‘Maaf Ya Pada Adik Yang Saya Bagi Gedebuk’ Siti Nurhaliza Akui Pernah Belasah Budak Lelaki Waktu Sekolah

Share

Ini sisi berbeza Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, penyanyi tersohor no.1 negara yang dikongsikan dengan DJ Fara Fauzana dan Faizal Ismail FBI dalam sesi temubual live di konti rumah DBilique.

Ketika menjawab soalan dari Buku Beracun, yang mana soalan di buku tersebut berbunyi, “Pernah gaduh zaman sekolah? Siapa nama orang itu.” Datuk Seri Siti akui kenangan sebegitu sememangnya pernah terjadi padanya di alam persekolahan.

 

Datuk Seri Siti Nurhaliza ini muka mengantuk pun flawless.

Saya Kejar Dia Satu Sekolah Sampai Dapat – Siti Nurhaliza

Saya pernah gaduh dengan seorang budak ni. Kan masa itu tengah kecoh pasal bohsia. Semua perempuan kat sekolah itu dia panggil bohsia termasuklah saya.”

Saya tak ingat nama dia. Tapi saya panggil dia ‘Budak Nakal’.”

Sudahnya ini yang Datuk Seri Siti buat demi mempertahankan dirinya. “Saya kejar dia satu sekolah sampai dapat. Saya minta maaf ya pada adik yang saya ‘bagi’. Sebab mesti dia ingat sampai sekarang.”

Serius! dia mesti ingat yang saya pernah gedebuk dia sekali

.” Cerita Datuk Seri Siti mengimbas kenangan di waktu tingkatan 3.

Ketika Datuk Seri Siti meluahkan rasa bersalah dengan tindakannya pada waktu remaja lalu, Fara Fauzana pula mempertahankan diri beliau.

Kalau kau (Faizal) jadi laki tu mesti kau tak marahkan? Kau lagi bersyukur, bangga kena pukul dengan Siti Nurhaliza.”

 

Fara Fauzana Cari ‘Budak Nakal’

Memanjangkan video live itu, Fara menulis di twitter miliknya yang dia sedang mencari ‘Budak Nakal’ tersebut.

Tulisnya, “Macam nak cari jea ‘budak’ yang kena belasah dengan kakiti.. kakiti cakap junior dia. Kalau awak ‘budaknakal’ tu tolong contact saya.”

Haa.. tak pasal pasal glamour ‘Budak Nakal’ itu. MW pun tak sabar nak tahu siapa agaknya ‘Budak Nakal’ yang kena belasah dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza itu.

Jangan ingat ibu Siti Aafiyah ini boleh buat main-main ya. Sebenarnya, banyak lagi rahsia-rahsia Datuk Seri Siti yang dikongsikan dalam konti rumah itu waktu live itu.

 

Sumber/Foto : Fara Fauzana, CTDK

Published by
Netty Ah Hiyer