Elok sangatlah suburkan amalan bersedekah terutama di hari Jumaat. Tak kisahlah pada mak ayah, nenek atuk, anak-anak mahupun makcik pakcik yang ada di sekeliling kita. Berkat sedekah duit ringgit atau apa saja itu nanti kita juga yang rasa.
Formula sedekah itu sejak dari dulu lagi tak pernah berubah. Satu kau sedekah, Sepuluh Allah beri semula dekat kita. Tapi ada lagi yang rugi tak ambil peluang.
Bulan Syawal ini pun waktu terbaik untuk bersedekah. Sebagaimana pesanan yang dikongsikan personaliti Azrinaz Mazhar Hakim dalam instagramnya. Memberi pesanan untuk muda mudi generasi XY.
“Ni sajalah nak nasihat kat muda mudi generasi XY budak-budak hipsters la ni… kalau time ghaya ni, buat yang dah bekerja dah ada gaji… duit raya sediakan jugaklah kat orang-orang tua makcik pakcik kita.”
Jangan Dok Kata Tak Dak Duit.. Tak Cukup Duit
Pesannya lagi, ketika menghulur sumbangan raya itu, janganlah cuma beri pada mak ayah semata. Jika ke rumah orang-orang lebih tua hulurlah mana mampunya untuk mereka. Lagi-lagi orang-orang tua yang dah tak mampu bekerja ni.
“Janganlah dok harap depa nak bagi kat kita lagi… la ni turn kita pulak yang bagi balik kat depa… sebab masa kita kecik, depa dok tanggung kita bagi macam-macam walaupun bukan mak pak kita.. apa salahnya bagi duit raya… bukan banyak pun.”
“Sebab depa la ni dah tua mana larat nak kerja… ini semua berkat jugak untuk masa depan kita.. sat gi depa doakan untuk kita jugak.. jangan dok pikiaq mak pak masing-masing ja.. mak sedara pak sedara pun fikirkan juga naa… yang budak-budak tu sekurang-kurangnya ada makpak lagi yang bekerja,”
“Jangan dok kata tak dak duit tak cukup duit… macam mana nak ada duit kalau 10 hinggit pun berkira.” Tulis Azrinaz yang semakin berseri-seri selepas mengumumkan berita kehamilannya baru-baru ini.
Pemberian Duit Raya Itu Amalan Sunnah
Sebagaimana yang dikongsikan @salimahabibi melalui hantaran video suaminya, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre pemberian duit raya yang dilakukan di Malaysia ini bukanlah diambil dari budaya bukan Islam. Malah perbuatan ini telah diamalkan para ulama’ zaman berzaman.
“Kita betulkan pandangan semula tentang duit raya yang kita bagi pada Hari Raya. Ada yang sebarkan bahawa ia adalah ditiru daripada budaya ang pau dari masyarakat Cina, sedangkan sebelum itu lagi ia telah diamalkan para masyaikh.”
“Niat sunnah. Niat sedekah dapat pahala.”
MW : Jom gandakan pahala kita terutama di hari Jumaat bulan Syawal penuh barakah. Bersedekah dengan penuh keikhlasan.
Sumber/Foto : Azrinaz Mazhar , Salima Habibi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI