Bila dah ada anak, segalanya untuk dia dan mak-mak sanggup lakukan apa saja. Selalunya masa ada anak kecil, mesti mak-mak struggle dalam menjaga anak.
Kalau jenis anak kecil yang ‘melekat’ dengan mak, mahunya stres sebab nak buat keje pun tak boleh. Asyik nak berdukung, berkepit 24 jam. Kadang-kadang, terlelap sekejap pun, mak-mak dah bersyukur sangat. Ini belum lagi dengan kerja-kerja rumah.
Rata-rata mak mesti akan lalu zaman huru hara sebegini. Tipulah kalau ada mak-mak yang mampu bersenang lenang masa anak kecil. Kecualilah ada pembantu yang menguruskan anak-anak.
Apa pun, setiap mak-mak akan lalui fasa huru hara ini semasa anak kecil. Jangan ingat, kita saja lalui struggle dalam diidk anak. Semua mak-mak pasti sama dan ini adalah normal yang perlu dilalui oleh mak-mak. Percayalah.
“Aku huru-hara weh nak buat dengan anak-anak. Sudahnya bukan mereka terlelap, makin terang biji mata. Geram aku!”
Ads
Itu luahan dari kawan saya. Dan saya hanya mampu tersenyum.
Kita Sama!
Sebab saya pun melalui fasa huru-hara tu juga.
Time kita nak doakan tulah diorang berebut sampai jatuh katil. Terus menangis menjerit bagai nak gila. Belum lagi bergaduh mulut sampai akhirnya jadi bertumbuk. Memang hangin satu badan.
Benda ni makan masa tau. Bukan sebulan dua tentunya. It takes time. So, kita slow-slow kayuh je. Tak perlu nak rigid sangat.
Time mood kita okey, mood anak-anak okey, kita doakan betul-betul, sungguh-sungguh.
Time mood kita atau mood anak-anak tak okey, buat seminit pun jadilah.
.
Kalau dah nama ada anak kecik, kau nak dapat hidup senang-lenang, tidur nyenyak, hari-hari aman je, memang tak dapatlah!
Ads
Hakikatnya, semua orang melalui fasa huru-hara tu siap pakej burn out lagi. Itu normal!
Bukan tandanya kita ni mak yang teruk. Sikit-sikit nak marah, sikit-sikit nak jerit, sikit-sikit burn out.
Kita Mak-mak Yang Normal
Bukan!
Kita mak yang normal yang ada semua perasaan yang kadang-kadang kita sendiri tak mampu nak kawal.
Sebab tu, bila letih, kita kena rehat sekejap. Bila rasa tak sempat, buat ajelah mana yang boleh. Jangan paksa diri sampai anak-anak pun rasa terpaksa nak ikut cakap kita.
.
Orang lain yang kita nampak hidup dia smooth je tu, diorang pun struggle setiap hari. Struggle untuk kawal emosi sendiri. Struggle untuk buat itu ini dan Struggle untuk jadi lebih baik dari semalam.
Kita semua ada struggle masing-masing. Sebab kita ni bukan membesarkan anak-anak tapi kita sedang mendidik diorang.
Membesarkan ni senang. Bagi cukup makan, besarlah diorang nanti.
Tapi mendidik ni, kerja sepanjang hayat.
Ads
Perjalanan kita jauh lagi. Kalau penat, jalan perlahan-lahan, rehat sekejap, nanti sambung lagi.
Memang itulah prosesnya sampai kita mati. Itulah yang semua orang pun lalui.
Mingguan Wanita : Setiap mak-mak akan lalui semua ini. Pengalaman yang cukup bermakna demi membesar dan mendidik anak-anak.
Bila PM lanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April, ini peluang keemasan untuk para ibu. Manfaatkan masa PKP, atur strategi padu latih anak berpuasa sambil mak-mak ganti puasa.
Pertama kali puasa mesti rasa berat sangat nak mulakan langkah pertama. Mak-mak kena pandai beli jiwa anak. Mula-mula, terangkan dulu kenapa mereka kena berpuasa dan kelebihan puasa. Bila anak dah faham, barulah mereka sedang hadam.
Puasa Separuh Hari
Jangan paksa anak untuk terus puasa penuh. Tapi mulakan berperingkat. Permulaan, ajar anak berpuasa 1 ke 2 jam sehari. Hari seterusnya tambah kepada 2 ke 4 jam.
Kemudian latih anak berpuasa separuh hari. Bila kita mulakan perlahan-lahan, anak tidak terkejut dan tubuh mereka menerima perubahan ini.
Bila tengok anak dah steady, baru latih mereka puasa penuh. Hari pertama nak dapat mereka puasa penuh, memang kena tahan telinga. Ada yang menangis dan merayu nak berbuka sebab tak tahan lapar.
Pujuk elok-elok, dalam masa yang sama pantau keadaan anak. Kalau mereka nampak lemah sangat, mungkin mereka belum bersedia. Biarkan mereka berbuka dan cuba lagi esok sehingga akhirnya anak-anak berjaya puasa penuh.
Bagi Hadiah
Bila sentuh bab ini, mak kena ada strategi padu. Selain janjikan menu bersahur dan berbuka ikut taste anak, mak-mak juga kena pandai psiko anak-anak.
Jangan lupa sorok makanan , sebaiknya kosongkan peti ais seketika. Mak-mak pun janganlah menonton rancangan masakan, itu mengundang namanya.
Bagi motivasi berterusan dan beri hadiah bila anak berjaya puasa penuh. Mula-mula memang anak buat sebab nak hadiah tapi bila mereka meningkat remaja, keikhlasan akan datang sendiri.
Ganti Puasa Sambil Teman Anak
Cara yang paling berkesan, bila mak cakap mak pun buat. Action speak lauder, anak akan lebih meniru perbuatan kita berbanding mendengar cakap. Jadi marilah kita ganti puasa berjemaah sambil teman anak-anak.
Saya pasti anak akan lebih bersemangat bila tahu mak pun berpuasa. Mereka rasa dihargai dan tidak keseorangan melalui ujian melengkapkan puasa. Jangan lupa ajar anak niat puasa ye, mak-mak pun sama. Selamat berjuang!
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang Semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Satu masalah rumit yang banyak terjadi di kalangan mak ayah sekarang adalah menangani anak yang tantrum atau mengamuk. Boleh buat mak ayah naik hantu sama bila, anak-anak kecil mula merentan menunjukkan tanda protes bila kehendaknya tak dipenuhi.
Stresskan mak ayah? Apa mak ayah nak buat bila anak dah berguling-guling depan kedai. Menjerit-jerit minta perhatian. Panik, memang panik. Malu jangan cerita. Nak selamatkan keadaan, jika di kedai mainan, mak ayah pun penuhi saja kehendak anak. Akhirnya ini yang anak faham. Bila nakkan sesuatu, dia perlu tantrum saja. Dapatlah nanti.
Walhal ada cara yang lebih baik yang mak ayah boleh cuba untuk melatih anak-anak jenis yang kuat mengamuk ini. Dan cara ini akan buat anak hilangkan habitnya itu. Perkongsian daripada Dr. Hj. Masjuki bin Hj. Mohd Musuri ini menjelaskan secara teori. Malah bantuan video memudahkan mak ayah lebih faham tip menangani tantrum anak sendiri.
Tips Menangani Tantrum Si Anak
Tabiat tantrum anak ini sering berlarutan berjam-jam dan tidak boleh ditenangkan oleh mak ayah sendiri. Ia terbentuk hasil dari sikap mak ayah yang terlalu ‘Permissive’ dan kurang ‘energy’.
Tabiat yang sama juga terbentuk pada kesemua anak-anak lain dari pasangan ini. Maknanya, selain dari bantuan pihak ketiga untuk merawat sikap anak.
Lebih penting lagi untuk mak ayah anak ini sendiri mendapatkan ilmu dan latihan praktikal dalam ‘parenting’nya. Ini kerana rawatan sikap itu perlu diteruskan sendiri oleh ibubapanya.
Tanda Tangisan Tanpa Air Mata
PERHATIKAN TANGISAN anak ini ‘tanpa air mata’. Ini menunjukkan anak ini hanya mengada-ngada dan inginkan perhatian semata-mata.
Dalam klip video ini dapat kita saksikan keberkesanan teknik pengabaian (NO TOUCH, NO TALK, NO EYE CONTACT) dan juga teknik ‘hukuman masa’.
Ini adalah kaedah ‘reverse psychology’ untuk memberhentikan sikap mengada-ngada yang sering menjadi amalannya. Semakin dia minta perhatian, semakin kita abaikan sikap ‘mengada-ngada’nya.
Orang tua-tua dulu akan lakukan perkara yang sama bila kita melakukan apa yang dilarangnya. Contohnya bila kita dijumpai panjat pokok…, maka dia akan sindir kita. Akan disuruhnya kita panjat lebih tinggi lagi.. !!!
Apa Itu Sebenarnya Tantrum
TANTRUM adalah satu ledakan emosi dan tunjuk perasaan melalui kelakuan luar jangka yang tidak masuk akal, amat menjengkelkan dan sukar dikawal.
Ia terhasil dari pertambahan energi demi untuk menyatakan suatu hajat, namun tidak mampu mengungkapkannya dalam bentuk kata-kata.
Biasanya anak-anak tantrum akan mengamuk, marah-marah, merajuk, berkeras kepala, menangis, menjerit-jerit, dan melawan bila cuba ditenangkan.
Ada juga yang ke tahap lebih parah sehingga melakukan kekerasan fizikal yang sukar dikawal seperti memukul, membaling dan merosakkan hartabenda.
Ramai ibu-ibu yang mengadu sudah tidak tahan lagi untuk terus-terusan menangani tantrum anak-anaknya sendiri, khususnya bagi ibu tunggal dan ibu tinggal.
Kasihan sekali melihat tangisan ibu-ibu yang sungguh-sungguh mengadu. Itu jelas menggambarkan tekanan emosi mereka dalam menghadapi cabaran situasi.
Tips yang dikongsikan agak sedikit berlainan dari apa yang dikongsikan oleh pakar parenting lain. Ini kerana ia merujuk kepada pengalaman kami sendiri dan akan juga merujuk kepada Al Quran dan sunnah Nabi.
Buat masa ini Dr Masjuki banyak berkongsi tip menangani permasalahan tantrum. Beliau membahagikannya kepada dua bahagian iaitu:
1. Bagaimana mencegah tantrum, bermula dari dalam kandungan.
2. Bagaimana merawat tantrum dan menangani kedegilan.
Terkejutkan bila baca cerita murid ponteng sekolah 53 hari sebab malam main game sampai tak boleh bangun pagi. Nak dijadikan cerita, pihak sekolah pun sampai minta bantuan polis untuk kejutkan anak tadi.
Dari catatan itu katanya ibu ayahnya tak sampai hati nak kejutkan anak pagi hari. Apa pun alasan itu, cuma merekalah yang memahami hakikat sebenar kisah dalam keluarga mereka. Kita yang membaca terkesan sebenarnya dengan cerita-cerita sebegini.
Rasa betapa semakin sukarnya mahu mendidik anak di zaman sekarang. Inilah yang turut dialami Puan Ina Mohd, ibu 4 orang anak perempuan dan seorang lelaki yang pernah satu ketika berdepan dengan kerenah anak degil yang bukan biasa-biasa punya nakal.
Tapi lihat cara ibu ini tangani salah laku anaknya. Yang mana akhir cerita nanti akan buat anda sayu dan rasa bahagia. Kerana anak yang berusia 33 tahun ini akhirnya berubah menjadi orang berjaya.
Viral Anak Main Game Sampai Tak Boleh Bangun
Susahkan nak didik anak sekarang. Pengalaman saya pun sama. Seorang je anak lelaki. Masa umur 11 tahun dia dah terpengaruh dengan game sampai ponteng sekolah. Ambil duit tanpa pengetahuan.
Basikal yang saya belikan untuk ke sekolah dijualnya untuk main game. Lepas itu dia bagitau basikal hilang kena curi. Nakalnya Ya Allah.
Sampaikan kita kunci pintu depan tak bagi keluar rumah, dia boleh terjun ikut pintu belakang dari tingkat dua dengan tali. Hanya DIA je yang tahu.
Tapi masa tu saya tak percaya anak saya sampai tahap tu pengaruhnye. Sehinggalah suatu hari Kak Long mengadu yang abang ni tak pergi sekolah. Kena rotan kat perhimpunan. Macam-macam di usia baru 11 tahun.. huuu ape lagi. Mengamuk laaa si mama ni.
Pintu Saya Rotan Sampai Pecah
Ujar ibu ini lagi, waktu zaman anaknya permainan video game cuma ada di kedai. Tak macam sekarang yang mudah search di handphone.
Saya pergi kedai game warning jangan sampai anak saya masuk lagi. Kat rumah saya rotan (acah-acah rotan). Tak cukup rotan dia, pintu saya rotan sampai pecah pintu (sebetulnye).
Sehinggalah suatu pagi tu dia cakap (ALLAH bukakan pintu hati dia).
“Mama kalau nak abang jadi baik, hantar abang kat sekolah tahfizlah.”
Pada mulanya terkesima juga tapi demi untuk menjadikan dia seorang manusia, saya pejam mata cari sekolah tahfiz.
Di usia 13 tahun dah berpisah dengan dia. Walaupun ada mulut-mulut yang berkata anak tak ada akademik nak kerja apa. Hati remuk tak payah nak cakap sebab satu-satunya anak lelaki.
Hari-hari tanpa dia tak tidur juga malam-malam. Tapi Alhamdulillah bila tengok dia seperti selesa dapat jugalah pujuk hati saya untuk lepaskan dia.
Cumanya tiap-tiap minggu akan ke sekolah dia. Sehinggalah tamat pengajian tahfiz kat Shubro Mesir.
Sujud Syukur Ibu PadaNya
Waktu dia di Mesir tu, 2 minggu juga saya kat sana temankan dia. Balik Mesir baru ambil SPM tanpa belajar di usia 23 tahun. Dan Allah bersamanya. Alhamdulillah sekarang dia merupakan seorang anak yang berjaya dengan bisnesnya serta kelas Al-Qurannya. Sujud syukur padaNYA. Umur dia pun dah 33 tahun sekarang. Adik Kak Long.
Pengajaran kat sini kita boleh je rotan anak yang degil tapi rotanlah dengan lafaz bismillah kerana Allah bukan dengan perasaan nafsu amarah. InsyaAllah Allah akan bantu kita. Pandanglah syurga di wajah mereka.
Bukan nampak kenakalan mereka semasa merotan. Ingatlah ibu adalah guru pertama untuk mencorakkan mereka.
“Mama akan sentiasa mendoakan abang untuk menjadi seorang insan jutawan dunia akhirat dan dapat bersama-sama KakLong untuk tarik tangan Mama..Aamiin.. Mama bangga dengan abang sekarang.”
Nota: Waktu Mingguan Wanita meminta keizinan siar semula kisah Puan Ina di web kami, beliau mohon agar sama-sama memberi sedeqah Al-Fatihah untuk bidadarinya, Kak Long yang telah kembali ke kampung akhirat.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...