Main lato-lato dalam surau, wanita akui rasa nak marah tumpuan ibadah terganggu. Bunyi berlaga dari mainan lato-lato mungkin menjadi “terapi keseronokan” bagi kanak-kanak. Di Sabah dan Sarawak turut diadakan di pertandingan Lato-Lato dengan menawarkan pelbagai hadiah.
Tidak salah main mainan ini tapi kenalah ikut situasi tempatnya. Kalau sudah sampai bermain di dalam surau kecil sudah pasti menimbulkan rasa tidak selesa khususnya bagi kita yang ingin bersolat.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– “Bengkak, Lebam Teruk Di Batang Hidung” Hati-Hati Pantau Anak Main Lato-Lato!
Sisi Baik ‘Lato-Lato’, Mainan Murah & Latih Anak SABAR, Layankan Saja!
Satu perkongsian dari seorang wanita @rosnani sedi di Tik Toknya membuatkan sebahagian kita dapat memahami betapa kurang selesanya situasi dialaminya.
@rosnani.sedi♬ original sound – Rosnani Sedi
Ruang surau di stesen minyak yang agak sempit, dengan dua kanak-kanak bermain lato-lato sementara menunggu ibunya selesai solat jelas dilihat kurang sesuai. Malah tiada siapa mampu kusyuk kalau diganggu dengan bunyi berlaga lato-lato ini dalam ruang kecil sebegini.
Awal, bunyinya lato-lato ini mungkin perlahan tetapi semakin kuat dilagakan, bunyinya semakin kuat. Tulisnya, nak marah tapi kena sabar. Rasa nak marah..
Dari ruangan komen, seorang wanita menulis, “kalau saya marahkan saja. If mak dia tak nak ajar anak dia abad, kita ajarkan.
Seorang lagi menulis, bunyi paling annoying. Pergi makan IOI, sekali budak tu main lato-lato dalam Chicken Rice Shop. Nasib mak bapak dia orang suruh anak dia stop.
Seorang ibu menulis, “saya tegur anak-anak jerit di dalam surau.
“Dik orang tengah solat, dosa tahu tak. Mak mana”. Terus tiba-tiba mak dia bersuara suruh diam. 😂
Dalam isu ini rasanya mak ayah berperanan mendidik anak-anak dengan adab. Ya, kanak-kanak tetap seorang kanak-kanak kerana mereka hanya memikirkan keseronokan saja.
Tapi mak ayah harus berperanan mendidik mana yang boleh atau tidak. Sesuai atau tidak mainan itu dibawa ke bilik surau kecil dan dimainkan ketika orang bersolat.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Mengandung di usia 40-an, Dynas yang kini sarat mengandung kongsi pengalaman.
Jom usah-usah biskut raya di Fiesta Homebakers. Ada macam-macam biskut untuk hari raya nanti.