Mahu Bebas Hutang, Norazlin Tekad Berniaga Sambilan

Share

Satu ketika dahulu Norazlin Nordin, 45, pernah bertugas sebagai seorang penjawat awam manakala suami, Mohd Arifin Shah pula bekerja sebagai Jurutera Kanan di sebuah syarikat minyak dan gas terkemuka negara. Namun, pasangan suami isteri ini tetap mencari sumber pendapatan tambahan bagi menampung keperluan keluarga kecil mereka.

Hutang Belajar

Tertekan dengan hutang pengajian suami ketika melanjutkan pengajian di luar negara yang perlu dilunasi, wanita ini mencari solusi lain bagi merungkai kemelut kewangan yang membelenggu dirinya.

Kekusutan itu menemukan dia dengan Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd, yang akhirnya memberi impak besar dalam kehidupannya.

“Walaupun saya dan suami mempunyai pekerjaan tetap, tetapi saya secara peribadi perlu memperuntukkan sejumlah bajet saban bulan bagi melunaskan hutang pengajian ketika melanjutkan pelajaran ke luar negara satu masa dulu.

“Dalam masa yang sama kami berdua inginkan kebebasan kewangan dan kebebasan masa sebelum berusia 40 tahun. Berbagai usaha kami lakukan untuk mencari pendapatan tambahan.

“Kami pernah menjual pakaian kanak-kanak, pakaian Muslimah, berniaga kain pasang, menjual tudung dan juga kerongsang. Selain itu kami juga pernah membuat pelaburan saham, MLM dan tidak ketinggalan menyertai pelaburan skim cepat kaya. Sebenarnya ia sedikit pun tidak mendatangkan keuntungan, sebaliknya kami berdua menanggung kerugian yang bukan sedikit.

“Sejujurnya kami hampir putus asa, saya kemudian menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana kerana beranggapan sebaik lulus nanti, gaji bulanan kami juga akan naik sekitar RM400 ke RM500 sebulan.

“Saya dan suami juga bersepakat untuk tinggal berasingan untuk tempoh lima tahun lamanya. Saya sanggup berkorban kerana ketika itu gaji yang ditawarkan kepada suami cukup lumayan,” kongsinya mengenai fasa sukar yang dilalui demi merencana perjalanan kewangan mereka dan menjadi sebahagian daripada memori suka duka rumah tangganya.

Stigma Negatif Tentang MLM

Selaku orang yang bekerja di dalam lapangan profesional, Norazlin agak skeptikal dengan MLM. Baginya konsep niaga sebegini punya pelbagai isu tersembunyi dan tidak menguntungkan.

“Sebagai seorang yang berkerjaya di bidang profesional ketika itu, MLM sememangnya terkeluar daripada senarai pilihan menjana pendapatan tambahan. Bagi saya secara peribadi MLM itu merupakan perniagaan untuk golongan kelas bawahan. Mungkin juga sebelum ini saya sering disogokkan dengan berita tak benar berkenaan MLM membuatkan saya cukup negatif apabila berbicara mengenainya.

“Benarlah kata pepatah lama, tak kenal maka tak cinta. Persepsi saya dan suami terhadap MLM berubah sebaik kami membaca sebuah buku berjudul, Rich Dad Poor Dad karya jutawan terkemuka dunia Robert Kiyosaki. Menurut penulisan beliau, MLM merupakan perniagaan yang paling mudah kerana sistem yang telah sedia ada untuk diikuti dan bermodal kecil.

“Saya kemudian menjadi pengguna produk di bawah Sahajidah Hai-O (SHOM) dan berpeluang merasai sendiri keberkesanannya. Berpuas hati dengan mutu produk, saya mula mengkaji Biz Plan SHOM dan mula aktif menjana pendapatan tambahan dengan menjual produk. Alhamdulillah, lama kelamaan minat dan pendapatan bertambah,” jelas wanita ini yang tidak menyangka MLM yang dibenci satu ketika dahulu hadir membawa rezeki luar biasa buat diri dan keluarganya.

Norazlin Nordin bergambar bersama lebih 1400 cikgu biz online dari 100,000 orang

Keberhasilan Yang Melegakan

Jika sebelum ini, walaupun pendapatan gabungan dirinya dan suaminya mencapai angka belasan ribu sebulan, dia cukup berkira dalam membelanjakannya kerana tidak mahu membazir. Namun, stigmanya berubah secara total selepas empat tahun pertama menuai hasil tambahan bersama SHOM.

“Dulu ketika makan gaji, kami cukup berkira-kira untuk reward diri sendiri. Kami tidak pernah melancong ke luar negara kerana merasakan kos yang diperlukan cukup besar, rasa sayang duit dan membazir. Walau bagaimanapun, empat tahun pertama bersama Hai O secara sambilan, saya layak menerima insentif berupa melancong ke luar negara secara percuma sebanyak sembilan kali.

“Rezeki empat tahun pertama telah membawa saya ke serata dunia, antaranya Shanghai, Perth, Kunming, Lake Toba, Istanbul, Beijing dan Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah juga secara percuma.

“Selain itu Swiss, Paris, German, Jerman, London, Itali dan Austria antara destinasi percutian yang  saya jejaki bersama MLM yang saya pandang rendah satu ketika dulu. Sehingga kini lebih daripada 40 kali saya mendapat insentif melancong secara percuma. Apa yang sungguh menyeronokkan adalah insentif ini saya menikmatinya bersama suami dan beratus lagi rakan bisnes,”ujarnya lagi.

Norazlin, disamping suami tercinta; Mohd Arifin Shah sentiasa ada di sisi baik disaat susah mahupun senang

Target Tercapai

Ibu kepada empat orang cahayamata ini bersyukur kerana ada ramai pemimpin-pemimpin hebat dalam kumpulannya. Sehingga Februari 2020 ada 176 orang CDM (pangkat tertinggi). Jualan berkumpulan dalam masa sembilan tahun kebelakangan ini pula telah melebihi RM745 juta. Yang paling mengujakan beliau dan suami telah menerima pendapatan enam angka sebulan selama enam tahun!

Sebenarnya sebelum memilih janaan pendapatan menerusi medium ini, Norazlin dan suami amat mengambil berat peningkatan kerjaya. Mereka pernah menyasarkan mahu memandu sebuah kereta idaman mewah di usia melangkah ke angka 40 tahun.

“Sebelum terlibat dalam bisnes ini secara peribadi kami memasang impian untuk memandu sebuah kereta mewah di usia menjengah angka 40 tahun. Alhamdulillah dengan slip bonus bisnes, kami berjaya membeli kereta idaman yang diimpikan iaitu Honda Civic, Mercedes C-Class, Mercedes E-Class, BMW 5 Series berserta dua buah rumah. Apa yang lebih membahagiakan, kesemuanya sudah pun dibuat full settlement.

“Selain itu kami juga telah pun membeli sebuah lagi rumah impian dan hasil ilmu pengurusan kewangan dan bonus daripada berniaga, kami berkesempatan untuk membeli lot tanah, kebun kelapa sawit, emas fizikal, saham dan beberapa pelaburan lain yang kami  lakukan sebelum berusia 38 tahun lagi. Alhamdulillah, banyak sasaran kami tercapai dan berjaya direalisasikan sebelum usia 40 tahun hasil komited dalam bisnes.

“Sejujurnya untuk sukses dalam bidang ini, anda perlulah berguru dengan mentor yang betul dan telah terbukti berjaya. Elakkan sifat negatif dan hati kena sentiasa baik. Apabila kita berjaya, jangan lokek membantu mereka yang sedang memanjat tangga kejayaan.

“Saya bersyukur kerana tiap langkah saya, diiringi dengan usaha serta dorongan berterusan suami. Kini tiba masa kami pula, membantu mereka yang di bawah untuk sama-sama sukses dan membebaskan diri daripada belenggu kewangan, hidup lebih bahagia dan gembira,”akhiri wanita ini dalam melakar kejayaan cemerlang di dunia niaga.

Published by
Mastura Burhanuddin