Al Fatihah.. bayi pramatang pelakon drama kepolisian Gerak Khas, Abby Abadi, Muhammad Danial Firman Faizal Bin Muhammad Faizal sudah pun kembali ke rahmatullah.
Sebaknya, ketika ini pasangan suami isteri ini sedang menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah. Tak dapat nak peluk cium apatah lagi mengurus jenazah bayi pramatangnya untuk kali terakhir. Cuma doa yang dapat mak ayah kirimkan dari kejauhan.
Kongsi Abby kira-kira 1.30 pagi Ahad di instagramnya, “Maafkan Mama sayang sebab tak dapat uruskan Baby untuk kali terakhir.
“Pak Ngah dan Mak Teh dan Pak Tehnya akan uruskan jenazahnya selepas subuh esok. InshaALLAH akan dikebumikan di Tanah Perkuburan ISLAM AU4, Lembah Keramat.”
Abby juga berkongsi video terakhir sebelum, dia dan suami meninggalkan bayi pramatangnya itu untuk menunaikan umrah pada Khamis, 5 Disember lalu.
“Maafkan Mama Abah sayang.” tulisnya dalam tangisan yang panjang.
Baru Dua Hari Di Mekah, Baby D Pergi Meninggalkan Kita
Sementara, suami Abby, Faizal Zakaria (Jai Ezzany) memaklumkan bayinya itu meninggalkan mereka pada hari kedua mereka berada di Makkah untuk ibadah umrah.
“Hari ke-2, Abah dan Mama di Mekah, Baby D pergi meninggalkan kita.
Allah pinjamkan Baby D sekejap je… Abah & Mana redha setiap apa yang telah Allah tentukan. Sedih sangat-sangat sebab abah tak dapat jumpa Baby D untuk kali terakhir, Abah tak dapat nak uruskan Baby D.”
Ads
“Maafkan Abah sayang sebab tak dapat uruskan Baby untuk kali terakhir”
“Ya Allah Kau yang lebih mengetahui dari segala-galanya, segala perancangan Mu adalah yang terbaik.
“Abah doakan Moga Allah temukan kita di Syurga nanti.
“Abah sayang Baby D dunia akhirat.”
Ads
Allahyarham Muhammad Danial Firman Faizal yang lebih senang dipanggil Baby D oleh mak ayahnya, ini dilahirkan ketika kandungan ibunya mencecah 24 minggu. Dengan berat cuma 540 gram.
Sejak itu, Baby D ditempatkan di dalam Unit Rawatan Rapi, Hospital Sungai Buloh. Saban waktu, Abby dan suami berulang ke hospital untuk bersama bayinya. Malah, pasangan ini menyumbangkan peti sejuk kepada pihak hospital untuk kemudahan penyusuan anaknya dan bayi-bayi lain di wad berkenaan.
Abby juga sempat membuat stok susu ibu untuk arwah anaknya sebelum dia dan suami berangkat ke tanah suci.
Ketika ini, Abby Abadi dan suami sedang menunaikan umrah di tanah suci Makkah bersama Norman Hakim, Memey Suhaiza dan anak-anak. Mereka akan pulang ke tanah air pada 16hb Disember ini.
MW : Al Fatihah.. semoga Allahyarham Muhammad Danial Firman Faizal Bin Muhammad Faizal. Salam takziah untuk Abby Abadi dan suami. Semoga diberikan ketabahan yang kental dalam menempuh ujian hebat ini.
“Bawa anak, tapi tak pandai jaga.’ Boleh dihitung masjid yang meraikan anak-anak. Situasi ini secara tak langsung membuatkan anak-anak jauh dari masjid.
Malahan mak ayah yang mempunyai anak kecil juga terpaksa berkira-kira untuk ke masjid kerana bimbang anak kecil mereka menganggu jemaah lain.
“Mengambil iktibar. Bukan mencari salah, namun mencari solusi!
Di negara kita…ada masjid yang meraikan anak-anak tapi boleh dihitung dengan jari. Maka terjadilah “anak-anak tidak mesra dengan masjid.
Pernah berlaku terhadap diri sendiri dan di hadapan mata. Seusai solat, sang Imam tanpa segan silu mengumumkan…
Tapi Tak Pandai Jaga
‘Mak bapak yang bawa anak-anak ke masjid, tapi tak pandai jaga dan control anak-anak. Baik jangan bawa kerana menyusahkan jemaah yang hendak iktikaf dan solat.
Adakah mereka sedar bahawa fitrah kanak-kanak itu “bermain”. Memang sebelum solat sudah pesan pada anak-anak… Nanti orang solat, jangan buat bising, ditegah jangan berlari lari dan macam-macam pesanan diberi.
Tapi demikianlah anak-anak, tetap bermain. Tapi tak adalah sampai lari pijak kepala “imam” .
Boleh DiHitung
Maka seperti yang dikatakan, carilah solusi bagi mengawal fitrah anak-anak ini dan bukannya melarang…
Andai dihalang dari membawa anak-anak ke masjid maka entah berapa lama mak ayah itu pasti tidak dapat hadir ke masjid sehinggalah anak-anak itu matang dan faham.
Sebuah papan tanda di Masjid Turki berbunyi:
“Wahai umat Islam, jika tiada bunyi kanak-kanak ketawa di belakang, khuatirilah bagaimana keadaan generasi akan datang.”
Manakala ada Masjid di Indonesia, membuka seluas-luasnya kepada masyarakat, hatta kanak-kanak ke Masjid, walau berseluar pendek sekalipun.
Kerana sasaran dakwah mereka adalah, untuk “Biar mereka lari ke Masjid, Jangan lari Daripada Masjid”.
Masalah orang kita terlalu begis, dan keras terhadap pengunjung yang hadir diluar kebiasaan adat. Kita gagal untuk jinak dan tawan hati jemaah.
Akhirnya mereka mencari tempat yang tidak ada kutukan dan sindiran masyarakat. AJK harus bijak, masyarakat perlu peka.
Mingguan Wanita : Bukan mencari salah… Cuma alangkah indah jika semua masjid mesra kanak-kanak barulah semua gembira menjalankan ibadat di masjid.
Pernah tak ada masalah kesan minyak pada tudung dan selendang kesayangan? Biasanya tompokan minyak itu melekat sebab kesan pakai bedak atau foundation di leher dan pipi.
Stres kejap tengok tudung yang baru beli dah ada tompokan minyak, lebih-lebih lagi kalau tudung itu baru dibeli dan mahal harganya.
Yang ralat, walaupun sudah dibasuh beberapa kali tetapi bila kering tompokan minyak itu tetap ada. Bila jadi macam tu, tak kan nak buang, bukan?
Ok, jangan risau sebab anda masih boleh pakai tudung itu tetapi dengan syarat ikut cara Puan Hani Mynis hilangkan kesan minyak pada tudung seperti yang dikongsi kali ini.
Tip Hilangkan Kesan Minyak Pada Tudung
Siapa tudungnya pernah jadi macam ni? Berminyak di bahagian muka (pipi), bila basuh tak boleh nak hilang.
Nak tahu macam mana hilangkan minyak ni? Serius, hilang!
Hani guna sabun ‘bongkah emas’ dari kedai Eco ni. Kalau tak ada di rumah, anda boleh gantikan dengan sabun mandi buku.
Langkah pertama, sagat sabun itu.
Kedua, rendam dama 10 minit pun dah cukup. Bilas dan jemur. Itu saja.
Masa rendam nak larukan, gosok manja-manja dengan tangan. Sangat mudah!
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bestnya kalau dapat tanam pokok berpasu dalam rumah dan pokok-pokok itu hidup subur menghijau. Masalah kebanyakan mak-mak ini, asal tanam pokok berpasu dalam rumah je mulalah tiba-tiba dia jadi ‘tangan panas’.
Baru beberapa hari, pokok dah layu. Hidup segan mati tak mahu. Beza sungguh dengan tanaman pokok berpasu dalam rumah Puan Muniyati Mohamad. Boleh buat mak-mak rasa tenang habis dan berangan bilalah nak dapat ‘tangan sejuk’ atau ‘greenfinger’ kata omputihnya.
“Berkenaan dengan indoor plant, ini sedikit perkongsian, cara jaga dan tip yang boleh saya kongsikan. Saya pun beginner lagi.” Ujar Puan Muniyati yang sudah mula menanam pokok dalam rumah sejak 3 tahun yang lalu.
Tambahnya lagi, jumlah tanaman yang ada dalam rumahnya ada lebih 30 jenis pokok berpasu. Ada yang jenis kaktus, succulent, keladi malah lidah buaya. Kehadiran pokok-pokok menghijau inilah buatkan dekorasi dalam rumah nampak wow! Rasa tenang bagaikan berada dalam taman.
Yang mak-mak boleh nikmati di rumah sendiri tanpa perlu keluar rumah. Ia juga memberikan bekalan oksigen yang baik kepada penghuni. Malah pokok-pokok ini kan berzikir, jadi ia mengundang ketenangan hati kepada pemiliknya.
Persediaan Sebelum Tanam Pokok Berpasu Dalam Rumah Untuk Yang Baru Nak Mula
1. Pastikan beli pokok yang murah-murah ja dulu. Tak perlu pokok mahal lagi. Kira kalau mati tak stress sangatkan. 2. Pastikan juga pokok-pokok tu jenis yang low maintenance. Mudah cara jaga dia. Atau yang jenis susah mati. 3. Belajar serba sikit tentang pokok tu. Pencahayaan yang perlu dan cara siraman yang sesuai. (Boleh tanya pada tauke nurseri atau penjual pokok itu. Tanya dalam grup tanaman atau melalui pembacaan).
Cara Dan Tip Yang Saya Amalkan
1. Cara jaga bergantung pada jenis pokok yang kita tanam dan medium yang kita guna (tanah @ air)
2. Cari tapak/tempat yang sesuai untuk kita letak pokok mengikut jenis dan kesesuaian pokok yang kita tanam.
3. Pastikan pasu dari jenis yang sesuai dengan pokok kita tu. Ada pokok yang nak kelembapan tanah. Tapi kalau kaktus dan succulent dia nak tanah yang kering.
4. Kalau ada masa atau rajin boleh la berbual-bual dengan pokok. Ada banyak manfaat sembang dengan pokok ni.
5. Selalu perhatikan pokok kita tanam. Kalau nampak lain macam ja. Boleh la cuba ubah tempat atau cara siraman kita.
6. Kalau guna medium tanah boleh lah letak baja yang sesuai. Kalau guna medium air bolehlah tukar seminggu sekali.
7. Kena selalu perhatikan dia. Kalau ada daun rosak kena cepat buang. Kalau ada jangkitan kena cepat rawat. Takut berjangkit dan boleh mati pokok kita.
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...