Khusus untuk mak-mak yang ada anak usia 8 bulan ke atas, dan selalu stuck nak sediakan menu sedap untuk anak. Boleh cuba 5 resepi berasaskan cream cheese yang sedap ini.
Bila makan Apam Kampung Gula Merah, teringat memori kecil-kecil dulu mak dan nenek kita selalu buat dulu. Mudah rupanya nak buat kuih apam ni, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak tapi tetap sedap.
Boleh cuba resipi Apam Kampung Gula Merah yang dikongsikan oleh Puan Cahaya Suria ni
“Apam kampung gula merah.Sangat mudah, tak banyak bahan tapi sedap”
1.Didihkan air dengan gula merah dan gula pasir.
2.Tapis air gula suam ke dalam bekas. Lagi baik jika bekas yang bertutup.
3.Masukkn yis tunggu sehingga kembang kemudian masukkn tepung gandum yang telah diayak sedikit demi sedikit sehingga habis.Jika adunan agak pekat boleh tambahkan 1/2 cawan air lagi.
4.Kacau rata, tutup bekas dan biarkan bancuhan naik 2 kali ganda.
5.Kacau lagi untuk buang angin dan masukkan ke dalam acuan kesukaan yang telah dioles minyak masak.
6.Isikan separuh bahagian dan tunggu sehingga naik penuh semula baru kukus dalam masa 7-8 minit.
Info Ekstra:
Jika kukus dalam loyang kena kukus lama sikit dalam 1/2 jam.
Sejukkan. Sediakan kelapa parut putih.
Apa itu bone broth? Bahasa mudahnya stok yang dihasilkan dari tulang ayam, ikan atau lembu. Cara yang diajarkan oleh Puan Nazifa Mazniini sememangnya kaya khasiat dan bantu redakan demam bayi sekaligus meningkatkan kekebalan dalam tubuh bayi.
“Asal demam je mesti mak mak buatkan sup kan? Biasanya kalau demam sup la menu utamanya untuk bagi cepat kebah demam.
“Mummy Fateh selalu juga buatkan sup untuk Baby Fateh masa Baby Fateh dah mula makan solid food seawal umur 6 bulan. Seingat Zifa, Zifa buatkan bone chicken broth atau Stok Ayam masa baby Fateh umur 8 bulan.
“Kalau ikut carta makanan, bayi sesuai diberi ayam pada umur 8 bulan. Tapi ada sesetengah Paeds kata 6 bulan pun dah boleh beri. Banyak pendapat pasal pemberian makanan pada bayi yang kadang-kadang buat mak mak pening. Use your naluri ibu..
2 Asas Bone Broth
Stok Ayam sesuai diberikan secara kerap kepada bayi untuk tingkatkan imuniti bayi. Kalau mak mak suka travel tu kan, siap-siap tingkatkan imuniti bayi dengan memasukkan stok ayam dalam makanan bayi beberapa hari sebelum travel. Buatkan sup bagi anak hirup tapi pastikan anak tak alergik dengan ayam.
Asas bone broth adalah:
1. tulang (apa-apa jenis tulang sama ada tulang ayam, lembu, ikan) 2. Cuka ( apa-apa jenis cuka boleh asalkan bukan cuka getah)
Setakat ni Zifa pernah buat tulang ayam, kaki lembu, dan juga tulang ayam campur ikan bilis.
Kenapa Kena Guna Slow / Pressure Cooker
Elakkan guna periuk aluminium sebab kita gunakan cuka untuk membuat stok ayam. Periuk aluminium akan bertindak balas dengan cuka dan menjadi racun dan meresap masuk ke dalam kuah.
Cuka bertujuan untuk pastikan yang zat galian dari tulang akan larut ke dalam sup. Kalau tak guna cuka pun boleh asalkan guna weak acid lain seperti asam keping, asam jawa, limau nipis, lemon atau tomato.
Bahan-bahan Chicken Bone Broth
Kaki ayam
Rangka ayam
1 sudu Cuka (cuka epal, cuka kurma, lemon dan lain-lain)
4 cawan air
Bawang putih
Bawang besar
Halia
Rempah 4 sekawan (optional)
Carrot (optional)
Celery (optional)
Cara Buat
1. Semua bahan dicampurkan bersama kecuali halia, rempah sekawan dan parsley (kalau guna).
Nota:
√ Biasanya Zifa letak halia, rempah sekawan, parsley 30 minit sebelum tutup api, supaya terasa aromanya.
√ Nak gantikan sayur lain pun boleh sebagai ganti sebab asasnya adalah tulang dan cuka. Sayuran lain untuk tingkatkan lagi boleh gunakan sawi, daun bay sebagai ganti parsley, fennel.
√ Tapi janganlah taruk sayur banyak sangat sampai dah tak tahu rasa apa. Umpama taruk kopi, milo, air oren, air sirap, air jagung dalam satu jug. Lepas tu minum, cer kabo rasa apa? Rasa nak muntah ke rasa sedap?
2. Biarkan sekejap dalam periuk bagi sebati dengan cuka. Panaskan periuk. Setiap 20 minit dalam tempoh 2 jam, buang sisa-sisa timbul kat atas tu. Apa ya nak sebut tu.
Berapa Lama Nak Reneh
√ Pressure cooker 1 jam √ Slow cooker 8 jam √ Periuk biasa (bukan jenis alumimium) 4 jam.
3. Selepas siap reneh, sejukkan dan tapis. Bahan-bahan yang ditapis bolehlah nak buat masakan lain. Nak beri pada baby rasanya tak sesuai pula sebab dah tak ada nutrient, kan?
4. Lepas sejuk masukkan dalam peti ais, masa tu boleh tengok la stok jadi macam agar-agar. Gedik gedik je.
5. Simpan kat tempat frozen dalam bekas kiub ais. Frozen boleh tahan selama sebulan. Simpan dalam bentuk kiub ais senang. Bila nak buat makanan anak just campak-campak je.
Ini Kebaikan Bone Broth
√ Bila kita sakit tu kan hirup sup ni. Biasanya bila sakit, makan pun tak selera.
√ Hirup sup ni dah ada semua nutrient nak lawan jangkitan virus. Kita boost immune badan dengan khasiat dari bone broth ni.
√ Bone broth juga sangat kaya dengan khasiat kalsium, magnesium, fosforus dan trace mineral.
√ Lemak yang terkandung di dalamnya boleh mengatasi masalah leaky gut yang menjadi punca penyakit ekzema.
√ Bone broth kaya dengan gelatin dan kolagen yang sangat bagus untuk connective tissues, sendi-sendi, ligamen, tendon dan tulang dan gigi yang kuat. Sebab tu bila sejuk, bone broth stock gedik-gedik, sebab ada gelatin.
√ Masa beli kaki ayam pun, pakcik yang jual ayam pun cakap baby bagus bagi sup kaki ayam bagi kuat gigi. Memang kuat pun ni, siap pakej buat bekam kat Mummy and Daddy.
√ Bone broth ni mudah serap jadi baik untuk penghadaman, kurangkan masalah sendi seperti bengkak dan bagus untuk pertumbuhan rambut dan kuku kerana gelatin daripada bone broth.
√ Sebab tu lah masa buat bone broth bila disejukkan akan jadi jeli gedik-gedik. Kalau tak menjadi gedik gedik gelenyar tu maknanya tak jadi.
√ Selalunya bone broth stock ni Zifa letak dalam bubur, pancake, bantai je letak dalam apa-apa masakan Fateh. So, mak mak boleh serbu pasar cari kaki ayam, rangka ayam. Berebut-rebut pula kita ya dengan peniaga ayam goreng pasar malam.
Kata Dato’ Dr. Suriyakhatun Osman Tentang Bone Broth
Saya memang selalu suruh ibu/bapa buat bone broth. Hanya dua bahan yang wajib
1. Tulang 2. Cuka
Ramuan lain adalah untuk berikan rasa yang sedap .
Cuka untuk pastikan yang zat galian dari tulang akan larut ke dalam sup. Guna slow cooker atau pressure cooker . Sup yang dihasilkan boleh ditambah jadi perasa untuk masak nasi, kuah sayur, kuah mee, asas kari dan lain lain.
√ Tulang maksudkan tulang ayam dan kaki ayam, ikan, lembu atau kambing. Ikan bilis pun ada tulang jika tidak dibuang .
√ Laksa pun sup tulang sebab ada tulang ikan dan asam
√ Masak singgang atau asam pedas pun sup tulang juga
Think out of the box dan pastikan keluarga mengambil bone broth sekerap mungkin. Bagi bayi dan kanak kanak yang sedang membesar, hari-hari.
Sumber/Foto: FB Nazifa Mazni Dan Dr. Suriyakhatun via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebenarnya kalau bab cara masak cepat dan mudah, semua mak-mak nak tahu sebab menjadi impian bagi setiap isteri dan ibu untuk menyediakan hidangan daripada air tangan sendiri yang sihat, bersih lagi berkhasiat buat keluarga tersayang setiap hari. Lagipun air tangan isteri mampu menambat hati suami dan buatkan suami teringat-ingat, ketika jauh di mata.
Namun adakalanya, keterbatasan masa sering menjadi alasan impian ini tidak dapat dilaksanakan lebih-lebih lagi bagi ibu bekerja.Proses penyediaan memasak yang agak remeh dan leceh, membuatkan makan di luar atau beli makanan ‘tapau’ sering menjadi pilihan. Walhal, tahap kebersihan dan cara penyediaannya juga boleh diragui.
Tip dan trik mudah ini boleh membantu para isteri dan ibu yang rajin memasak untuk menyediakan hidangan buat anak-anak dan suami tersayang setiap hari.
1.Rancang menu untuk seminggu
Pada hujung minggu boleh merancang dengan lebih awal menu-menu yang akan disediakan pada minggu berikutnya. Sebagai contoh, Isnin-Ayam Masak Lemak Cilipadi, Selasa- Asam Pedas Ikan Kembung, Rabu-Sambal Udang dan sebagainya.
2.Beli barang basah mengikut keperluan menu yang dirancang
Ketika membeli barang basah dipasar, buat anggaran jumlah yang diperlukan untuk seminggu. Contohnya: Ayam satu kilo, Ikan kembung 1 kilo, Udang setengah kilo.
3.Bersihkan bahan basah ini dan asingkan jumlah yang diperlukan
Bersihkan ayam,udang, siang ikan, potong sayur,potong bawang, cili kering dan sebagainya mengikut keperluan untuk sekali masak pada hari tersebut. Contohnya,Asingkan 4 ekor ikan selar dalam plastik,kemudian potongkan lengkuas, bawang putih, merah, bendi, kunyit hidup dan letak dalam plastik container lain.
4.Labelkan menu ikut hari pada bekas yang ingin disimpan
Kemudian, bahan yang sudah siap dipotong/siang, simpan elok-elok dalam bekas dan LABEL mengikut hari dan menu.Contohnya labelkan “KHAMIS-IKAN SINGGANG”.
5.Mudahkan proses defrost sebelum pergi kerja
Simpan didalam peti sejuk biasa yang memiliki 2 bahagian, 1 untuk sejuk beku dan satu lagi untuk biasa.Sebelum pergi kerja pindahkan bekas barang basah dari bahagian sejuk beku ke bahagian biasa untuk memudahkan proses defrost nanti. Jadi bila hendak dimasak malam nanti,tidak memerlukan masa yang lama.
TIP EKSTRA:
1.Sediakan cili dan bawang kisar anggaran untuk seminggu, masukkan kedalam bekas-bekas kecil.Ia bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi penyediaan memasak.
2.Namun, pastikan sudu benar-benar bersih dan tidak mencampurkan bahan-bahan lain ketika mencedok cili atau bawang. Ia bagi memastikan bahan kisar ini tahan lebih lama dan tidak mudah rosak.
3.Ikan atau ayam untuk digoreng boleh juga diperap awal, simpan dalam beg plastik atau bekas,masa hendak digoreng, defrost sekejap selepas keluarkan dari freezer, rasanya lebih sedap sebab meresap ke isi.
4.Guna atu beli bekas plastik yang boleh digunakan didalam ketuhar gelombang mikro.Ia juga mempercepatkan lagi kerja-kerja memasak ini.
5.Buat untuk setiap hari satu resepi, selama 1 minggu atau hari bekerja Selain dapat jimatkan masa, peti ais pun nampak kemas. Bila pulang dari bekerja , cuma sediakan bahan-bahan kering masukkan dalam periuk atau kuali. 5 minit sudah siap untuk dimakan panas2.
Selamat mencuba, semoga tip ini bermanfaat buat anda, mak-mak yang superbusy!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...