“Luth pula ikut jejak abang,” kanak-kanak termakan keropok racun meninggal dunia. Dua beradik yang termakan keropok beracun diambil di kebun jiran akhirnya meninggal dunia. Selepas bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang, tengahari tadi Muhammad Luth Syauqi mengikut jejak abangnya.
Muhammad Luth Syauqi, 2, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pulau Pinang, ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang (HPP), kira-kira jam 1.24 petang tadi.
Perkara itu dimaklumkan oleh ibu mangsa Nurain Hasnorizal, 25, ketika dihubungi Buletin TV3.
Jenazah mangsa dijangka dikebumikan di Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kedah, berhampiran pusara abangnya.
Berita kematian itu bagaimanapun, belum ada pengesahan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim setakat ini.
Rabu lepas, abang mangsa, Muhammad Akil Syauqi,3, yang turut termakan keropok beracun terbabit meninggal dunia di HPP selepas bertarung nyawa selama 4 hari.
Media sebelum ini melaporkan Muhammad Luth bersama abangnya, Muhammad Akil, masing-masing berusia dua dan tiga tahun, berada dalam kritikal selepas memakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah, Ahad lalu.
Makanan ringan itu digantung pada pagar dawai dipasang pemilik kebun, didakwa bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanamannya. Kredit :- Buletin TV3.
“Saya turunkan ego saya…
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.