“Solat merupakan kewajipan, bukan pilihan. Mengabaikan ibadat ini adalah satu kerugian besar buat diri kita”. Itu ungkapan yang dizahirkan oleh  Ketua Pegawai Eksekutif Madad International Sdn Bhd, Ustaz Muhammad Yaakub Yusra ketika  majlis pelancaran produk terbaharu syarikat, Jam Azan MADAD Promas baru-baru ini.

MADAD Lancar Jam Azan: Bawa Suasana Masjid ke Setiap Rumah

Tambah penerima Nona Best Community Dakwah Centre Award, Nona Superhero 2023, walaupun solat yang diabaikan tidak memberi kesan kepada Islam kerana Allah sentiasa memeliharanya, namun natijahnya besar terhadap umat manusia.

“Islam tidak akan rugi kerana Allah Maha Berkuasa memeliharanya tetapi bagaimana kita sebagai hamba-Nya menjaga amanah ini? Salah satu cara ialah dengan sentiasa mengingati waktu solat. Jam Azan MADAD ini direka untuk membantu kita melaksanakan kewajipan ini sambil menjadi peringatan harian untuk memperbaiki diri,” katanya.

Ads

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/syahdunya-bacaan-doa-imam-muzammil-imam-tarawih-jemputan-di-masjid-darul-murtadza-sungai-petani/amp/

MADAD Lancar Jam Azan: Bawa Suasana Masjid ke Setiap Rumah
Keistimewaan Jam Azan MADAD

Ustaz Muhammad Yaakub menjelaskan, Jam Azan MADAD membawakan elemen keunikan suasana masjid ke dalam rumah dengan rekaan moden serta fungsi mesra pengguna.

“Jam ini bersaiz lebih kompak, iaitu 15 inci x 12 inci dan harganya lebih mampu milik berbanding produk sama di pasaran. Lebih penting, ia telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta pengesahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memastikan waktu solat yang dipaparkan adalah tepat,” katanya.

Ciri-ciri utama jam ini termasuk peringatan Sebelum Azan di mana bacaan surah berkumandang selama 10 minit sebelum waktu solat, memberikan pengguna masa untuk bersedia. Selain itu, ia mempunyai  zikir harian di mana setiap jam, zikir tertentu akan dimainkan untuk membantu pengguna sentiasa mengingati Allah.

Ads

Selain itu, reka bentuk boleh disesuaikan mengikut citarasa pengguna. Ia boleh menukar latar belakang gambar mengikut citarasa masing-masing. Sempena pelancaran, enam rekaan eksklusif ditawarkan, termasuk imej Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.

Madad juga merancang untuk memperkenalkan versi jam pintar yang kini dalam peringkat prototaip. Jam ini akan berfungsi sebagai diari solat, membolehkan pengguna menyemak waktu mereka mendirikan solat dan menilai sama ada ia dilakukan pada awal atau lewat waktu.

“Inilah bukti bagaimana kita mengekspoitasi teknologi moden untuk mengukuhkan amalan ibadah. Ia bukan sekadar jam tetapi panduan harian untuk memperbaiki diri,” katanya.

Ads

Kualiti dan Jaminan Produk

Beliau menjelaskan bahawa jam Azan MADAD dibangunkan dengan kerjasama Promas Sdn Bhd, sebuah syarikat berpengalaman lebih 19 tahun dalam membekalkan jam azan kepada masjid dan surau di seluruh negara.

“Operasi pengeluaran kini dikendalikan sepenuhnya oleh Madad International Sdn Bhd, dan kualiti jam ini dijamin dengan waranti selama dua tahun. Lebih istimewa, walaupun selepas lima atau enam tahun, kami masih bersedia membaiki sebarang kerosakan tanpa sebarang caj,” katanya.

MADAD kini mengambil alih operasi Promas termasuk aspek pengurusan dan pentadbiran. Syarikat ini berhasrat untuk memastikan setiap rumah memiliki sekurang-kurangnya satu Jam Azan MADAD sebagai usaha membantu umat Islam menjaga waktu solat dengan lebih baik.

Follow kami di Facebook Website , Instagram, YouTube , Twitter Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI