Kalau betul nak bahagia, jangan berharap pasangan mulakan dulu. Semak sendiri tindakan yang kita buat setiap hari.
Lagi mudah, jemput balik ‘kemanisan’ rumah tangga dengan tip yang dikongsi saudara Firdaus Mokhtar ini.
Resepi Nak Bahagia
Hidup rumahtangga sebenarnya ada banyak jalan untuk kita beramal sekali gus dapat menghapuskan dosa-dosa kecil.
Ini perkara yang kalian boleh buat untuk menceriakan rumahtangga.
1. Memandang muka pasangan dengan penuh kasih sayang.
Berapa kali kita melihat muka pasangan kita setiap hari? Iyalah dah asyik skrin henfon kau je yang kena tenung. Kahkah.
Pandang sahaja, lahirkan kembali rasa cinta pada pasangan kalian. Doakan juga mereka dalam hati. Di situ ada rahmat Tuhan buat rumahtangga kita.
2. Memegang tangan pasangan.
Pegang tangan ni biasanya makin lama makin pasangan suami isteri jarang buat. Tak semua tapi kebanyakkan. Dulu masa belum kahwin beria pegang, tak mahu lepas.
Ads
Awal kahwin pun sama. Tapi dah lama-lama malu katanya. Kau nak malu apa bang. Bini kau lahhh. Kahkah.
Jadi peganglah. Bersilang jari jemari, tersemat cinta abadi. Haa begitu.
Waktu berjalan, waktu tidur, waktu duduk menonton movie. Waktu dia nak masuk bilik air kau lepaskanlah. Kalau nak merindu, eh boleh je. Fatzura kan begitu. Ewahhh.
3. Menyatakan rasa kasih dan rindu buat pasangan.
Iya bukan waktu suami ke bilik air sahaja, tapi selalu. Huhu.
Ads
Cuba kalian WhatsApp ke pasangan waktu kerja, kata kalian rindu. Tengok dia balas apa. Tapi apa pun balasan dia, mesej lagi sampai akhirnya dia juga balas dia rindukan kita.
Sweet kan? Perasaan sweet yang halal ini Tuhan suka. Di sinilah keindahan rumahtangga.
4. Belikan hadiah ringkas.
Ikut kemampuan kalian lah. Beli coklat murah pun boleh. Sebut itu hadiah, jadilah dia hadiah. Tak payah tunggu nak kena beli rantai berlian baru nak rasa itu hadiah.
Kita yang menerima hadiah pula, sekali pun cuma sebungkus nasi lemak yang pasangan kita sebut itu hadiah, hargailah.
Ads
Saling menghargai itu lah perasaan bahagia.
5. Telefon dan berbual mesra.
Dulu waktu pakai prepaid, telefon selalu. Topup kredit banyak kali pun tak apa. Sekarang sekali bayar, telefon tanpa limit tak pula telefon.
“Entah tak ada apa nak cakap.” Kahkahkah. Semua dah habis cerita ke puan? Haihh.. Banyak benda boleh sembang.
Iya kawan-kawan, rumahtangga ini tiada orang lain yang boleh bentuk dan corakkan melainkan suami isteri itu sendiri.
Jadi perkara utama yang perlu dibentuk adalah diri kita dan pasangan.
Begitulah.
Selamat beramal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Betapa nazaknya generasi kita pada hari ni, tidak berpikir panjang dan tergamak mengiklankan jual anak secara terbuka. Dimana nilai kemanusiaan dan rasa kasih pada anak sehingga sanggup membuat tindakan demikian, walaupun sangat memerlukan duit atas dasar kesempitan hidup.
Memetik sebuah laporan akhbar,pasangan kekasih yang cuba menjual bayi kembar mereka di dalam talian dengan harga RM15,000 ditahan polis malam semalam.
Tindakan Pantas Aktivis Sosial
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek wanita berusia 20 tahun ditahan di rumahnya di Setapak pada 8 malam.
“Manakala suspek lelaki yang berusia 18 tahun ditahan di rumahnya di Ampang sejam kemudian.
“Kami percaya kedua-dua suspek adalah pasangan kekasih dan bayi yang diiklankan di laman web jual beli atas talian itu adalah hasil hubungan luar nikah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Portal berita tempatan melaporkan aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi menerima aduan mengenai pengiklanan di mudah.my mengenai kes penjualan bayi kembar daripada seorang wanita berusia 20 tahun.
Bayi kembar itu dijual pada harga RM15,000 dan ia turut disertakan sekali keterangan gambar bertulis ‘twins to let her go’.
Susulan daripada aduan itu, Syed Azmi menghubungi pihak mudah.my yang seterusnya mengambil tindakan pantas menurunkan iklan bertarikh 8 Disember berkenaan daripada laman sesawang mereka.
Aktivis sosial itu seterusnya menghubungi pegawai polis di Bukit Aman dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan perlindungan terhadap dua bayi malang berkenaan.
Mazlan berkata, daripada siasatan awal, pihaknya mendapati tiada pihak atau individu yang menghubungi wanita terbabit bagi membeli bayi mereka.
“Kita memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 48 Akta Kanak-Kanak,” katanya.
Semoga mak ayah lebih prihatin dengan kelakuan anak-anak remaja.Masyarakat juga perlu ambil peduli dengan keadaan sekeliling. Tindakan pantas seperti yang dilakukan oleh aktivitis sosial ini, wajar dipuji kerana ia berjaya menyelamatkan masa depan bayi kembar tersebut.
Satu perangai normal kaum perempuan, tak mampu buat keputusan bila banyak sangat pilihan depan matanya. Contoh mudah kalau lelaki tanya nak makan apa, kadang jawapannya tak tahu. Bila dah beli marah pula sebab dia tak suka!
Haa… itulah satu tabiat yang paling payah kaum perempuan nak kikis. Tetapi untuk elak daripada jadi perang mulut, cuba teliti perkongsian Mohd Nor Hafiz ini…
Bismillah.
Dalam kereta selepas mengambil isteri di tempat kerja, saya mengemukakan beberapa pilihan.
“Sayang, sempat ke nak masak atau kita tapau je atau makan kat kedai?”, saya senaraikan pilihan-pilihan yang ada dengan harapan isteri akan mudah memilih.
“Abang boleh tak kita gerak dulu menghala ke rumah. Nanti kalau tak sempat baru kita decide. Maghrib 7.30 kan? Tapi kalau boleh orang nak masak”, isteri tak buat pun pilihan dan saya perlu cepat membuat pelan kontigensi yang ada.
Jam menunjukkan pukul 7 petang. Saya lihat isteri tersenguk-senguk menahan mengantuk. Saya memahami bebanan tugas dia hari ini.
“Sayang, abang rasa tak sempat pun sayang nak masak. So kita nak berhenti Giant atau pasar malam?”, saya pandang pada isteri.
Tiada jawapan.
“Sayang, kita berhenti pasar malam. Beli je makanan untuk berbuka, lepas tu kita beli sayur dan ikan siap-siap”, saya membuat keputusan bagi pihak isteri.
Isteri setuju.
“Sayang nak makan ape?”, Gulp. Saya rasa soalan tu pun tak perlu saya tanya dan wajar saya tarik balik.
“Abang beli nasi dagang dan untuk sayang nasi kerabu ok? Nak sayur lebih dan tak nak budu kan”, isteri mengangguk-angguk.
Moral of the story.
+ Suami perlu menjadi pembuat keputusan paling dominan. + Isteri biasanya mempunyai pilihan yang banyak sehinggakan dia tak tahu nak buat keputusan. + Isteri biasanya watak berkorban. Dia bercita-cita nak masak banyak lauk tetapi dia lupa dia bukan superwoman yang boleh buat banyak perkara dalam masa 15 minit.
Situasi ini mengingatkan saya akan pesanan seorang sahabat, “Isteri kita biasanya akan suka berkorban dan diaorang sangat hargai jika suami sedar yang dia telah berkorban. Tapi satu je, harga untuk sebuah pengorbanan tu adalah kesetiaan.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siakap Rebus Ala Stim Lemon Terpaling Padu! Mak-mak yang sampai ke rumah lepas pulang dari pejabat sudah pasti nak masak menu yang ringkas dan cepat. Kali ini bolehlah cuba Siakap Rebus Ala Stim Lemon Terpaling Padu.
Siakap Rebus Ala Stim Lemon Terpaling Padu
Hari ini sudah masuk hari keempat kita berpuasa. Makin hari makin pening mak-mak nak fikir idea apa untuk berbuka petang ini. Jom kita sama-sama masak menu Siakap Rebus Ala Stim Lemon Terpaling Padu.
Menerusi video memasak kali ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini? sediakan menu paling ringkas, tak renyah dan cepat masak. Bak kata orang, masak campak-campak kemudian siap! Tapi rasanya memang sedap.
nak pesan pada mak-mak Kalau tak ada pengukus jangan risau, rebus saja. Selamat mencuba!
Bahan-Bahan
1 ekor Ikan Siakap Saiz Sederhana
2 batang serai – dipotong kecil
halia
Daun limau perut – hiris kasar
4 ulas bawang putih -dikisar
6 tangkai cili padi – dikisar
Daun ketumbar
Akar ketumbar
Sos ikan
1 kiub pati ayam
2 biji lemon (diperah ambil air saja)
1 biji lemon (dipotong)
Cara Memasak :
Ikan yang telah disiang dibersihkan kemudian masukkan serai, halia, daun limau ke dalam ikan yang telah disiang.
Rebus air ke dalam kuali.
Kemudian bawang putih, cili padi, daun ketumbar, akar daun ketumbar.
Masukkan juga air lemon, sos ikan, serbuk perasa, daun limau,
Letak Ikan Siakap dan aturkan lemon yang dihiris ke atas ikan.
Tutup kuali biarkan hingga mendidih.
Kemudian masukkan kiub pati ayam kacau dan jika air kurang tambahkan sedikit air.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...