“Macam-macam Andaian Kita Dengan Kerajaan Baru, Tapi Sebenarnya Tuhan Nak Bagitahu Sesuatu…”

Share

Selepas kerajaan baru, sudah pasti rakyat akan jadi pemerhati. Walau masih baru, tetapi memang nampak ada pihak terus menyokong dab sudah berpuas hati dengan perubahan yang dibuat oleh kerajaan.

Namun wujud juga golongan yang asyik mencari salah. Lihat contohnya, apabila diisytiharkan Pakatan Harapan menang, kata harga minyak akan turun tetapi kenyataannya sehingga sekarang tidak turun. Maka bisinglah sesetengah netizen yang konon niatnya nak menuntut janji.

Itu belum dengar cerita GST yang akan dihapuskan esok hari, pastinya tetap ada yang kurang berpuas hati. Begitu juga dengan isu PTPTN yang boleh ditangguh bayarannya bagi golongan yang berpendapatan RM4 ribu ke bawah, tetap ada yang meluahkan rasa tak puas hati. Tak pelik pun, dah biasa!

Namun pernah tak kita berfikir secara positif apabila semua perkara ini berlaku? Ini seperti yang ditulis Abu Hurairah Asifa di laman facebook miliknya, mungkin anda boleh renungkan…

Saya tanya mak tentang politik. Tentang kerajaan baru.

Tentang betapa risaunya 20 hari di pimpin oleh sesuatu yang baru.

Dan paling dirisaukan adalah tentang agama islam kita sendiri.

Adakah nanti islam akan hilang dan di pinggirkan satu persatu?

Jawapan Seorang Ibu

Mak jawab begini.

“Betul kita rasa takut kalau dengan kerajaan baru ni, islam macam tertindas. Islam seperti di gunakan dan macam-macam andaian kita, tapi sebenarnya Tuhan nak bagitahu kita sesuatu”

“Bagitahu apa umi?”

“Yang islam kita sendiri pun masih belum baik. Islam yang kita amalkan pun masih belum cantik. Kita yang islam ni pun, bulan Ramadhan masih mengata orang, bulan Ramadhan ni pun tak tahu nak jaga akhlak. Nak jaga ibadah. Maka, sebelum risaukan islam taraf negara ni, risaukan dan baiki dulu islam dalam diri tu”

Ya betul.

Sebagai rakyat, tugas utama kita adalah menjadi rakyat yang baik.

Rakyat yang baik itu, satu sahaja dia selalu buat.

Mendoakan Malaysia.

Selepas itu, bersungguh dalam bekerja dan memberikan khidmat buat negara, dalam apa jua bidang kerjanya.

Kemudian, dia tidak akan bercakap buruk tentang negaranya. Tidak menyebarkan segala perkara yang boleh menjadika ia fitnah dan mencetuskan sengketa.

Itulah rakyat yang baik.

Mohon Doakan Yang Baik-baik

Doakan Malaysia pun tak pernah. Kutuknya di media tak henti dan setiap masa. Mengulas tiap isu bagai dia seorang yang tahu semua.

Dirinya? Tetap lah begitu sahaja. Masih di tahap lama dan sembang kencang buatnya tak juga.

Published by
Nadia