Menerusi perkongsiannya pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun menerangkan ada orang yang bertanya kepadanya, macamana nak menegur kesilapan orang tanpa terasa hati, samada orang dekat atau jauh, melalui tulisan atau perkataan.
Jawab Ustazah Asma’, jika tak nak orang terasa hati tak usah tegur.
Terangnya lagi menerusi perkongsian di entri akaun Facebooknya;
“Saya jawab, kalau taknak orang terasa tak usah tegur, tapi kena kuatkan dengan doa yang berterusan dan bersungguh. Namun jika sangat perlu untuk membuat teguran, maka tak boleh lari daripada terasa hati.
“Ingatlah, memberi nasihat, teguran, apatah lagi jika mencegah kemungkaran adalah satu amalan dan ibadah yang sangat mulia dan dituntut, insyaAllah apa yang boleh dibuat :
2) Berdoa dan mohon pertolongan daripada Allah swt sebelum memberi teguran :
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
“Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku”
(Surah Thoha: 25-28)
Ia adalah doa Nabi Musa A.S ketika berdepan dengan firaun, untuk memberi nasihat, berhujah dan menyampaikan dakwah.
3) Berdoa sekali lagi setelah teguran diberikan :
رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Maksudnya, “…Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.” (Al-Kahfi:10)
4) Bersedia untuk individu yang ditegur bertindak balas seperti marah, menyakitkan hati, memerli atau menuduh dengan pelbagai tohmahan. Pada saat ini, janganlah bersedih dan putus asa, terus ulang doa no.3 di atas. InsyaAllah akhirnya teguran akan diterima.
Jika benar kita tegur kerana Allah swt dan mengharapkan redhaNya, maka kita takkan kecewa jika tindakbalas yang kita perolehi menyedihkan. Pujuklah hati :
وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
“Janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, karena kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”
(Surah Ali Imran [3]: 139).
Baca Disini Juga:
Isteri Nazrief Nazri Hamil “Saya Akan Menjadi Bapa Tidak Lama Lagi! Alhamdulillah Rezeki”
Anak Sulung Allahyarham Ustazah Shadiya Abbas ‘Tak Sempat Peluk, Cium Mama’
Pesan Ustazah, Hati-hati Baca Tulisan Yang Membuka Aib Manusia
Sumber/Sumber Foto: Facebook Ustazah Asma’ Harun
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita