Maggi saya kutip & suap ke mulut anak, isteri gaji RM10 sehari sedih suami kaki dadah sepak makanan
Ramai lelaki yang gagal berfungsi sebagai ketua keluarga hari ini. Biar kenyataan ini nampak bias dan pedih tetapi terlalu ramai isteri meluahkan penderitaan di media sosial kerana suami tidak menjalankan tanggungjawab seperti sepatutnya.
Satu perkongsian dari seorang isteri di page luahan hati, makanan yang sepatutnya disuap ke mulut anak-anak namun tumpah selepas diterajang oleh suami yang berang kerana tidak diberi duit untuk beli dadah cukup menyentuh hati.
Ini kerana maggi itulah disuapkan ke mulut anak-anaknya dan jika sesetengah dari kita akan membuang makanan yang tumpah ke lantai, tetapi ibu ini tetap mengutipnya lalu menyuapkan ke mulut anak-anak kerana tiada lagi wang untuk mengalas perut anaknya.
Jelas isteri ini, dia mengakui kehidupannya miskin. Lebih tambah sengsara, sudahlah miskin, suami pula kaki menagih dan malas bekerja.
“Saya ingin bekerja tapi hanya boleh kerja kampung saja. Ambil upah kemas rumah orang kampung dan kerja-kerja kampung. Jadilah sehari dapat RM10. Nak kerja kilang ada anak kecil. Anak 5 orang semua masih kecil.
“RM10 tu boleh beli apa sangat. Satu hari saya beli maggi sebungkus besar dan lima biji telur untuk jamu anak. Sehari dapat makan sekali saja. Lepas tu suami tiba-tiba masuk rumah. Saya ajak dia makan tapi tiba-tiba dia minta duit nak beli dadah.
Sambung isteri ini lagi, saya kata tak ada duit.Baru beli maggi untuk makan.
“Dia mengamuk tak dapat duit. Habis ditendangnya maggi yang baru masak. Jangan cakaplah sebak di dada tu macam mana. Anak-anak mengalir air mata.
Lepas suami pergi,anak-anak kutip maggi tu masuk dalam mangkuk sambal makan dengan air mata yang meleleh.
Pesan isteri ini lagi dalam luahannya, jauhi dadah. Sesungguhnya dadah itu perosak bangsa dan negara.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Figura watak mak-mak dalam drama mahupun filem Malaysia.