Sungguh malang tidak berbau, hasrat untuk makan ‘cendawan busut’ mengakibatkan anak beranak muntah-muntah dan jatuh sakit kerana rupanya termakan cendawan beracun.
Seorang wanita berkongsi kisah pengajaran terbesar buat dirinya apabila seluruh ahli keluarganya mengalami muntah-muntah yang sangat teruk selepas makan hidangan cendawan tumis air yang dipercayai beracun.
Menurut perkongsian wanita itu di akaun TikToknya mas.ita, dia berkata, cendawan tersebut dipetik oleh suaminya di tepi kawasan rumah mereka.
“Saya ambil cendawan itu, dan membersihkannya seperti biasa untuk dijadikan hidangan.
“Apabila diteliti cendawan itu, ia kelihatan sama seperti cendawan busut tetapi ada sedikit perbezaan pada teksturnya,” katanya.
Menurutnya wanita ini lagi, dia agak was-was apabila cendawan yang dimasak itu menjadikan hidangan tersebut bertukar warna kehijauan tetapi tidak mengendahkannya.
“Rasa cendawan itu juga sedap sama seperti cendawan busut.
“Tetapi, selepas sahaja kami memakan hidangan itu, kami mula berasa sakit. Saya ‘google’ cendawan itu, rupa-rupanya betul kami dah termakan cendawan beracun,” jelasnya.
Katanya, akibat daripada itu mereka sekeluarga berada dalam keadaan sangat lemah sehingga memaksa wanita itu menghubungi talian kecemasan sebelum mereka semua dikejarkan ke hospital.
Ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap keluarga tersebut dan menasihati mereka supaya lebih berhati-hati apabila memakan tumbuhan liar.
@mas.ita semoga memberi pengajaran buat kita semua,agar kita dapat kenal pasti cendawan yg boleh mkn & tidak boleh makan,sangat bahaya muntah sampai nk pengsan,lemah longlai,suami teruk sikit sbb makan banyak,anak disuap sedikit& sy mkn sikit#fypシ #tiktokviral#cendawan#cendawangoreng #MYFoodie ♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama
Mesti Baca:“Rebah Seorang Demi Seorang, Mulut Berbuih, Berdarah.” Malang 9 Beranak Termakan Kulat Beracun
Baca Lagi Di Sini:Jangan Buang! Tanam Semula Akar Cendawan Enoki, 3-5 Hari Dapatlah Hasilnya
Artikel Menarik:Cendawan Celup Tepung Super RANGUP, Masuk Sikit Air Kapur, Goreng Garing!
Mingguan Wanita: Jadikan kisah ini sebagai pengajaran. Pesanan buat semua, semoga lebih berhati-hati apabila ingin memakan cendawan liar. Pastikan ia betul-betul selamat dimakan dan bukan jenis yang beracun.
Sumber: TikTok mas.ita
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.