'Adakalanya, hanya dengan senyuman kita adalah kebahagiaan buat orang lain, hanya dengan kewujudan kita adalah kekuatan buat yang sekeliling.' - Sukur Ibrahim
‘Mak abah tak harap saya berjaya, cukuplah diterima masyarakat.’ Sukur gembira jadi inspirasi kepada OKU (Orang Kurang Upaya) lain yang senasib.
Ternyata hidup sebagai OKU bukanlah sesuatu yang mudah, namun Sukur buktikan kekurangan bukan satu halangan untuk berjaya seperti orang lain.
Ikuti perkongsian Sukur Ibrahim dan fahami apa yang disampaikan agar dapat memberi inspirasi kepada orang lain.
Mak Abah
Sukur, apa sumbangan awak kepada masyarakat terutamanya golongan senasib OKU seperti awak?
Soalan paling selalu wartawan tanya…
Kalau secara langsung rasanya takde kot sumbangan saya . Saya sibuk dengan kehidupan sendiri bersama keluarga, saudara mara, jiran tetangga dan orang tersayang. Sibuk dalam memenuhi tanggungjawab hakiki bergelar anak, suami dan seorang abah.
Tak Harap Saya Berjaya
Tapi kalau secara tak langsung saya rasa saya banyak memberi inspirasi untuk ibu bapa yang ada anak OKU terutamanya OKU fizikal insyaAllah ada masa depan cerah dan gemilang buat semua warga OKU.
Ramai ibu bapa yang ada anak OKU bagitau apabila mereka tengok kehidupan saya di media sosial buatkan hati mereka lebih tenang dan kuat untuk membesarkan anak OKU mereka. Moga anak kami juga bahagia macam Encik Sukur…
Ads
Cukuplah DiTerima Masyarakat
Sama seperti mak abah saya dulu, tak harap saya berjaya kaya raya, cukuplah saya diterima masyarakat dan dapat hidup bahagia. Tapi impian dan doa mereka supaya saya berjaya tu setiap hari ada dari mereka.
Saya hidup sebagai manusia yang Allah kurniakan akal fikiran waras. Yang tahu tanggungjawab bergelar manusia.
Bila berakhirnya hubungan rumahtangga, banyak pasangan dilihat bermusuh. Kalau boleh tak nak bertegur sapa satu sama lain. Tapi sebenarnya ada banyak lagi pasangan yang boleh jadi geng baik dan melupakan sengketa lama.
Tindakan seorang bekas isteri menyarungkan cincin pertunangan kepada tunang bakal suaminya jadi bualan apabila dilihat sempoi dan masih mampu bergelak ketawa seolah-olah sama gembira meraikan hari bahagia bekas suaminya.
Tidak hanya datang seorang, sebaliknya seluruh ahli keluarga sama-sama hadir ke majlis pertunangan dan meraikan hari bahagia bekas suaminya itu.
Hal ini memang jarang terjadi dan ia dilihat agak pelik. Selepas video ini menjadi viral dan ditonton lebih setengah juta orang di media sosial @eKa-TyKa tampil memberi penjelasan mengenai tindakan kakaknya itu.
Katanya, kakaknya sudah lama bercerai.
“Bekas abang ipar saya sejak kecil dibela oleh neneknya selepas ayahnya meninggal. Ibunya ada tapi sudah bawa haluan masing-masing. Jadi bila dia bertemu gadis lain dan ingin bertunang, kami semua hadir bersama sebagai anggota rombongannya.
“Asalnya ahli keluarganya yang akan sarungkan cincin tunang tapi saat akhir mereka tak dapat datang. Kalau ada pun lelaki, jadi tak sesuai sarungkan cincin tunang tu. Jadi kakak saya ambil alih sarungkan cincin pada hari tersebut untuk tunang bekas suaminya. Kami semua ok sangat-sangat dan tak anggap pun hal ini sebagai pelik. Bahkan gembira dirinya sudah bertemu orang lain,” katanya tampil memberi penjelasan.
Ya, ramai saja pasangan bercerai boleh berbaik dan tak ada gaduh-gaduh pun. Masing-masing dah faham dan bawa laluan hidup tersendiri. Apa pun kita doakan agar masing-masing bertemu jodoh dan kekal hingga ke Jannah.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Penyanyi yang terkenal dengan lagu hitnya iaitu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn mendedahkan dirinya reda apabila suaminya berkahwin seorang lagi.
Suami Ezlynn, Wan Mohd Hafizam telah berkahwin dengan seorang doktor berusia 26 tahun di Perlis pada Mac tahun lalu.
Pemilik nama sebenar Azline Ariffin turut menjelaskan statusnya kini berubah kepada isteri pertama apabila Wan Hafizam menceraikan dua isteri terdahulu.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Ezlynn menyatakan pada awalnya dia mencarikan madu untuk suami namun tidak bertemu calon.
“Kalau ikutkan saya yang keluarkan kenyataan nak carikan madu untuk suami tapi tak jumpa calonnya. Dia akhirnya cari sendiri dan bagi saya baguslah kerana kena dengan cita rasanya.
“Kami dah dipertemukan oleh suami semasa sesi taaruf (berkenalan). Saya letakkan syarat kepada suami supaya jangan halang aktiviti saya di media sosial kerana ia adalah platform untuk berniaga dan sebagainya.
“Orang suka tengok aktiviti dan peribadi artis di situ. Suami boleh terima permintaan ini,” luah Ezlynn.
Dari Dia Buat Tak Elok Baiklah Kahwin
Ezlynn turut menyatakan sebelum ini pernah tampil mahu mencari madu untuk suaminya.
“Rasional saya carikan isteri untuk suami ialah saya seorang yang sibuk dengan kerja. Pergi ‘travel’ lama-lama rasa tak senang hati dan tak boleh duduk diam.
“Sekurang-kurangnya ada seorang isteri yang jaga senang juga, saya boleh fokus pada kerja. Dari dia buat tak elok baiklah kahwin. Kita pun dapat berkat, pahala dan rezeki.
“Tak dinafikan ada wanita yang marahkan saya tapi saya cakap suami bukan milik saya sahaja. Ia hak dan milik Allah. Kalau benda ini boleh mengharmonikan, bagus. Kalau tak sesuai carilah solusi lain yang terbaik,” sambung Ezlynn.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kesusahan waktu itu memaksa adik-beradik kandung ini dipisahkan daripada keluarga. Si adik diserahkan kepada sebuah keluarga lain ketika usianya masih 3 hari. Dari saat itu sampailah ke hari ini adik-beradik kandung ini tak pernah berjumpa.
Jumaat yang lalu, seorang kakak, Pauziah Roziberkongsi keinginan hari dalam grup Gabungan Anak Terengganu mencari adik kandung yang terpisah itu.
“Assalammualaikum.. Hari Jumaat yang mulia ini saya ingin memohon sahabat semua menolong saya mencari adik kandung yang diberi mak saya seumur 3 hari.” Inilah tuturnya kepada ahli-ahli dalam grup berkenaan.
Ternyata permintaannya itu mendapat perhatian ahli, apabila ramai yang berusaha membantu menyebarkan statusnya itu. Dengan doa suatu hari nanti adik beradik ini akan dapat bersatu kembali.
Akuinya beliau, niatnya bukan mahu mengambil kembali adiknya, Tapi lebih kepada mahu bertemu. Inilah yang dinamakan kerinduan seorang kakak, darah daging sendiri.
Kerana Kesempitan Hidup
Walau terpisah jauh mana pun, ikatan darah itulah yang kuat menarik-narik rasa hati ingin berjumpa. Katanya lagi, “Kerana kesempitan hidup, mak saya memberi anak ini kepada orang.”
“Selepas anak ini diberikan, kami tak pernah berjumpa. Gambar ini ada orang bagi kepada arwah nenek saya. Saya cuma nak kenal bukan nak balik.”
Sayu sekali permintaan kakaknya ini. Dalam perkongsiannya juga dia memaklumkan yang adiknya itu ketika ini sudah pun berusia 22 tahun.
Barangkali ada di luar sana yang mengenali adik wanita ini. Doa Mingguan Wanita, semoga kakak ini berjaya menemui adik kandungnya yang dicari-cari dan dirindui itu.
Sumber/Foto : Pauziah Rozi via Gabungan Anak Terengganu
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...