Mahu Ubah Suai Rumah Selepas Pemergian Siti Sarah Tapi Shuib Batalkan Selepas Alami Mimpi Sedih

Share

Semalam, genap setahun arwah Siti Sarah meninggal dunia. Pasti ramai yang masih mengingati kenangan ditinggalkan dan masih terasa dengan kebaikan dilakukannya.

Dalam pada itu, walau menerima gosip dikaitkan dengan pelbagai pasangan termasuk pelakon Wan Sharmila seperti dikongsikan oleh ibunya dengan caption “biar gambar berbicara” di majlis tahlil arwah Siti Sarah semalam tapi Shuib masih kekal sendirian membesarkan anak-anaknya.

Dalam pada itu, usahawan dan pelawak ini turut berkongsi satu kisah di mana dirinya pernah ingin mengubah suai rumah selepas pemergian isteri tercinta untuk mencipta suasana baru namun menghentikan niatnya itu selepas mengalami satu mimpi sedih.

Memetik mStar Online, Shuib bagaimana pun menjelaskan, dirinya terpaksa melupakan hasrat itu dan membiarkan suasana rumah itu sama seperti adanya arwah.

“Dahulu, selepas enam bulan arwah Siti Sarah meninggal dunia, saya pernah terfikir hendak ubah suai rumah untuk memberi suasana baru. Hal ini juga saya bincangkan dengan pereka dalaman. Tapi bagaimana pun, bulan lepas saya batalkan hasrat tersebut selepas saya mendapat satu mimpi sedih.

“Dalam mimpi itu, saya masuk ke rumah baru. Namun ketika itu saya tercari-cari arwah tapi dia tiada. Ketika itulah saya sedar arwah sudah meninggal dunia,” katanya.

BACA SINI :Walau Penat.. Jam 2 Pagi, Shuib Bangun Masak Telur Mata Untuk Arwah Sarah


ARTIKEL BERKAITAN : Amalan Suka Bersedekah, Shuib Belajar dari Arwah Sarah “Isteri Tercinta, Semoga Pahala Terus Mengalir”Amalan Suka Bersedekah, Shuib Belajar dari Arwah Sarah “Isteri Tercinta, Semoga Pahala Terus Mengalir”

Shuib Dedah Datuk Seri Vida Hanya Rakan Bisnes, Cari Wanita Sederhana & Mampu Jaga Anak-Anak

Disebabkan mimpi sedih dialaminya itu, Shuib berkata dia nekad untuk terus tinggal di rumah yang sudah didiami bersama arwah sebelum ini hampir empat tahun itu dengan membiarkan semua kenangan yang ada di dalamnya tanpa mengusik satu benda pun.

Dalam pada itu, dirinya memaklumkan, dirinya masih menyimpan barang-barang milik arwah terutama baju terakhir dipakai isterinya kerana itulah kenangan seumur hidup yang tinggal bersamanya kini.

“Barang-barang arwah masih saya simpan. Kalau terkenang dan sunyi-sunyi, bolehlah lihat dan pegang. Baju terakhir yang dipakai arwah sebelum ke hospital pun saya masih ada. Itu jadi pengubat kerinduanterhadap arwah,” katanya.

Apa yang pasti, setiap dari kita saat diuji dengan ujian kesedihan begini, hanya kenangan saja yang ada. Sentiasalah hargai pasangan dan kekallah bersama hingga ke akhir hayat.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
almaswa Haji Che Ros