Lelaki separuh baya berkaca mata itu memeluk erat anak kandungnya, Harry Zulkifliyang terpisah lama. 26 tahun jarak masa tidak menemukan dua beranak kandung ini. Sehingga tanggal 20 Julai lalu, anak dan ayah ini bertemu dalam satu momen yang sungguh pilu.
Anak lelaki ini, Harry Zulkifli, 26 sama sekali tak menyangka yang penghijrahan dalam hidupnya mengubah banyak perkara. Pertemuan dengan ayah kandungnya, Zulkifli Harun yang terpisah dengannya ketika usianya setahun adalah satu anugerah yang besar untuknya.
Sesungguhnya, pilihannya untuk berhijrah menghadirkan nikmat tuhan yang indah-indah dalam dirinya. Semua itu dikongsikan dalam catatannya di instagram miliknya.
“Sekian lama terpisah dengan ayah kandung selama 26 tahun. Inilah hari yang paling bertuah dalam hidup saya. Tiada yang lebih indah daripada hari ini.
“Penantian selama 26 tahun dalam hidup saya telah berakhir. Ini rezeki dan rahmat Allah paling terbesar buat saya.
“Sebak sangat, sedih dan sayu hati. Luluh hati saya bila dapat lihat wajah ayah buat pertama kalinya. Sedih dapat dengar suara ayah. Dapat sentuh dengan tangan sendiri. Allahuakbar.”
Ads
Hidup Dalam Keluarga Yang Susah
Akui Harry, “Saya hidup dalam keluarga yang susah. Sepanjang saya hidup. Semenjak kecik lagi saya selalu tanya ibu tentang ayah saya. Tetapi saya tidak dapat info yang tepat. Sekeping gambar pun tidak ada.”
“Saya tak pernah putus asa sebab saya tahu dan yakin satu hari saya dapat berjumpa dengan ayah kandung saya. Saya membesar sepenuhnya di Kuching Sarawak. Cuma saya difahamkan oleh ibu saya yang ayah saya berasal dari Semenanjung. Ada di sekitar Johor Bharu atau Bukit Mertajam.”
“Kebetulan saya bekerja di Semenanjung. Saya banyak kali usaha dan bertanya dengan rakan-rakan Semenanjung yang saya jumpa. Saya juga pernah sampai ke Bukit Mertajam Penang untuk mencari ayah saya. Malangnya saya tidak jumpa.”
Ads
Berkat Doa Ibu Dan Ustaz-ustaz
Sahabat semua, apa yang saya dapat sekarang berkat dari doa ibu saya. Doa orang-orang yang baik. Saya selalu minta doa ustaz ustaz supaya dipertemukan dengan ayah kandung saya.
Ini juga antara doa yang sangat saya minta semasa saya di Tanah Suci Mekah dan Madinah. Berjurai air mata minta kat Allah supaya dipertemukan. Alhamdulillah, hari ini jelas kuasa Allah.
“Percayalah, saya dulu pernah hanyut dalam hidup. Rosak hidup saya. Bila saya kembali ke jalan Allah. Macam-macam nikmat Allah bagi kat saya. Walaupun merangkak mencari hidayah. Saya yakin apabila kita sujud pada Allah SWT. Allah akan atur segala kehidupan dan rezeki kita.”
“Saya bersyukur sangat. Terima kasih atas segala doa daripada anda semua. Anda semua orang yang baik. Allah sayang anda semua. Semoga Allah balas jasa dan kebaikan anda semua.”
Ads
“Semoga peristiwa dan kenangan indah ini jadi asbab untuk anda lebih menyayangi ibu ayah dan keluarga. Mereka syurga kita di dunia dan di akhirat. Saya tak sanggup tengok mereka hidup susah sekarang. Doakan saya dapat kerja kuat untuk bantu keluarga saya InsyaAllah.”
Setiap Orang Ada Jalan Ceritanya
Suatu ketika dahulu, Harry Zulkifli ini pernah hidup dalam dunia maknyah. Setelah menerima hidayahNya dia kembali kepada fitrah. Sejak itu, usahanya memberikan ceramah motivasi di atas penghijrahannya yang banyak dilakukan di universiti.
Ramai yang mengetahui bahawa tandas bersih amat sukar didapati di India dan kadar jenayah seperti kes rogol cukup tinggi di sana. Namun, berita baik buat golongan wanita di India apabila mendapat akses tandas awam bersih dan selamat digunakan di negara tersebut apabila, atas inisiatif menjadikan bas lama kepada kemudahan ini.
Golongan wanita di India menganggap tandas awam yang bersih sebagai kemudahan ‘berharga’ kepada mereka.Bagi pelajar kolej, Suvarna Dongare, dia amat terkejut selepas melihat tandas wanita berwarna merah jambu kini disediakan di sebuah taman awam di barat India, salah satu daripada beberapa kemudahan yang terdapat di bandar Pune.
“Tandas itu sangat selesa dan saya rasa selamat untuk menggunakannya,” kata Dongare, 18.
Perkhidmatan tersebut hanya mengenakan bayaran 5 Rupee (30 sen) kepada mana-mana wanita dan bukan hanya untuk melepaskan ‘hajat’ malah untuk golongan ibu yang mahu menyusukan bayi mereka atau membeli tuala wanita.
Dilengkapi 12 Tandas Mudah Alih
Projek Ti Toilet, bas yang diubah menjadi tandas dan dilancarkan pada 2016 itu adalah hasil cetusan idea Ulka Sadalkar dan Rajeev Kheer. Ia dilengkapi 12 tandas mudah alih dan secara purata digunakan lebih 200 wanita pada setiap hari.Bas tersebut juga menggunakan tenaga solar sebagai sumber kuasa.
Menurut Sadalkar, mereka menjalankan perniagaan sanitasi mudah alih itu sebagai sebahagian daripada projek untuk meningkatkan kebersihan di bandar terbabit.
“Kami percaya golongan wanita berhak mendapat tandas yang bersih dan selamat kerana ia adalah hak asas mereka,” katanya sambil menambah mereka merancang untuk membuka 1,000 tandas yang turut dilengkapi set TV dan monitor suhu di seluruh India dalam tempoh lima tahun akan datang.
Wanita Sukar Dapat Akses Tandas Bersih & Selamat
Sementara itu, Manisha Adhav, 40, yang mengendalikan salah satu daripada tandas tersebut berkata, beliau sangat berbangga kerana dapat melakukan sesuatu untuk golongan wanita.
“Ada yang datang dari jauh kerana sukar mendapatkan tandas awam di sekitar kawasan ini. Mencari bilik air bersih di tempat awam bukan perkara mudah ketika waktu kecemasan. Kami cuba mengubah perkara itu,” kata Adhav lagi.
Beberapa pakar berpendapat kekurangan bekalan air dan elektrik akan menjejaskan usaha India untuk membina jutaan tandas sebagai sebahagian daripada program ‘India Bersih’ yang dilancarkan Perdana Menteri, Narendra Modi.
Kerajaan negeri bergelut untuk mengekalkan perkhidmatan tandas awam yang biasanya tidak diselenggara dengan baik dan terlalu kotor malah hanya digunakan oleh golongan lelaki hingga mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan wanita.
Oktober lalu, Modi turut mengisytiharkan India sebagai sebuah negara bebas membuang air secara terbuka dan 600 juta penduduk akan diberikan akses tandas.
Percaya atau tidak, makhluk halus yang disebut dalam Al Quran seperti jin, syaitan dan sebagainya memang wujud. Malahan, tidak semua orang pula dianugerahkan dengan deria keenam atau mungkin diberi kelebihan melihat benda-benda halus.
Melihat dan mendengar benda-benda pelik waktu malam cukup menyeramkan. Peristiwa dan pengalaman ini memang menakutkan. Tetapi, jika ia kerap berlaku dan terkena pada diri, ia umpama tidak memberi kesan dan sudah kalis. Cuma perlu diberi kekuatan agak tidak memudaratkan diri.
Bertukar Kerja
Nina (bukan nama sebenar) baru sahaja mendapat kerja di tempat baru. Kali ini dia memilih untuk bekerja menjaga kanak-kanak di sebuah taska di sebuah perumahan yang terletak di Klang. Sebelum ini, dia bekerja di sebuah pasar raya di bahagian Khidmat Pelanggan. Mungkin kebetulan dia suka dan mesra dengan anak-anak, sesuai sangatlah dengan kerjanya itu.
Lagi pun, dia tidak perlu memikirkan tempat tinggal kerana semuanya telah disediakan di taska tersebut. Dia hanya perlu bawa baju dan tinggal di tingkat atas taska tersebut.
Bunyi Mainan
Sepanjang dua minggu bekerja di situ, Nina selesa menguruskan anak-anak. Maklum sahaja, dia memang suka dengan kanak-kanak. Namun, apa yang membuatkan dia kurang selesa apabila tibanya waktu malam.
Setiap malam dalam lingkungan jam 12.00 tengah malam ke atas, dia akan tersedar kerana terdengar bunyi kanak-kanak bermain dengan alat-alat mainan yang ada di situ. Ada masanya, dia sayup-sayup terdengar seperti budak berlari dan menangis.
Pernah, dia cuba memberanikan diri dengan mengintai untuk melihat apa yang dia dengar itu. Tetapi bila dia membuka pintu, terus senyap. Keesokkan harinya, dia cuba bertanyakan kepada kawan sekerja yang tinggal bersamanya di situ. Peliknya, kawan sebiliknya langsung tidak mendengar sebarang bunyi.
Begitulah yang dialami oleh Nina sepanjang tinggal di taska tersebut. Dia pernah memberitahu pemilik taska tersebut tetapi dia hanya mengatakan, itu semua adalah bayangan rasa takut Nina sahaja.
Malahan, setiap cuti hujung minggu, kawan sekerjanya akan pulang ke rumah orang tua. Jadi, Nina tidak betah tinggal di taska. Dia akan berusaha untuk keluar sama ada ke rumah ibu saudaranya atau tidur di rumah kawan-kawannya.
Cuba Bertahan
Hampir enam bulan bekerja di situ, Nina masih lagi bertahan. Pelbagai perkara yang dialami, baik bunyi kanak-kanak bermain, kadang-kadang bunyi pinggang mangkuk berlaga di tingkat bawah dan macam-macam lagi.
Daripada apa yang Nina tahu, keadaan ini berlaku kerana taska itu ‘dicemburui’ oleh pemilik taska yang berdekatan. Oleh kerana tidak mahu melihat taska tempat Nina bekerja lebih maju daripadanya, sanggup dia berjumpa bomoh supaya taska itu ditutup. Wallahu A’lam
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Membakar makanan, panggil makhluk ghaib.” Dikatakan ini adalah balasannya bila seorang lelaki tidak mahu bayar hutang. Barangkali sudah lama lelaki ini diberi peluang untuk membayar hutangnya namun masih gagal.
Jadi inilah cara terbaik untuk menuntut hutang yang dibuat. Biarpun caranya agak keras dan kejam, namun pasti tindakan yang diambil di luar kewarasan fikiran.
Membakar Makanan, Panggil Makhluk Ghaib
Aksi seorang wanita di Hanoi, membakar makanan yang disediakan dalam upacara memanggil makhluk ghaib di hadapan rumah seorang individu yang dipercayai berhutang dengannya menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com.
Menerusi satu klip video yang tular, wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai H, dilihat memakai gaun putih dan datang ke sebuah rumah bersama rakan-rakannya.
Dia turut membawa emas, bunga dan makanan sebelum membentangkan tikar di hadapan rumah individu yang berhutang dengannya. H kemudian duduk bersila dan membaca jampi serapah.
Ini Balasannya
Namun, upacara H terhenti apabila beberapa petugas keselamatan datang dan memintanya untuk berhenti berbuat demikian.
“Saya sangat tidak bahagia, saya akan kembali menuntut hutang saya,” jerit wanita itu.
Bila Tidak Mahu Bayar Hutang
Ketika H menjerit, seorang lelaki dipercayai individu yang berhutang dengannya dilihat bergegas keluar daripada rumah tersebut dan meminta wanita itu supaya pulang.
Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya berkongsi pendapat di ruangan komen.
“Jika ingin meminta hutang, seeloknya bukan dengan cara begini. Anda telah membuat persembahan di depan rumah dan menyebabkan kekacauan,” tulis seorang netizen.
“Kesesakan lalu lintas membuatkan kita sangat tertekan. Ada banyak cara lain, anda tidak seharusnya berkelakuan begitu,” tulis seorang netizen lain. – AGENSI
Mingguan Wanita : Walaupun wanita ini berhak melakukan apa cara sahaja untuk menuntut hutangnya, namun cara ini dilihat tidak praktikal. Tindakannya bukan hanya memberi kesan kepada penghutang tetapi turut memberi masalah kepada orang sekeliling atau kejiranan penghutang.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...