‘Macam orang tua, dua kali hadap alahan yang sama.’ Besarnya pengorbanan seorang ibu apabila terpaksa melalui proses alahan apabila disahkan hamil.
Alahan bukan setakat rasa mual, muntah dan pening kepala, ada yang lebih teruk adalah berlaku perubahan pada wajah yang disangka-sangka seperti mana yang dikongsikan oleh pengguna Tik Tok ini.
“Sepanjang tempoh kehamilan, saya lebih banyak duduk di rumah berbanding keluar kerana malu berjumpa dengan orang disebabkan alahan pada wajah,” kata Nur Husna Atirah Rosli.
@una.atirahSimpan Sebagai Pengalaman. Kenangan. Terima kasih suami 2X mengandung hadap muka sebegini. Takyah tunggu Tua HAHAHA 😆🤣♬ original sound – Alycha
Nur Husna Atirah, 25, memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi pengalaman dan kisah di sebaliknya perubahan wajahnya ketika hamil seperti yang dikongsikan di TikTok miliknya, baru-baru ini.
Perkongsian Nur Husna Atirah yang menetap di Kampung Tawai, Gerik, Perak, mendapat pelbagai reaksi dengan rata-ratanya memahami kerana pernah melalui pengalaman sama selain menyifatkannya sebagai salah satu pengorbanan besar seorang ibu.
Bercerita lanjut, Nur Husna Atirah menjelaskan perubahan wajahnya itu adalah disebabkan alahan dan dia sedar ketika bulan ketiga hamil anak kedua, Shariq Eshan yang dilahirkan pada 27 Disember tahun lalu.
“Pada awalnya, muka saya elok saja namun masuk bulan ketiga jadi membengkak dan perubahan sangat ketara termasuk pada bahagian hidung.
“Ia berpunca akibat alahan dan sebenarnya, itu bukan kali pertama kerana saya pernah ada pengalaman sama ketika hamil anak sulung (Muhammad Syauqi Raid, tiga tahun).
“Saya ikhlas lalui alahan untuk anak kerana yang lebih utama adalah kesihatannya dalam kandungan saya,” katanya.
Artikel Berkaitan:
Perempuan Mengandung Alahan Ini Jiwanya Sensitif, Bukan Sebab Mengada.. Itu Pembawaan
‘Tidur Dalam Tandas, Pengsan Di Istanbul..’ Teruk Alahan Ardell Sepanjang Hamil
Hamil Kedua Alahan Lebih Lama, Scha Tak Kisah Anak Lelaki Atau Perempuan
Alahan Waktu Pagi, Ernie Zakri Hamil 4 Bulan, Syamel Mohon Doakan Isteri & Zuriat Sihat
Menurutnya, perubahan pada wajah menyebabkan ada rakan tidak mengenalinya ketika di luar sehingga dia datang menegur mereka.
“Penerimaan keluarga saya dan keluarga sebelah suami pula baik, mereka tiada masalah, syukur Alhamdulillah.
“Mungkin sebab itu (penerimaan keluarga) dan sokongan suami (Mohamad Shahrudin Mohamad Bekri, 28,) saya jadi kuat.
“Sebulan juga wajah saya membengkak selepas bersalin dan kembali normal apabila hampir habis pantang,” katanya.
Tambah Nur Husna Atirah lagi, tujuannya muat naik video di TikTok bukan untuk tular tetapi sekadar berkongsi pengalaman ketika hamil.
“Tak sangka pula ia akan raih perhatian dan dapat maklum balas sebegitu rupa.
“Diharap, video itu memberi mesej kepada golongan suami supaya tahu menghargai dan beri perhatian lebih supaya isteri jadi kuat serta tidak patah semangat,” katanya yang kini mencari rezeki dengan menjual ayam goreng keju di tapak Sogo.
Ternyata ramai juga mak-mak yang berdepan dengan alahan yang sama dan turut berkongsi masalah yang sama. Harapnya wanita di luar sana yang sedang hamil terus kuat menjalani tempoh alahan dan kehamilan.
Mingguan Wanita: Ajaibnya setelah ini selamat melahirkan anaknya, wajahnya kembali pulih seperti biasa. Benarlah segala yang berlaku adalah kerana atas kuasa Allah.
Sumber : myMetro, TikTok una.atirah
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.