Majlis Fatwa Kebangsaan jelaskan kepercayaan terhadap angka bismillah 786 salah & bertentangan akidah.
Baru ini tular di media sosial satu perkongsian dari ibu Neelofa, Noor Kartini Noor Mohammed yang ketika itu berada di Tanah Suci berkongsi kelebihan mengamalkan ayat Bismillahirahmanirohim sebanyak 787 (dilebihkan satu) selepas diijazahkan oleh gurunya, Baba Aziz.
InsyaAllah kita jadikan dalam amalan harian kita. Kepada mereka yang sedang mengalami dalam kesulitan hidup. Niat kerana Allah SWT. Semoga Allah permudahkan segala-galanya. Aamiin.. ❤️🤲 pic.twitter.com/nVSFfhHjol
Dari rakaman itu, Noor Kartini memaklumkan bacaan Bismillah itu mestilah dibaca 787 dalam sehari (dibahagikan ikut kesesuaian masa) dan selepas 40 hari boleh nampak kesannya amalan membaca Bismillah tersebut. Tidak boleh baca lebih atau kurang dan jika yakin, Allah akan memberikan ikut kesesuaian dan apa yang kita perlukan.
Majlis Fatwa Kebangsaan Jelaskan Kepercayaan Terhadap Angka Bismillah 786 Salah
Di sebalik perkongsian video ditonton lebih sejuta itu, mempercayai angka 787 atau 786 bermaksud Bismillahirrahmanirrahim, sejak 2007 lagi sebenarnya, Majlis Fatwa Kebangsaan telah menyatakan amalan mempercayai angka tersebut adalah salah dan bertentangan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah.
Dipetik dari laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, fatwa mengenainya sudah lama dikeluarkan.
Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 26 Julai 2007 telah membincangkan mengenai Kepercayaan Terhadap Angka 786 Bermaksud Bismillahirrahmanirrahim.
Bertentangan Akidah
Alhamduliilah fatwanya:
Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud Bismillahirrahmanirrahimjuga meyakini angka tersebut membawa tuah dan nasib yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan Akidah Ahli As-Sunnah Wal-jamaah dan syariat serta akhlak Islam.
Perbuatan ini juga termasuk dalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Quran mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya serta tidak mendapat hidayah Allah S.W.T.
Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta merta.
Semua umat Islam dilarang membuat, mencetak, menjual, membeli, mengguna, menyimpan, mempamer, menjadikan perhiasan, menjadikan logo dan menjadikan azimat apa-apa sahaja benda atau barangan yang mengandungi angka 786 tersebut.
Dalam pada itu, selepas perkongsian dari Noor Kartini ini, ada agamawan dan pensyarah hadis mengulas di media sosial mengenai apa diperkatakannya. Ia dikongsikan oleh Assistant Professor Dr Abu Hafiz Saleh Hudin yang memiliki PhD dalam bidang ilmu al Quran/ As Sunnah selain menuntut ilmu hadis secara bersanad.
Beliau mendapat Ijazah Sanad sebanyak 34 kitab termasuk Kutub Tis’ah daripada ulama hadis muktabar dunia iaitu Prof Dr Muhammad Abu Al-Layth al-Khayrabadi.
Kata Dr Hafiz, hentikan ikut ‘petua’ selebritiri seperti ini.
Ads
Hentikan ikut ‘petua’ selebriti. Zikir, doa dan ibadah telah secara tersusun diajar oleh Nabi SAW. Penetapan ulang basmalah 787 tu sendiri sgt bermasalah. Dlm hadith sahih ajar istighfar yg ikhlas mampu beri jalan keluar masalah. Kenapa reka yang tiada dlm nas?! https://t.co/MtWFgNkkTa
” Zikir, doa dan ibadah telah secara tersusun diajar oleh Nabi SAW. Penetapan ulang basmalah 787 tu sendiri sangat bermasalah. Dalam hadith sahih ajar istighfar yang ikhlas mampu beri jalan keluar masalah. Kenapa reka yang tiada dalam nas?! soalnya.
Agama bukan dibina atas pengalaman kita saudara/ri. Agama atas dalil. Kena 787? Kalau ganjil, 1,3,5 pun ganjil. Kalau ada org amalkan dan tak dpt spt yg didakwa, bagaimana pula? Agama berdasarkan Quran dan Sunnah. Ia mesti ada sumber bukan rekaan.
Tambahnya lagi, “agama bukan dibina atas pengalaman kita saudara/ri. Agama atas dalil. Kena 787? Kalau ganjil, 1,3,5 pun ganjil. Kalau ada orang amalkan dan tak dapat seperti didakwa, bagaimana pula? Agama berdasarkan Quran dan Sunnah. Ia mesti ada sumber bukan rekaan.
Selepas dirinya memuat naik tweet ini, sudah pasti timbul pelbagai pendapat di mana ada bertanya di mana salahnya kerana ada yang mengamalkannya dan berjaya memperoleh rezeki yang banyak. Namun seperti kata jelas Dr Hafiz, segala yang dikongsikan mestilah dari sanad hadis yang sohih.
Ulang basmalah dgn jumlah 787, tanpa boleh lebih atau kurang dgb fadhilat spt dalam video; boleh tunjukkan saya sanad nya kalau ada? Saya nk semak juga…sahih atau dhaif atau langsng tiada asal.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Harap Diana lembut hati. Pelakon dan pengarah filem Farid Kamil berusaha untuk menawan semula hati isterinya, Diana Danielle dan menawarkan perdamaian dengan jumlah wang melebihi RM300 ribu.
Farid juga menerangkan tawaran yang dibuat diharap dapat melembutkan hati isterinya yang membabitkan antaranya aset, barang kemas dan bayaran pendahuluan nafkah bernilai RM319,700.
Harap Diana Lembut Hati
Pada waktu yang sama Farid juga menerangkan dia berharap Diana akan menerima tawaran tersebut demi masa depan dan kebaikan dua anak mereka, iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Farid Kamil juga menawarkan sebuah kenderaan MPV, barang kemas, wang pendahuluan nafkah dan bayaran tiket umrah kepada Diana.
“Saya, Farid Kamil Zahari dengan setulus hati pada Ramadan penuh barakah ini ingin menawarkan isteri saya, Diana Danielle Danny Beeson tawaran seperti berikut sebagai usaha saya menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi.
“Sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000, barangan kemas bernilai RM10,700, wang pendahuluan nafkah dari Mac sehingga Jun 2023 bernilai RM40,000 dan bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya adalah hadiah sudah bertukar menjadi hutang yang bernilai RM44,000.
“Saya amat berharap dengan tawaran yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak RM319,700 ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami,” kata Farid seperti mana dilaporkan Berita Harian.
Kenyataan yang diedarkan Pengurus Farid kepada media itu ketika prosiding sulh masih berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah tengahari tadi.
Bagaimanapun, Diana dan peguam, Datuk Akberdin Abdul Kadir tidak hadir ke prosiding itu.
Sekarang ni tak kira usia, muda-muda pun ramai yang meninggal dunia. Paling menyedihkan, ramai yang tidak sedar mereka sebenarnya menghidap pelbagai penyakit kronik. Ada yang kena sakit kronik seperti darah tinggi, kolestrol, sakit jantung dan diabetes.
Tidak dinafikan di Malaysia memang kurang kesedaran untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala. Sebab itu, bila penyakit dikesan ada yang sudah di peringkat akhir. Sikap kita yang ambil mudah soal makan dan tidak menjaga kesihatan menjadi salah satu punca kita menghidap pelbagai penyakit.
Disebabkan ramai golongan muda yang berdepan dengan masalah kesihatan, kajian dilakukan oleh ahli bijak pandai di Jepun. Hasil kajian amat mengejutkan, kebanyakan penyakit jasmani adalah disebabkan oleh penyakit rohani.
Kita gagal mengawal emosi dengan baik. Inilah yang mencetus stres, emosi yang negatif membuatkan tubuh dan minda kita menjadi lemah. Misalnya darah tinggi bukan sahaja disebabkan pengambilan makanan masin malah ramai penghidap penyakit ini berdepan dengan tekanan hidup yang melampau.
Begitu juga jika kita sering sedih, emosi yang tidak sihat ini membuatkan gangguan kepada pernafasan. Stres juga penyumbang kepada penyakit kanser.
Justeru, kita mestilah mengubah gaya hidup. Amalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat, lakukan senaman ringan setiap hari.
Paling penting kita mesti set minda agar sentiasa berfikiran positif. Hati juga kena bersih dan bersangka baik dengan Allah. Perbaiki cara kita berfikir dan hati kita. Buang jauh-jauh perangai negatif seperti hasad dengki, cemburu, dendam, fitnah, ego, sedih yang keterlaluan, marah dan baran.
Jom muhasabah diri, sebelum salahkan orang lain. Kita kena audit diri sendiri dulu.
8 Tip Rawat Emosi Untuk Hindari Sakit Kronik
Redha dengan ketentuan Allah.
Sebelum tidur maafkan diri dan orang lain.
Rancang kerja atau urusan sebelum tidur.
Berdoa urusan dipermudah.
Sentiasa bersyukur.
Bersedekah atau berkongsi rezeki.
Senyum selalu.
PALING PENTING, SOLAT! JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH, PASTI ALLAH AKAN MENJAGA HUBUNGAN KITA DENGAN MANUSIA.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wanita semangatnya kental, walaupun diduga kekecewaan untuk hamil berkali-kali, namun naluri untuk menjadi ibu, kesakitan dan putus asa ditolak tepi demi untuk melahirkan dan memiliki zuriat tersayang.
13 Kali Gugur, Tempoh 12 Tahun
Seorang wanita yang tidak pernah berputus asa berjaya melahirkan anak lelaki selepas 13 kali keguguran dalam tempoh 12 tahun. Wanita berusia 32 tahun yang dikenali sebagai Liu melahirkan anak pada Mac lalu, menerusi pembedahan di Hospital Universiti Zhongnan di Wuhan, lapor Mirror.
Liu berasal dari daerah Xinzhou dan berkahwin sejak 2010.
Mengandung Setiap Tahun
Dia mengandung setiap tahun, namun sering mengalami keguguran semasa peringkat awal kehamilan.Doktor mengesahkan Liu menghidap penyakit autoimun systemic lupus erythematosus (SLE), 2017.
Badan pesakit SLE akan menghasilkan protein darah dengan banyak. Protein darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Sehingga kini, punca penyakit SLE tidak diketahui.
Disebabkan masalah itu, dia sering keguguran kerana penyakit itu menyerang setiap sistem dalam tubuh badan manusia.
Walaupun doktor menasihatkan dirinya supaya berhenti mengandung, dia hanya mengabaikan nasihat itu dan sebaliknya terus berusaha untuk hamil. Selepas 13 kali keguguran, doktor menyedari badan mangsa mula menjadi lemah dan dia mula menderita hipertiroid.
Pakar perubatan, Dr. Guo Juanjuan berkata, SLE menyebabkan pesakitnya sukar hamil dan jika mengandung, berdepan risiko keguguran. Jelasnya, proses kehamilan dapat dipastikan dalam keadaan selamat hanya menerusi penjagaan perubatan yang terbaik, namun masih terdapat risiko keguguran.
Mingguan Wanita: Tahniah buat wanita ini akhirnya berjaya timang cahaya mata pertama.Malah paling penting tak pernah berputus asa untuk menjadi ibu meskipun diuji 13 kali keguguran dalam tempoh 12 tahun.