Gambar Hiasan : Drama Jodohku Babysitter

Mahligai Di Ambang Bahaya, Prihatinlah Ya “Kena Selalu Cek, Kita Dah Bercakap Tak Dengan Pasangan”. Rumah tangga yang bahagia adalah impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Mahligai yang dipenuhi dengan kasih sayang, rasa hormat dan penuh tolak ansur menjadi idaman. Tiada pasangan yang mengimpikan sebaliknya.

Diakui bukanlah suatu yang mudah untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga tanpa adanya kerjasama daripada pasangan itu sendiri.

Mahligai Di Ambang Bahaya, Prihatinlah Ya

Setiap pasangan tentu ingin rumah tangga mereka dilimpahi bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook Pakar Motivasi Terkenal, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah telah berkongsi beberapa tip untuk diamalkan dalam melayari rumah tangga bahagia.

Mahligai Di Ambang Bahaya, Prihatinlah Ya “Kena Selalu Cek, Kita Dah Bercakap Tak Dengan Pasangan”

Menurut Dr Fadzilah, komunikasi adalah sangat penting. Jika komunikasi antara pasangan kecundang akan menyebabkan rumah tangga di ambang bahaya.

Kenali tiga hal yang menyebabkan rumah tangga itu sedang bermasalah.

“Inilah hal yang bahaya dalam rumahtangga:

  1. Tanpa berkomunikasi, tiadalah perhubungan.
  2. Tanpa sifat hormat, tiadalah percintaan.
  3. Tanpa kepercayaan, tiada lagi sebab untuk diteruskan.

“Anak cucu dan sahabat Tok Abah,

Ads

“Kita kena selalu cek, hari ini kita dah bercakap tak dengan pasangan. Dah tegur, berborak dan berbincang tak untuk apa sahaja perkara.

“Kalau tak, letaklah handphone ke tepi sekarang dan fokus mengadap pasangan.

Lihatlah Nada Bercakap Dengan Pasangan

Mahligai Di Ambang Bahaya, Prihatinlah Ya “Kena Selalu Cek, Kita Dah Bercakap Tak Dengan Pasangan”

“Mungkin ada perbuatan seharian kita yang dah kecilkan hatinya. Kena selalu cek.

“Kemudian lihat pula nada kita bercakap, adakah bercakap dengan nada yang penuh penghormatan dan penghargaan.

“Kadang mereka ini inginkan kita beri perhatian dan tunjukkan rasa penghargaan dengan membantu, membelai dan menyantuni mereka sesungguhnya. Itupun sudah cukup melegakan mereka.

“Kita ini hidup bukan sehari dua tetapi sampai hujung nyawa.

“Bahagia kita bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi ia untuk dikongsi.

Ads

“Moga rumahtangga kalian sentiasa harmoni sampai syurga nanti ya.

“Semarakkan cinta sepanjang masa,” kongsi Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Mahligai Di Ambang Bahaya, Prihatinlah Ya “Kena Selalu Cek, Kita Dah Bercakap Tak Dengan Pasangan”
Gambar Hiasan : Drama Melur Untuk Firdaus.

“Tak Dinafikan Telefon Boleh Buatkan Hubungan Suami Isteri Dingin” Warganet 

Menerusi ruangan komen ramai yang memberi pendapat tersendiri. Malah ada yang bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh Dr Fadzilah.

Mahligai Di Ambang Bahaya, Prihatinlah Ya “Kena Selalu Cek, Kita Dah Bercakap Tak Dengan Pasangan” Mahligai Di Ambang Bahaya, Prihatinlah Ya “Kena Selalu Cek, Kita Dah Bercakap Tak Dengan Pasangan” Mahligai Di Ambang Bahaya, Prihatinlah Ya “Kena Selalu Cek, Kita Dah Bercakap Tak Dengan Pasangan” Mahligai Di Ambang Bahaya, Prihatinlah Ya “Kena Selalu Cek, Kita Dah Bercakap Tak Dengan Pasangan”

 

Ads

Baca Disini : “Mak Awak Tak Ajar Ke.” Tegurlah Elok-Elok, Suami Kena Faham Hati Isteri Rapuh

“Sentiasa Doakan, Jadi Tulang Belakang Awak. Sokong Apa Jua Perjuangan Awak” Isteri Syafiq Yusof

 Mingguan Wanita: Sememangnya komunikasi sangat penting dalam rumah tangga.

Sumber  : Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Sumber Foto : Canva 

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI