‘Mak abah tak harap saya berjaya, cukuplah diterima masyarakat.’ Sukur gembira jadi inspirasi kepada OKU (Orang Kurang Upaya) lain yang senasib.
Ternyata hidup sebagai OKU bukanlah sesuatu yang mudah, namun Sukur buktikan kekurangan bukan satu halangan untuk berjaya seperti orang lain.
Ikuti perkongsian Sukur Ibrahim dan fahami apa yang disampaikan agar dapat memberi inspirasi kepada orang lain.
Sukur, apa sumbangan awak kepada masyarakat terutamanya golongan senasib OKU seperti awak?
Soalan paling selalu wartawan tanya…
Kalau secara langsung rasanya takde kot sumbangan saya
Tapi kalau secara tak langsung saya rasa saya banyak memberi inspirasi untuk ibu bapa yang ada anak OKU terutamanya OKU fizikal insyaAllah ada masa depan cerah dan gemilang buat semua warga OKU.
Ramai ibu bapa yang ada anak OKU bagitau apabila mereka tengok kehidupan saya di media sosial buatkan hati mereka lebih tenang dan kuat untuk membesarkan anak OKU mereka. Moga anak kami juga bahagia macam Encik Sukur…
Sama seperti mak abah saya dulu, tak harap saya berjaya kaya raya, cukuplah saya diterima masyarakat dan dapat hidup bahagia. Tapi impian dan doa mereka supaya saya berjaya tu setiap hari ada dari mereka.
Saya hidup sebagai manusia yang Allah kurniakan akal fikiran waras. Yang tahu tanggungjawab bergelar manusia.
Baca Di Sini:
“Terima Kasih Mak! Saya Ada Hari Ini Ihsan Mak Dan Abah” – Sukur Ibrahim
Kelebihan Sukur Mengatasi Segala Kekurangannya, Jadi Wani Rasakan Dialah Calon Suami Terbaik
“Dua Minggu Mak Tak Mampu Susukan Saya.” Rasa Takut, Malu Dengan Pandangan Orang
Dapat Cukup Kasih Sayang Pun Ada Ketikanya Down, Inikan Pula OKU Yang Terbiar
Jangan Bandingkan Hidup Dengan Orang Lain, Bahagialah Dengan Cara Kita
Pastinya perbezaan ketara fizikal saya ini memberi banyak cabaran, tapi alah bisa tegal biasa..
Hiduplah setiap dari kita menjadi manusia yang baik dan memberi manfaat.
Adakalanya, hanya dengan senyuman kita adalah kebahagiaan buat orang lain, hanya dengan kewujudan kita adalah kekuatan buat yang sekeliling.
Mingguan Wanita : Setiap ujian yang Allah berikan pasti ada hikmahnya.
Sumber: Sukur Ibrahim
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.