Hiburan

“Maaf kita bicara muzik saja buat masa ini,”-Mahalini elak soalan peribadi

Share

“Maaf kita bicara muzik saja buat masa ini,”. Umum mengetahui mengenai perhubungan penyanyi Indonesia, Mahalini telah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi popular senegara, Rizky Febian.

Maaf kita bicara muzik saja buat masa ini

Pada pertemuan Mahalini dengan media baru-baru ini,  Mahalini atau pemilik nama penuh, Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja lebih selesa berbicara soal kerjayanya memandangkan penyanyi yang popular dengan lagu Sial ini ligat mempromosikan konsertnya di Kuala Lumpur iaitu Lovechestra Mahalini yang akan berlangsung di Mega Star Arena, di sini, pada 3 Februari depan.

Mahalini elak soalan peribadi

Mahalini berkata, dia kini fokus dengan konsertnya iaitu Lovechestra Mahalini yang akan berlangsung di Mega Star Arena, di sini, pada 3 Februari depan. Konsert anjuran Kharisma Music International itu turut menampilkan tunang Mahalini, iaitu Rizky Febrian sebagai penyanyi jemputan.

“Sebenarnya idea di sebalik konsert ini muncul ketika konsert FABULA 1.0 dan 2.0 tahun lalu. Saya ingin memberikan sajian pertunjukan dan pengalaman yang berbeza dari sebelumnya dengan konsep muzik, busana, penari latar, kesan visual dan set pentas yang lebih menarik.

“Dan sudah pastinya merindukan peminat-peminat di Malaysia yang mahu saya kembali lagi. Apatah lagi, Malaysia begitu dekat di hati. Konsert dijadualkan berlangsung selama lebih kurang dua jam dengan hampir 15 sehingga 17 lagu,” katanya yang akan diiringi band sendiri iaitu Lini.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/video-bacaan-ayat-al-quran-pu-riz-tular-masya-allah-sedapnya-suara/

Umum mengetahui,selepas dua tahun bercinta, Mahalini dan Rizky mengikat tali pertunangan pada 7 Mei tahun lalu.

Meskipun berbeza pegangan hidup, di mana Rizky beragama Islam, manakala Mahalini beragama Hindu, tetapi perbezaan itu tidak menghalang mereka untuk ke mengikat hubungan ke peringkat seterusnya. Rizky merupakan anak sulung kepada pelawak terkenal, Sule.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Rosmah Idayu