‘Macam orang tua, dua kali hadap alahan yang sama.’ Besarnya pengorbanan seorang ibu apabila terpaksa melalui proses alahan apabila disahkan hamil.
Alahan bukan setakat rasa mual, muntah dan pening kepala, ada yang lebih teruk adalah berlaku perubahan pada wajah yang disangka-sangka seperti mana yang dikongsikan oleh pengguna Tik Tok ini.
Macam Orang Tua
“Sepanjang tempoh kehamilan, saya lebih banyak duduk di rumah berbanding keluar kerana malu berjumpa dengan orang disebabkan alahan pada wajah,” kata Nur Husna Atirah Rosli.
@una.atirahSimpan Sebagai Pengalaman. Kenangan. Terima kasih suami 2X mengandung hadap muka sebegini. Takyah tunggu Tua HAHAHA 😆🤣♬ original sound – Alycha
Nur Husna Atirah, 25, memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi pengalaman dan kisah di sebaliknya perubahan wajahnya ketika hamil seperti yang dikongsikan di TikTok miliknya, baru-baru ini.
Dua Kali Hadap
Perkongsian Nur Husna Atirah yang menetap di Kampung Tawai, Gerik, Perak, mendapat pelbagai reaksi dengan rata-ratanya memahami kerana pernah melalui pengalaman sama selain menyifatkannya sebagai salah satu pengorbanan besar seorang ibu.
Bercerita lanjut, Nur Husna Atirah menjelaskan perubahan wajahnya itu adalah disebabkan alahan dan dia sedar ketika bulan ketiga hamil anak kedua, Shariq Eshan yang dilahirkan pada 27 Disember tahun lalu.
Setiap kali hamil, wajahnya berubah hingga buatkan orang tak kenal.
Alahan Yang Sama
“Pada awalnya, muka saya elok saja namun masuk bulan ketiga jadi membengkak dan perubahan sangat ketara termasuk pada bahagian hidung.
“Ia berpunca akibat alahan dan sebenarnya, itu bukan kali pertama kerana saya pernah ada pengalaman sama ketika hamil anak sulung (Muhammad Syauqi Raid, tiga tahun).
“Saya ikhlas lalui alahan untuk anak kerana yang lebih utama adalah kesihatannya dalam kandungan saya,” katanya.
Menurutnya, perubahan pada wajah menyebabkan ada rakan tidak mengenalinya ketika di luar sehingga dia datang menegur mereka.
“Penerimaan keluarga saya dan keluarga sebelah suami pula baik, mereka tiada masalah, syukur Alhamdulillah.
“Mungkin sebab itu (penerimaan keluarga) dan sokongan suami (Mohamad Shahrudin Mohamad Bekri, 28,) saya jadi kuat.
“Sebulan juga wajah saya membengkak selepas bersalin dan kembali normal apabila hampir habis pantang,” katanya.
Seorang Ibu
Tambah Nur Husna Atirah lagi, tujuannya muat naik video di TikTok bukan untuk tular tetapi sekadar berkongsi pengalaman ketika hamil.
“Tak sangka pula ia akan raih perhatian dan dapat maklum balas sebegitu rupa.
Ads
“Diharap, video itu memberi mesej kepada golongan suami supaya tahu menghargai dan beri perhatian lebih supaya isteri jadi kuat serta tidak patah semangat,” katanya yang kini mencari rezeki dengan menjual ayam goreng keju di tapak Sogo.
Ramai Yang Lalui Alahan Sama
Ternyata ramai juga mak-mak yang berdepan dengan alahan yang sama dan turut berkongsi masalah yang sama. Harapnya wanita di luar sana yang sedang hamil terus kuat menjalani tempoh alahan dan kehamilan.
Mingguan Wanita: Ajaibnya setelah ini selamat melahirkan anaknya, wajahnya kembali pulih seperti biasa. Benarlah segala yang berlaku adalah kerana atas kuasa Allah.
Khas buat mak-mak yang ada sakit lutut, anda boleh cuba amalkan minum air detox yang dikongsikan Puan Nana Rina ini. Katanya air ini sangat berkesan apabila dia sendiri tengok hasil selepas mak ciknya minum air detox epal hijau yang direbus.
Kalau nak buat, mak-mak boleh cari bahan-bahan ini dulu ya…
Semalam saya pergi rumah aunty, terkejut sangat bila tengok dia boleh bangun sendiri tanpa support dari apa apa, sebab sebelum ni dia sakit lutut dan kalau nak bangun ke apa dia kena ada support untuk dia bangun even duduk pon tak boleh sebab nanti susah nak bangun, sekarang alhamdulilah laju je dia bangun.
Saya tanya dia apa petua?
Di bawah inilah petuanya “Air detox homemade”.
Cubalah korang try mana tahu esok dah bole berlari!
Resepi air detox homemade
▪️Air 3 mangkuk/cawan
▪️Serai 4 batang di ketuk
▪️ Halia 1 biji besar dihiris
▪️ Epal hijau 3 biji potong dadu
▪️Rebus sampai naik bau dan
mendidih
▪️Tapis semuanya dah boleh minum
Minum time suam.
Buah epalnya boleh dimakan.
Seeloknya habiskan semuanya dalam sehari 3 kali, pagi, petang malam, jangan simpan dalam peti ais nanti hilang khasiatnya.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Macam mana nak kenal geng “acah-acah jutawan” VS Golongan Kaya, perunding kewangan bertauliah senaraikan
Di media sosial, kita sering disajikan dengan golongan suka pamer kekayaan. Biasanya melibatkan geng-geng founder, budak trader dan lain-lain lagi. Mereka mahu buat orang ramai kagum dengan harta yang ada seperti kereta mewah, jet peribadi, supercar dan lain lagi walau “ia sekadar sewaan” semata-mata.
Jadi macam-mana sebenarnya nak kenal golongan begini? Afyan Mat Rawi, perunding bertauliah Islamic Financial Planner (IFP) kongsikan ini di twitternya.
Macam Mana Nak Kenal Geng “Acah-acah Jutawan” VS Golongan Kaya
Sekurang-kurangnya, kita belajarlah bahawa mereka yang acah-acah kaya ni sebenarnya adalah golongan banyak berhutang kerana mahukan gaya hidup mewah di mata orang ramai.
Saya tak terkejut sangat baca berita ini. Memang wujud golongan yang suka mempamerkan kekayaan palsu mereka.
Dalam buku Financial Independence Retire Early ia dikategorikan sebagai “jutawan palsu”.
Lepas buku terbit, saya fikir istilah yang paling sesuai golongan “acah-acah jutawan”.
Golongan memang nak dilihat kaya berjaya, jutawan dan seumpamanya. Golongan suka flex kemewahan, walhal belum tentu ia kekayaan sebenar.
Golongan ini wujud kerana mereka memperoleh income yang tinggi setiap bulan atau memiliki harta yang banyak dan atas dua sebab itu telah menyebabkan mereka termasuk dalam kategori T20.
Benar, mereka banyak duit tapi belum tentu hakikatnya mereka ialah orang kaya, apatah lagi jutawan sebenar.
Kekayaan mereka selalunya kekayaan palsu, berhutang dan tidak kekal lama.
Saya tak terkejut sangat baca berita ini. Memang wujud golongan yang suka mempamerkan kekayaan palsu mereka.
Dalam buku Financial Independence Retire Early ia dikategorikan sebagai “jutawan palsu”.
Lepas buku terbit, saya fikir istilah yang paling sesuai golongan “acah-acah… pic.twitter.com/qqagn88iQH
Mereka ni hampir sama dengan yg pertama, cuma bezanya mereka terdiri daripada usahawan seperti founder produk, network marketing, MLM, ejen unit trust, ejen takaful, ejen emas, ejen hartanah, trader / broker forex, dan mana-mana bisnes yang memerlukan… pic.twitter.com/xYBmEqNhZL
Mereka terima wang secara terkejut atau tanpa usaha yang banyak. Contohnya anak yang mewarisi harta ayahnya selepas meninggal dunia. Atau balu yang mewarisi pampasan takaful / insurnas selepas kematian suami.
Sebelum saya sambung kepada kategori ke-4 golongan jutawan palsu atau acah-acah palsu ini, suka saya kongsikan bahawa kandungan thread ini adalah sebahagian daripada konten buku Financial Independence Retire Early a.k.a F.I.R.E.
Mereka terdiri daripada artis atau ahli sukan yang mendapat banyak pendapatan lantaran bakat yang mereka ada.
Selalunya hidup mereka senang pada zaman kegemilangan sahaja, tapi malangnya ia tak lama. Apabila zaman mereka berlalu, hidup mereka miskin.… pic.twitter.com/YRiJqS1Mvl
Kejamnya kematian sadis yang menimpa kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun yang berlaku di Kasur, Pakistan baru-baru ini. Misteri kehilangan kanak-kanak tersebut terungkai selepas mayatnya ditemui dalam timbunan sampah Selasa lalu.
Hilang Selepas Pergi Mengaji
Mangsa, dikenali sebagai Zainab Ansari hilang ketika dalam perjalanan mengaji al-Quran pada Khamis lepas. Mayatnya ditemui dua kilometer daripada rumahnya.Zainab dilaporkan tinggal dirumah ibu saudaranya, sementara ibu dan ayah Zainab menunaikan umrah di Arab Saudi.
Menurut laporan polis, hasil laporan awal bedah siasat menyatakan, Zainab telah dirogol berulang kali dan mayatnya ditemui hanya selepas 4 atau lima hari selepas kejadian.Paling menyedihkan apabila terdapat tanda-tanda mangsa dirogol, dicekik hingga mati sebelum jasadnya yang tidak lagi bernyawa dihumban dalam timbunan sampah.
Ini bukan pertama kerakusan sedemikian dilaporkan berlaku di Pakistan dalam tempoh terdekat. Pihak polis Kasur mengesahkan 12 kes pembunuhan hampir sama direkodkan dalam tempoh dua tahun.
Lima daripadanya disyaki dilakukan suspek yang sama yang masih gagal ditahan sehingga kini. Sampel DNA juga telah diambil daripada 90 orang suspek.
Solidariti untuk Zainab
Kematian Zainab mencetuskan bantahan penduduk setempat pada hari pengebumiannya. Mereka kecewa dengan pihak berkuasa yang didakwa gagal menangani kes sebegini.
Rusuhan turut melibatkan kehilangan nyawa dengan dua penunjuk perasaan ditembak mati polis di luar ibu pejabat polis Kasur yang terletak hanya 20 kilometer dari Lahore.
Dalam kes melibatkan Zainab, keluarga kanak-kanak malang itu menyalahkan pihak polis yang lambat bertindak selepas laporan kehilangannya dibuat.
Rakaman CCTV
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan pergerakan terakhir Zainab berjaya diperoleh hasil usaha sanak saudara mangsa dan bukannya pihak polis.
Rakaman yang menunjukkan seorang lelaki memimpin tangan Zainab itu disebarkan di media sosial.Tidak hanya di Pakistan, kematian Zainab turut mendapat simpati masyarakat dunia.
We Want #JusticeforZainab
12th such tragedy where girls like zainab were raped & then murdered in Kasur Bt Justice is always denied & we will have to suffer more because BEASTS are ruling us.
And don’t dare to shout 4 justice Punjab Police will kill U. pic.twitter.com/7ieUFKE5CH
Menerusi #JusticeforZainab netizen menuntut penahanan segera penjenayah itu. Ia turut mendapat perhatian beberapa personaliti Pakistan termasuk bekas pemain kritket terkenal yang kini bergerak aktif sebagai ahli politik Imran Khan.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...