Majlis resepsi Janna Nick ala Barat, Ustaz Wadi beri penjelasan kenapa balik awal. Hukum tetap hukum.
Pasangan artis Janna Nick sudah pun selamat bergelar isteri kepada Dini Schatzmann Sabtu lepas.
Majlis Resepsi Janna Nick Ala Barat
Di sebalik kegembiraannya meraikan hari bahagia, dirai mengikut pilihannya namun didakwa ala Barat oleh warganet di mana Dini dilihat melutut di hadapannya seperti membuat lamaran, kehadiran penceramah popular, Ustaz Wadi Annuar yang dijemput membaca doa menjadi isu sehingga membawa kepada pencerahan dari Ustaz Wadi mengenai isu yang timbul ini.
Kata Ustaz Wadi, dalam video pencerahannya, memaklumkan, dirinya dijemput menghadiri kenduri yang mana hukumnya wajib jika tiada sebarang keuzuran dan masa yang sama membaca doa untuk keberkatan majlis.
Namun dirinya balik lebih awal dan tidak menunggu hingga habis majlis tetapi sudah memaklumkan kepada tuan rumah untuk tidak berlamaan di majlis berkenaan.
“Saya dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan itu dan membaca doa. Apabila sampai di majlis itu, pasangan pengantin belum sampai lagi. Sepuluh minit kemudian, pengerusi majlis mengumumkan saya membaca doa yang ketika itu pengantin tak ada lagi.
“Habis baca doa, saya duduk di kerusi kembali. Kemudian saya nampak pengantin sampai dari hujung sana, saya beritahu PA (pembantu peribadi) bahawa kami kena balik kejap lagi dan tidak dapat teruskan majlis. Saya buat keputusan untuk tidak makan, (tidak) bergambar, (tidak) bersama mengikut tentatif sehingga ke akhir majlis,” katanya menerusi rakaman video di media sosial.
Ustaz Wadi Beri Penjelasan Kenapa Balik Awal. Hukum Tetap Hukum…
Ustaz Wadi memaklumkan selepas pasangan pengantin itu berucap dan beredar, beliau terus balik dan memaklumkan kepada ‘tuan rumah’ mengenai niat mereka untuk meninggalkan majlis lebih awal.
Ads
Menurutnya, tindakannya untuk balik awal adalah seperti yang diajarkan dalam Islam iaitu tidak memalukan orang lain, menimbulkan persepsi negatif serta tidak menjatuhkan tuduhan dan fitnah.
“Hukum tetap hukum, namun pada masa sama, tidak keruhkan keadaan dan menimbulkan fitnah,” katanya di akhir rakaman video berkenaan.
Terdahulu, kehadiran Ustaz Wadi Annuar sebagai agamawan terkenal ke majlis resepsi Janna Nick dan suami di resort terkemuka di Langkawi diraikan ala Barat mendapat pelbagai reaksi warganet.
Dr Say Cerita Pengalaman “Koyak” & “Meroyan” Selepas Bersalin
Pengalaman lahirkan anak pertama buat isteri gerun untuk hamil dan bersalin lagi. Kalau tak ada bantuan suami, boleh menjurus kepada meroyan selepas bersalin atau “postpartum”.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tasha Shilla memohon doa semua agar bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik. Pelakon cantik itu telah berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata pertama apabila kini sedang hamil lima bulan.
Tasha dan suami telah melangsungkan perkahwinan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur pada 28 Februari lalu.
Tasha Shilla Mohon Doakan Yang Terbaik
Tahniah diucapakan kepada Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris. Tasha telah berkongsi kisah gembiranya itu menerusi laman Instagramnya baru-baru ini.
“Syukur alhamdulillah saya dan suami ingin membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang kini berusia lima bulan,” kongsi Sheila.
“Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat hingga ke hari kelahiran dan hari-hari selanjutnya, InsyaAllah.
Rasa Gembira Ramai Doakan Kebahagiaan & Kesejahteraan
“Jujurnya, saya teramat gembira apabila orang sekeliling dan rakan taulan mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan saya sekeluarga.
“Dikesempatan ini Tasha ingin ucapkan semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan,” tulisnya.
Tasha dan suami tidak sabar mahu menimang cahaya mata sulung mereka.
Difahamkan pelakon ini dijangka melahirkan anak sulungnya pada April, tahun depan.
“Alhamdulillah, inilah detik yang paling saya nantikan selepas mendirikan rumah tangga. Saya dan suami sememangnya menantikan kehadiran cahaya mata dalam kehidupan kami. Syukur, kami bakal menimang cahaya mata, tidak lama lagi.
“Suami sentiasa ada bersama saya memberi sokongan dalam fasa kehamilan. Jika berjumpa doktor, suami akan pasti sentiasa menemani saya. Baginya, dia juga perlu memikul tanggungjawab, sebelum anak dilahirkan.
Seperti yang dimaklumkan menerusi portal BH Online, Tasha dan suami masih belum bersedia mendedahkan jantina anaknya.
“Biarlah menjadi kejutan, saya simpan dahulu rahsia. Hanya saya, suami dan keluarga sahaja tahu.
“Setakat ini, semuanya dalam keadaan terkawal. Cuma, memasuki trimester kedua ini, saya mula mengidam nak makan nasi lemak pada waktu pagi. Mujurlah, tidak mengidam benda pelik,” kongsinya.
Doa Dari Rakan Artis
Sumber Foto: Instagram Tasha Shilla
Sumber: Instagram Tasha Shilla dan BH
Bab didik anak, Hanis Zalikha tegas dalam lembut. Rasanya ramai yang mengetahui selebriti terkenal, Hanis Zalikha sering kali berkongsikan tips-tips tentang kehidupannya sebagai ibu kepada dua orang cahaya.
Malah ada yang menjadikan Hanis dan suami, Hairul Azreen sebagai inspirasi dalam mendidik anak-anak mereka iaitu Yusuf Iskandar, 6 dan Alisa Aisyah yang kini berusia tiga tahun.
Bab Didik Anak, Hanis Zalikha Tegas Dalam Lembut
Malah ada yang memuji betapa lembutnya Hanis melayan karenah anak-anaknya. Seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro, Hanis punya cara tersendiri mendidik anak-anak.
“Sekiranya kami ada menegur atau marah anak-anak, sebelum tidur kami akan berbincang balik apa kesalahan.
“Apa yang boleh diperbetulkan dan pendekatan bagaimana yang lebih sesuai.
“Ini bagi memastikan mereka mempelajari sesuatu daripada teguran itu.
“Jangan rasa saya ini lembut sangat sebab sebenarnya saya seorang yang tegas.
“Saya Tak Garang Tapi Tegas”
“Kalau saya kata tak boleh, maknanya memang tak boleh. Cuma cara saya cakap dengan nada yang tidak tinggi.
“Ada yang kata ‘lembutnya dengan anak-anak’, tapi sebenarnya bukan lembut.
“Saya tak garang tapi lebih tegas.
“Jika ingin menegur anak-anak yang melakukan kesalahan, memang kena tegas kerana kita ingin mendidik,” kata Hanis yang juga kini merupakan duta produk jenama Innersejuk.
“Keluarga Hanis & Hairul Sentiasa Jadi Inspirasi” Warganet
Menerusi komen beberapa hantaran di akaun Instagram Hanis Zalikha, warganet memberikan komen yang positif terhadap keluarga yang sentiasa menjadi inspirasi orang ramai.
Kecoh di media sosial, rata-rata netizen panas dengan berita seorang bayi perempuan berusia 47 hari maut selepas dipercayai didera keluarganya di Kampung Tok Panjang, 10.45 pagi.
Apa yang cukup menyedihkan, bayi kecil itu mengalami kecederaan di seluruh badan termasuk di bahagian kemaluan.
Laporan awal bedah siasat mendapati, bayi perempuan berkenaan mengalami patah pada rusuk kiri dan kanan, selain lengan kanan dan peha kiri.
Tubuh Badan Bayi Lebam Dan Melecet
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid bahagian luaran tubuh mangsa juga terdapat kesan lebam dan melecet di seluruh tubuh mangsa.
“Punca kecederaan luaran disebabkan objek tumpul dan keras seperti lantai, dinding dan pintu termasuk juga perbuatan cubit dan hentakan.
“Bedah siasat juga mendapati terdapat kecederaan dalaman akibat hentakan kuat sehingga pendarahan berlaku di organ dalaman seperti otak,” katanya dalam kenyataan.
Terdapat juga kesan gigitan pada kedua-dua belah tangan mangsa namun bayi berkenaan maut akibat pendarahan dalam kepala.
Ibu Bapa Bebas Pengaruh Dadah
Tambahnya Nik Ros Azhan, ujian saringan air kencing terhadap ibu bapa bayi berkenaan mendapati mereka bebas daripada pengaruh dadah.
Ibu bapa bayi malang berkenaan yang berusia 22 tahun itu direman tujuh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Mangsa meninggal dunia ketika dibawa bapanya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya kira -kira jam 10.45 pagi, Khamis lalu.
Sementara itu, ibu bapa kepada bayi terbabit direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan berkaitan bayi perempuan mereka itu.
Sumber: astroawani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!