Majlis Fatwa Kebangsaan jelaskan kepercayaan terhadap angka bismillah 786 salah & bertentangan akidah.
Baru ini tular di media sosial satu perkongsian dari ibu Neelofa, Noor Kartini Noor Mohammed yang ketika itu berada di Tanah Suci berkongsi kelebihan mengamalkan ayat Bismillahirahmanirohim sebanyak 787 (dilebihkan satu) selepas diijazahkan oleh gurunya, Baba Aziz.
Dari rakaman itu, Noor Kartini memaklumkan bacaan Bismillah itu mestilah dibaca 787 dalam sehari (dibahagikan ikut kesesuaian masa) dan selepas 40 hari boleh nampak kesannya amalan membaca Bismillah tersebut. Tidak boleh baca lebih atau kurang dan jika yakin, Allah akan memberikan ikut kesesuaian dan apa yang kita perlukan.
Di sebalik perkongsian video ditonton lebih sejuta itu, mempercayai angka 787 atau 786 bermaksud Bismillahirrahmanirrahim, sejak 2007 lagi sebenarnya, Majlis Fatwa Kebangsaan telah menyatakan amalan mempercayai angka tersebut adalah salah dan bertentangan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah.
Dipetik dari laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, fatwa mengenainya sudah lama dikeluarkan.
Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 26 Julai 2007 telah membincangkan mengenai Kepercayaan Terhadap Angka 786 Bermaksud Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamduliilah fatwanya:
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Hukum Ibu Mengajar Anak Mengaji Ketika Haid
Jaga Pergaulan, Biarlah Kita Nampak ‘Old School’ Tapi Menjaga Hukum Tuhan!
Cuci Daging, Ikan, Ayam Kena Ikut Hukum, Buat Bilasan Terakhir, Elak Makan Makanan Bernajis
Dalam pada itu, selepas perkongsian dari Noor Kartini ini, ada agamawan dan pensyarah hadis mengulas di media sosial mengenai apa diperkatakannya. Ia dikongsikan oleh Assistant Professor Dr Abu Hafiz Saleh Hudin yang memiliki PhD dalam bidang ilmu al Quran/ As Sunnah selain menuntut ilmu hadis secara bersanad.
Beliau mendapat Ijazah Sanad sebanyak 34 kitab termasuk Kutub Tis’ah daripada ulama hadis muktabar dunia iaitu Prof Dr Muhammad Abu Al-Layth al-Khayrabadi.
Kata Dr Hafiz, hentikan ikut ‘petua’ selebritiri seperti ini.
” Zikir, doa dan ibadah telah secara tersusun diajar oleh Nabi SAW. Penetapan ulang basmalah 787 tu sendiri sangat bermasalah. Dalam hadith sahih ajar istighfar yang ikhlas mampu beri jalan keluar masalah. Kenapa reka yang tiada dalam nas?! soalnya.
Tambahnya lagi, “agama bukan dibina atas pengalaman kita saudara/ri. Agama atas dalil. Kena 787? Kalau ganjil, 1,3,5 pun ganjil. Kalau ada orang amalkan dan tak dapat seperti didakwa, bagaimana pula? Agama berdasarkan Quran dan Sunnah. Ia mesti ada sumber bukan rekaan.
Selepas dirinya memuat naik tweet ini, sudah pasti timbul pelbagai pendapat di mana ada bertanya di mana salahnya kerana ada yang mengamalkannya dan berjaya memperoleh rezeki yang banyak. Namun seperti kata jelas Dr Hafiz, segala yang dikongsikan mestilah dari sanad hadis yang sohih.
Tidak hanya ia mendapat perhatian Dr Hafiz, hal yang sama dikongsikan oleh Ustaz Syihabuddin Ahmad mengenai amalan dikongsikan oleh bonda Neelofa ini.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?