Majalah Time nobat wanita hebat Michelle Yeoh Ikon 2022. Anak kelahiran Malaysia, yang juga bintang Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh, 60 telah diiktiraf sebagai Ikon Tahun 2022.
Tanda pengiktirafan beliau terhadap sumbangan besarnya kepada industri perfileman telah diberikan oleh majalah antarabangsa terkemuka, Time.
Majalah Time Nobat Wanita Hebat Michelle Yeoh Ikon 2022
Melalui perkongsian di akaun Instagram majalah itu, Time mengumumkan pemilihan pelakon berasal dari Ipoh, Perak itu dibuat atas pencapaian Yeoh yang dianggap bintang paling berpengaruh di Asia sejak berdekad-dekad lamanya.
Malah pada kapsyen di hantaran tersebut juga Time memperakui Yeoh sebagai kuasa besar dalam era kegemilangan filem aksi Hong Kong melalui penampilan dalam rangkaian filem yang turut memperlihatkan keberanian aktres itu melakukan aksi lagak ngeri.
Selain itu Time turut menyebut penampilan sulung Yeoh dalam filem terbitan Hollywood apabila membintangi filem James Bond, Tomorrow Never Dies pada 1997 diikuti filem besar lain seperti Crouching Tiger Hidden Dragon, Crazy Rich Asians dan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.
Watak Isteri, Ibu Selamatkan Dunia
Wanita hebat ini juga menurut Time, filem ‘box office’, Everything Everywhere All at Once ditayangkan Mac lalu yang menyaksikan Yeoh melakonkan watak isteri dan ibu yang mahu menyelamatkan dunia, meletakkan bintang itu dalam senarai pelakon nombor satu Hollywood.
Ads
Penampilan Yeoh dalam filem ‘indie’ arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert itu dianggap detik yang sudah lama dinantikan di mana nama bintang itu menjadi sebutan ramai, malah ramai percaya Yeoh bakal menggenggam trofi Oscar melalui watak dibawanya dalam filem terbabit.
Hantaran itu memetik temubual Yeoh bersama @lucyfeld yang antara lain, pelakon itu memberitahu:
“Saya ada memikirkannya. Bukan saya saja, saya fikir seluruh komuniti Asia turut memikirkannya. Mereka datang kepada saya dan beritahu, kamu melakukan ini untuk kami.”
Hantaran dimuat naik Time di Instagram itu turut dikongsi Yeoh yang mengucapkan terima kasih kepada majalah itu dan mengakui dirinya diberkati atas pengiktirafan diberi.
Ads
Ogos lalu, Yeoh yang membintangi lebih 70 filem sejak empat dekad lalu, menjadi artis Asia pertama menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam seni halus dari Institut Filem Amerika (AFI), Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Untuk rekod, Yeoh memulakan karier seni selepas memenangi pertandingan Miss Malaysia World ketika berusia 20 tahun pada 1983. Yeoh kemudian mewakili Malaysia ke pertandingan Miss World 1983 di London. Meneruskan langkah Yeoh menyertai pertandingan Miss International Tourism Quest dan muncul pemenang, lantas membuka laluan kepada dunia lakonan apabila terpilih menjayakan projek komersial bersama Jackie Chan hingga menarik perhatian penerbit filem Hong Kong, D&B Films.
Antara filem lain lakonan Yeoh adalah Memoirs of a Geisha yang ditayangkan pada 2005, Reign of Assassins (2010), Kung Fu Panda 2 (2011) dan The Lady (2011) di mana Yeoh membawa watak Aung San Suu Kyi.
Rupanya tak susah mana pun nak buat resepi Chizza iaitu makanan gabungan piza dan ayam. Sekarang ini tengah meletup-letup dekat restoran makanan segera.
Cara mudah buat resepi chizza ini dikongsikan oleh Rara Rawdah. Bahan-bahan yang digunakan juga tak susah nak cari.
Katanya, “Tak puas makan chizza dekat KFC, jadi buat sendirilah. Double-double sedap dia. Coat ayam pakai tepung Bestari je.”
Resepi Chizza Ala KFC
Ayam
Dada ayam – belah 2 bagi nipis
Tepung Bestari – yang pedas
Caranya
1. Perap dada ayam dengan tepung yang dicampur air sedikit.
2. Ambil dada ayam yang telah diperap tadi dan gaulkan dengan tepung kering. Terus goreng.
Topping
Sos Prego – ikut selera nak perisa apa
Nenas dalam tin
Cili benggala merah
Keju Mozarellah – parut
Chili flakes
Caranya
1. Selepas goreng ayam tak perlu tunggu sejuk.
2. Terus letak topping ikut kreativiti masing-masing.
3. Kemudian, bakar dalam oven 5 minit pada suhu 150 celsius
4. Dah siap!
Nota : Kalau tak ada oven, boleh guna pemanggang ajaib suhu api sederhanauntuk buat resepi chizza ni.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Musim cuti sekolah ni, sesuai buat aktiviti bakar biskut dengan anak-anak.Ia juga salah satu cara penuhi masa dengan anak-anak juga. Lebih-lebih lagi, buat kalau buat biskut kartun kegemaran anak-anak, seperti Hello Kitty ni, mereka mesti bertambah seronok.
Berikut merupakan perkongsian resipi Hello Kitty yang dikongsikan oleh Puan Miraa.
Ada tak Hello Kitty LOVER macam saya dalam ni ? Semua benda nak Hello Kitty. Harini nak belanja resepi kuih raya hellokitty yang saya buat ni.Rangup diluar, cair didalam mulut gitu .
1.Campur butter dan gula halus . Kacau sebati
2.Masukkan susu dan esen vanilla . Kacau sebati
3.Masukkan tepung tepung tadi sikit sikit hingga habis . Sambil uli .
4.Kemudian tekapkan corak mengikut citarasa anda dan hiaskan mengikut kreativiti anda.
5.Bakar pada suhu 170°c selama 20-25minit .
p/s : Tanda kuih cukup masak , tapak kuih anda licin & tak melekat . Selamat mencuba!
Punyalah bertuah kaum wanita, bukan hari lahir sahaja orang sambut tetapi siap ada hari wanita dan majlis tertentu untuk meraikan pengorbanannya. Salah satunya boleh dilihat menerusi Malam Aspirasi Wanita 2018 yang dibuat di Dewan Hamzah beberapa hari lalu.
Ini semata-mata nak menghargai peranan, tanggungjawab dan sumbangan golongan wanita khususnya di daerah Klang, yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Klang.
Nak Menghargai Kaum Wanita
Yang Dipertua, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, sambutan itu diadakan bersempena dengan sambutan Hari Wanita pada 8 Mac setiap tahun.
“Kita meraikan hari yang istimewa untuk para wanita ini bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan serta peranan mereka terhadap pembangunan negara.
“Sambutan Hari Wanita juga disambut sebagai perangsang kepada golongan itu dan bagi memenuhi hasrat serta aspirasi untuk terus bergiat lebih aktif ke arah pembangunan keluarga, masyarakat dan organisasi,” katanya ketika berucap di hadapan kaum wanita yang terdiri daripada kakitangan MPK dan jemputan.
Bajet 2018 Untuk Wanita
Agenda pemberdayaan wanita sentiasa diberikan penekanan oleh Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan.
“Buktinya melalui pembentangan Bajet 2018 telah membuka peluang secara luar biasa kepada golongan wanita di negara ini.
“Beberapa inisiatif langsung dan tidak langsung dilihat mampu memberi manfaat kepada golongan wanita, antaranya mewajibkan 30 peratus wanita dalam keahlian sebagai lembaga pengarah GLC, GLIC dan badan berkanun merupakan satu program bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengangkat wanita menerajui posisi,” katanya.
RM72 Juta Khas Buat Mak-mak
Keprihatinan itu juga ditunjukkan Kerajaan Negeri yang turut menyediakan bajet yang lebih mesra wanita berupa RM72 juta bagi meningkatkan martabat wanita dan golongan ibu menerusi pengenalan inisiatif berkebajikan, Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...