Mahkamah Arah Amelia Henderson Bayar Lebih RM200,00. Pelakon Amelia Henderson diarah oleh Mahkamah Sesyen Sivil hari ini membayar lebih RM200,000 kerana melanggar kontrak syarikat penerbitan, A Aida Production Sdn Bhd.
Seperti mana dipetik menerusi Berita Harian, selain membayar wang tersebut Amelia juga perlu memohon maaf dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat itu.
Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan perkara tersebut ketika prosiding berlangsung pagi tadi.
Untuk rekod sepanjang perbicaraan bermula 1 November 2022, seramai tiga saksi daripada plaintif termasuk Datuk A Aida dan tiga saksi defendan termasuk Amelia memberi keterangan.
Seperti yang dilaporkan ketika perbicaraan, Pengurus Produksi A Aida Production, Fazeyla Ahmad dilaporkan memberitahu mahkamah, syarikat itu terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dibuat Amelia.
Pelakon Amelia pula tetap dengan pendirian menafikan melanggar kontrak ketika menerima tawaran untuk membintangi drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.
Amelia dan dan seorang lagi pelakon, Idris Khan, berdepan tindakan saman daripada A Aida selepas didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani.
Dek kerana itu A Aida bersama pengarah drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Rizal Baharuddin sepakat membawa perkara itu ke muka pengadilan.
Namun saman antara A Aida dan Idris berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah, manakala Amelia memilih untuk dibicarakan.
Menarik Juga: MICHELLE YEOH Lakar Sejarah Pelakon Wanita Asia Pertama Menang Anugerah Oscar!
Baca Disini : Diana Danielle Fail Perceraian, Farid Kamil Enggan Lafaz Talak Di Mahkamah
Sumber : Berita Harian
Sumber Foto : Instagram Amelia
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?