Majlis Kahwin 3 Generasi, Ayah, Anak & Cucu Bersanding Serentak Di Pelamin!

Share

Memang lebih meriah majlis perkahwinan apabila melibatkan 3 generasi iaitu ayah, anak dan cucu yang turut bersanding sekali di pelamain. Bukan sahaja meriah malah menjimatkan kos apabila menjemput tetamu.

3 Generasi Bersanding Serentak

Tiga generasi merealisasikan hari bersejarah mereka apabila bersanding secara serentak dalam majlis perkahwinan yang berlangsung di Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas, hari ini.

Lebih menarik, pasangan itu terdiri bapa, anak dan cucu.

Dihadiri 3,000 Tetamu

Ahmad Omar, 80, (bapa) bersanding bersama pasangan, Juriah Misubani, 61; Rozita Ahmad, 45 (anak) pula bersanding bersama Mohd Yazid Ali, 44; manakala Nurhazimah Mohd Hussin, 24, (cucu) dengan pasangannya, Mohamad Zulhaire Zakaria, 22.

Majlis bersejarah itu turut dihadiri kira-kira 3,000 tetamu.

Majlis pernikahan Ahmad berlangsung pada 1 Jun, Rozita pula pada 3 Jun, manakala Nurhazimah pada 30 Jun.

Pasangan mempelai Ahmad Omar dan Juriah mengenakan pakaian serba kelabu, Nurhazimah bersama Mohamad Zulhaire pula serba merah manakala Rozita serta Mohd Yazid berpakaian ungu.

Ketiga-tiganya bersanding di rumah Mohd Hussin Jambari selaku tuan rumah yang juga bapa kepada Nurhazimah.

Hasil Permuafakatan Semua Pihak

Ahmad yang juga bapa kepada enam anak dan mempunyai 15 cucu serta tiga cicit berkata, majlis pernikahannya berlangsung di Pejabat Kadi Pontian dengan hantaran RM5,000.

Katanya, kelangsungan majlis berkenaan, termasuk bersanding secara serentak adalah hasil permuafakatan semua pihak, termasuk ahli keluarga pengantin.

"Kami berterima kasih kepada semua pihak, termasuk penduduk kampung serta saudara-mara, yang membantu menguruskan majlis ini," katanya yang juga petani.

Syukur Majlis Berjalan Lancar

Bagi Rozita yang juga anak bongsu daripada enam beradik, dia bersyukur dengan kelancaran majlis persandingan itu.

"Siapa sangka, tiga generasi bersanding di pelamin yang hari yang sama. Ia cukup menunjukkan eratnya silaturahim dalam kalangan keluarga dan masyarakat.

"Saya berdoa supaya perkahwinan kami sentiasa dirahmati Allah SWT. Terima kasih juga kepada semua yang membantu," katanya yang bekerja di sebuah syarikat swasta di daerah ini.

Sementara itu, tetamu, Robaniah Jamari, 60, berkata, majlis berkenaan bukan sekadar menjadi kenangan buat mempelai malah tetamu.

"Majlis ini cukup unik serta melambangkan keharmonian dalam keluarga juga masyarakat," katanya.

Mesti Baca:Beri Perhatian Pencapaian Positif, Fokus Bina Kekuatan Diri Jadi Pendorong Anak Terus Maju
Baca Lagi Di Sini:Tak Tetap Hantaran Kerana Tak Nak Bakal Menantu Terbeban, “Memang Sporting Pakcik Nie…”
Artikel Menarik:{VIDEO} Lembu Mati Tercekik Sebelum Korban, Ustaz Kongsi Pentingnya Belajar Ilmu Penyembelihan Haiwan

Mingguan Wanita: Alhamdulillah, Selamat pengantin baru buat semua pengantin. Semoga perkahwinan dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. Jimat kos bila buat majlis begini dan pastinya hari bersejarah yang tak akan di lupakan.

Sumber: Hmetro

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab