“Maaf kita bicara muzik saja buat masa ini,”. Umum mengetahui mengenai perhubungan penyanyi Indonesia, Mahalini telah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi popular senegara, Rizky Febian.
Maaf kita bicara muzik saja buat masa ini
Pada pertemuan Mahalini dengan media baru-baru ini, Mahalini atau pemilik nama penuh, Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja lebih selesa berbicara soal kerjayanya memandangkan penyanyi yang popular dengan lagu Sial ini ligat mempromosikan konsertnya di Kuala Lumpur iaitu Lovechestra Mahalini yang akan berlangsung di Mega Star Arena, di sini, pada 3 Februari depan.
Mahalini elak soalan peribadi
Ads
Mahalini berkata, dia kini fokus dengan konsertnya iaitu Lovechestra Mahalini yang akan berlangsung di Mega Star Arena, di sini, pada 3 Februari depan. Konsert anjuran Kharisma Music International itu turut menampilkan tunang Mahalini, iaitu Rizky Febrian sebagai penyanyi jemputan.
“Sebenarnya idea di sebalik konsert ini muncul ketika konsert FABULA 1.0 dan 2.0 tahun lalu. Saya ingin memberikan sajian pertunjukan dan pengalaman yang berbeza dari sebelumnya dengan konsep muzik, busana, penari latar, kesan visual dan set pentas yang lebih menarik.
Ads
“Dan sudah pastinya merindukan peminat-peminat di Malaysia yang mahu saya kembali lagi. Apatah lagi, Malaysia begitu dekat di hati. Konsert dijadualkan berlangsung selama lebih kurang dua jam dengan hampir 15 sehingga 17 lagu,” katanya yang akan diiringi band sendiri iaitu Lini.
Umum mengetahui,selepas dua tahun bercinta, Mahalini dan Rizky mengikat tali pertunangan pada 7 Mei tahun lalu.
Meskipun berbeza pegangan hidup, di mana Rizky beragama Islam, manakala Mahalini beragama Hindu, tetapi perbezaan itu tidak menghalang mereka untuk ke mengikat hubungan ke peringkat seterusnya. Rizky merupakan anak sulung kepada pelawak terkenal, Sule.
Selebriti Zahirah MacWilson berkongsi khabar pilu perkembangan kesihatan neneknya yang kini sedang keuzuran dan semakin menunjukkan tanda-tanda halusinasi yang teruk.
Ibu kepada dua cahayamata itu tidak berkongsi lanjut mengenai penyakit dihidapi neneknya, namun pelakon Harimau Malaya: The Untold Journey itu memuat naik video di Insta Story miliknya memaparkan keadaan neneknya dan meluahkan kesedihannya.
“She’s getting worse. Asyik cabut topeng oksigen, tak nak pakai.
“Halusinasi, merungut, percakapan yang spontan yang tidak jelas, tiba-tiba menjerit, merengek sakit, nak bangun nak balik, enggan makan dan minum,” katanya.
Zahirah turut berkongsi terlalu pilu melihat keadaan neneknya berhadapan dengan situasi tersebut. Ibu kepada dua cahayamata ini mengakui sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Sementara itu, ibu Zahirah, Maslinda Yusoff turut berkongsi keadaan terkini ibunya, Faridah Binti Nyak Mohd bersama sekeping foto ibunya itu.
“Ya Allah berikanlah ampunan kepadanya sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia “ Faridah Binti Nyak Mohd.
Sebelum ini, Zahirah pernah memaklumkan neneknya telah mengalami kegagalan buah pinggang, lemah jantung dan paru-paru berair. Mingguan Wanita mengambil kesempatan untuk mendoakan kesihatan nenek Zahirah dan semoga dipermudahkan segala urusan.
Kini sedang hamil 38 minggu pelakon Faye Kusairi mendedahkan, minggu lalu dia berdepan ujian tidak terjangka apabila diserang penyakit Bells Palsy.
Penyakit ini yang lebih kerap berlaku pada orang yang mengandung, terutamanya semasa trimester ketiga, atau yang dalam minggu pertama selepas melahirkan.
Bells Palsy adalah satu keadaan yang menyebabkan satu sisi muka seseorang menjadi lemah atau lemah. Ini boleh berlaku apabila salah satu daripada saraf yang mengawal otot-otot di muka menjadi rosak atau berhenti berfungsi.
Kerosakan saraf ini biasanya berlaku apabila saraf menjadi bengkak atau meradang kerana jangkitan dengan virus. Kebanyakan orang dengan bells palsy pulih sepenuhnya. Tetapi sesetengah orang mempunyai gejala bell palsy sepanjang hayatnya.
Sarat Hamil, Diserang Bells Palsy Ketika Gosok Gigi
Pemilik nama sebenar Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 33, yang juga ibu kepada seorang cahaya mata, Alif Azmi menyatakan kejadian berlaku pada Jumaat lalu apabila dia mengalami kekejangan pada otot muka sebelah kanan ketika sedang menggosok gigi.
“Alhamdulillah, saya sudah dibenarkan pulang. Saya dimasukkan ke hospital sepanjang hujung minggu apabila disahkan mengalami Bells Palsy pada pagi Jumaat ketika sedang menggosok gigi.
“Saya belum pulih sepenuhnya tetapi dalam progress. Separuh muka sebelah kanan saya lumpuh sejak Jumaat dan saya menjalani rawatan bersama neurologis, ia semakin pulih.
“Sekarang saya sudah boleh menggerakkan otot wajah saya sedikit sebanyak. Syukur Alhamdulillah,” tulis Faye menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Teruskan Rawatan Bells Palsy Di Rumah
Isteri kepada pengarah drama terkenal, Azmi Hatta ini sedang menghitung hari untuk melahirkan anak kedua.
Difamkan dengan usia kandungan yang sudah mencecah 38 minggu, dia kini hanya berehat dan menjalani rawatan di rumah serta berharap segalanya akan dipermudahkan.
“Sekarang saya teruskan berehat di rumah dan usia kandungan saya sudah 38 minggu.
“Dalam masa yang sama saya meneruskan rawatan Bells Palsy di rumah. Mohon doakan kesihatan saya diteruskan dengan baik dan dipermudahkan,” ujarnya.
Selebriti yang juga pemilik nama sebenar Khairil Azam Pilus atau Aril telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan kerana mengalami radang kulit yang serius.
Seperti mana dikongsi, Aril menjelaskan dia perlu diasingkan wad kerana dibimbangi menjangkiti orang lain.
Aril Pasrah Ujian Menimpa Di Bulan Ramadan
Malah Aril juga pasrah dengan ujian yang menimpa apatah lagi dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
“Assalam semua, malam tadi saya terpaksa diasingkan dalam hospital akibat mengalami masalah radang pada kulit yang agak serius.
“Radang ni boleh mengakibatkan jangkitan pada orang lain. So terpaksa la dok wad sensorang dalam 5-7 hari.
“Kawasan radang ni di bahagian belakang pinggan hingga ke bahagian atas peha kanan, dan bahagian bawah perut dan di depan peha kanan bahagian atas. Senang cite pinggang perut bontot la en.. so susah la skit aku nak share gambonya takot kemontokkan dan kemonggelan tu terserlah.
“Doakan Saya Cepat Sembuh”
“Insyaallah, doakan saya semoga cepat sembuh dan semoga dapat lah saya sambut hari raya aidilfitri bersama dengan keluarga tercinta khamis ni ya..Amin Yarabbal Alamin,” tulis Aril menerusi laman Instagramnya.
Aril Terpaksa Tidur Berdiri
Bersama anak kesayangan.
Bapa kepada Tun Adriel Mikael ini juga memberitahu dia sebenarnya ada kayap tapi tidak aktif.
“Sebenarnya saya ada kayap, tapi tak aktif. Mungkin disebabkan sepanjang Ramadan ini makan tak menentu, lesu dan kurang minum air, jadi ia aktif semula. Tapi, tak naik ruam.
“Nak dijadikan cerita, pada 28 April lalu saya berasa sakit otot. Saya ingat ada masalah urat. Jadi saya panggil pihak fisio datang rumah untuk buat sesi regangan. Lagi pula saya baru mula aktif berjogging. Saya menjangka, mungkin ia perkara biasa. Tiga hari selepas itu, saya jogging macam biasa. Keesokan harinya, naik ruam dan makin teruk.
“Saya ke klinik dan diberitahu alahan biasa. Tapi, saya tak tahan dan terus pergi hospital jumpa pakar. Hasil pemeriksaan, doktor cakap ia kayap dan saya perlu diasingkan segera bagi elakkan jangkitan pada orang lain. Memang sakit, sampai tak boleh tidur dan terpaksa tidur berdiri,” ungkap Aril seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Aril harap akan dapat menyambut Syawal di rumah bersama keluarga.
Sumber Foto: Instagram Aril Pilus
Sumber: Instagram Aril Pilus & Harian Metro
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...