayangi menantu yang bikin anak juga cemburu hehe.
Begitulah kisah biasa dari saya yang baru nak belajar tentang kehidupan. Sesungguhnya, ilmu ini lebih mahal dari ilmu dalam segala sijil yang saya ada. Terima kasih mak, mak guru utama dalam hidup saya.
Saya tak rasa apa-apa sangat konvo apa sekalipun, tapi saya rasa luar biasa jika dapat diraikan bersama mak. Sebab sikap positif mak itulah yang buatkan saya dapat capai apa yang saya impikan. Sebab sikap positif mak itulah buat saya kuat harungi liku- liku kehidupan. Kini, mak dah umur 70 tahun. Doakan mak diberkati umur dan dihadiahkan husnul khatimah oleh Allah SWT.
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca:‘Almaklumlah.. Anak Lahir Waktu Tahajjud’ Da’i Hamidah Berkongsi Kelahiran Anak Kedua
Baca Lagi Di Sini:“Sebanyak Mana Sokongan Manusia Pun, Pastikan Allah Redha,” Nasihat Terbaik Ibu Buat Cikgu Fadli
Artikel Menarik:IBU Itulah Kunci Mudah Anak Masuk Syurga, Luar Biasa Doa Mereka
Mingguan Wanita: Memang ada benarnya, mak memainkan peranan penting sebagai seorang ‘guru’ buat anak-anaknya. Setiap kata-kata, nasihat dan pesanan untuk dijadikan panduan buat anak dalam mencorak kehidupan.
Sumber: Da’i Hamidah
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.