Isi Kandungan
ToggleTahniah diucapkan buat pelakon Luqman Hafidz dan isteri yang bakal menimang cahaya mata pertamanya bulan hadapan. Isterinya kini sedang sarat mengandung.
Terdahulu Luqman telah mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Nurul Atiqah Mad Apandi pada bulan Mac lalu ketika negara dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Luqman Hafidz Mohon Doakan Isteri Selamat Bersalin
Perkongsian gembira ini dibuat oleh Luqman, 30, menerusi perkongsian di laman Instagramnya dengan memuatnaik foto terbaharu bersama isteri beberapa hari lalu.
“Doakan baby keluar dengan selamat Februari ini, insya-ALLAH. Harapnya kita semua masih dapat peluang bercuti dengan famili lepas pengumuman. Amin,” ujarnya.
Baca Disini Juga:
6 Tahun Kahwin Akhirnya Idayu Hamil “Pasangan Yang Nak Baby, Jangan Mudah Putus Asa”
Usia 36 Tahun, Ayu Raudhah Umum Hamil Anak Kelima. “Alhamdulillah Rezeki Allah” Zaquan
Tahniah Leez! Hamil 5 Bulan “Moga 2021 Yang Terbaik Buat Kami Sekeluarga”
Rakan-Rakan & Pengikut Titip Doa
Berita tersebut menarik perhatian rakan-rakan dan para pengikut di laman Instagrammnya yang mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan menitipkan doa buat keluarga pelakon filem Ola Bola itu.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Luqman Hafidz
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trend “Jual Diri” Sewa Jadi Kekasih Di Hari Raya, Bayar RM80 Dapat Pegang Tangan
Isi Kandungan
ToggleTrend “jual diri” sewa jadi kekasih di hari raya, bayar RM80 dapat pegang tangan. Jaga maruah perempuan walau trend hanya gurauan. Di media sosial, terutama di twitter kecoh tentang sewaan menjadi kekasih di hari raya.
Di mana gadis yang merasakan diri “hot market” dan memiliki wajah menarik memberanikan diri menyewa diri sendiri untuk dibawa pergi beraya dan rumah terbuka.
Trend “Jual Diri” Sewa Jadi Kekasih Di Hari Raya
Dengan hanya bayaran antara RM200-RM250, iklan “menjual diri” ini meletakkan ciri-ciri seperti boleh berlakon menjadi girlfriend, friendly, pandai berborak, boleh betulkan sampin/ songkok/ rambut, tukang dengar masalah, boleh suap makanan dan extra charge RM80 jika nak pegang tangan.
Sekali pandang, ia dilihat seperti ada unsur-unsur gurauan kerana dari tweet di media sosial, baik gadis bertudung dan free hair turut mengiklankan perkhidmatan ini dan disebar luas di media sosial.
Tetapi kalau benar ia gurauan, perlu diingati malu itu adalah sebahagian dari iman. Zaman Jahiliyah dahulu, mereka menanam anak perempuan kerana dianggap beban sehinggalah kedatangan Islam yang memuliakan golongan ini dan meletakkan darjat mereka ke tempat tertinggi.
Tetapi semakin menghampiri penghujung dunia, gurauan meletakkan maruah perempuan ke bawah tapak kaki.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Bab Jaga Aurat & Maruah Diri, Ramai Wanita Lebih Teruk Daripada Orang SAWAN!
“Dapat Sales Duit Banyak” Jangan Gadai Maruah Diri Demi Konten, Likes & Views!
Jangan Bila Marah, ‘Up Status’, Tolonglah Jaga Aib & Maruah Diri Sendiri
Bayar RM80 Dapat Pegang Tangan
Dari satu tweet @Amirul Ruslam, katanya, sewa diri jadi kekasih ini adalah trendyang merosakkan sifat malu seseorang muslim.
Dengan tambahan lain @add on RM10, R70,RM80 dah dapat pegang tangan. Begitulah murahnya maruah dan kehormatan diri kita.Katanya lagi, no wonder hilang dara/teruna kerana berzina makin dianggap suatu kebanggaan.
Ntah lah, bagi aku trend/gurauan “sewa diri jd + 1” adlh trend yg merosakkn sifat malu seseorang muslim itu.
Dgn “add on” RM10, 70, 80, dpt dah pgg tgn.
Begitu murahnya maruah & kehormatan diri kita.
No wonder hilang dara/teruna krn berzina makin dianggap suatu kebanggaan. 👌🏻 pic.twitter.com/tamWQCTQIL
— 𝙍𝙈𝙄𝙍𝙐𝙇 (Inni Mutazawwij) (@AmirulRuslam) April 26, 2023
Apa yang menusuk dari kata-katanya bahawa perempuan jangan nak demand tinggi-tinggi hantaran kalau semurah ini.
Ini kalau jenis perempuan dah pernah “dipegang” ni duit hantaran kahwin pun dah tak yah la minta tinggi2 ye.
Yg lelaki yg bt service + 1 ni pun tak pyh nk demand ciri2 isteri yg baik lebih2.
Yela kan, maruah & kehormatan diri sendiri pun dijual sekitar RM10-90 je.
Sedar diri.
— 𝙍𝙈𝙄𝙍𝙐𝙇 (Inni Mutazawwij) (@AmirulRuslam) April 27, 2023
Carian Mingguan Wanita juga dapati selepas trend ini tular, ia menerima kecaman yang banyak dari orang ramai. Dan akaun twitter gadis-gadis yang mengiklankan diri juga sudah dinyah aktifkan selepas bertalu-talu menerima kecaman.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selepas Tiga Bulan Berkahwin ‘Baru Sedar’ Isteri Sebenarnya Seorang Lelaki
Isi Kandungan
ToggleMacam-macam hal dunia sekarang ni.Kejadian yang berlaku di Jember, Indonesia baru-baru ini, seorang suami dikatakan ‘baru tersedar’ isteri yang dikahwini selama ini merupakan seorang lelaki.
“Saya benar-benar terkejut. Sebelum ini biasa sahaja tetapi kalau benar dia lelaki tulen, saya akan ceraikan dia,” demikian reaksi awal si suami yang malu dan kecewa selepas mengetahui ‘wanita’ yang dikahwininya sejak Julai lalu sebenarnya adalah seorang lelaki, lapor Tribun Jabar.
M Fadholi, 21, berkahwin dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Ayu Puji Astutik, 23, dalam satu majlis yang meriah pada 19 Julai lalu.
Perkahwinan mereka itu juga turut didaftarkan di Pejabat Urusan Agama (KUA) di Ajun selepas pasangan berkenaan mengemukakan borang berkahwin dan dokumen pengenalan diri.
Difahamkan, pasangan itu tinggal bersama di Dusun Plalangan, Desa Glagahwero. Ayu juga sangat aktif dengan aktiviti kemasyarakatan termasuk sering hadir ke program yang dianjurkan oleh pihak masjid.
Jiran Rasa Curiga
Pada awal pernikahan pasangan itu, tiada apa yang mencurigakan. Bagaimanapun setelah memasuki bulan ketiga, jiran-jiran mula berasa curiga dan bertanyakan status Ayu. Perasaan curiga itu mula timbul apabila jiran-jiran mendengar suara Ayu yang kedengaran seperti suara lelaki. Akan tetapi, Fadholi tampil menjelaskan bahawa isterinya adalah wanita yang tulen.
Enggan berdiam diri, salah seorang jiran tampil membuat aduan kepada pihak KUA mengenai perkara itu. Pihak KUA yang terkejut dengan aduan itu, lalu membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.
Pasangan itu kemudian ditahan. Ketika disoal siasat, Ayu mendakwa dia sememangnya dilahirkan sebagai perempuan, namun jantinanya berubah selepas berkahwin.
“Sumpah encik. Saya wanita asli, saya boleh membuktikannya. Saya memang sudah lama difitnah,” katanya.
Malangnya, polis tidak percaya dengan dakwaannya itu menyebabkan Ayu kemudian memberi penjelasan yang seterusnya.
‘Alat Sulit Tertukar’
“Saya memang dilahirkan sebagai wanita, saya berani bersumpah. Tidak lama selepas berkahwin dengan Fadholi, saya bermimpi ada telur jatuh dan makhluk halus. Apabila saya terjaga, saya dapati alat sulit saya bertukar,” katanya.
Setelah puas didesak, Ayu akhirnya mengakui bahawa dia telah memalsukan kad pengenalan dirinya semata-mata untuk berkahwin dengan Fadholi. Nama sebenar Ayu adalah Syaiful Bahri.
Dalam pengakuannya, Syaiful mengakui dia memiliki keinginan untuk membuat operasi pertukaran jantina tetapi terbantut kerana kos pembedahan itu di luar kemampuannya.
“Setelah saya menjadi begini, saya ada keinginan untuk menukar jantina dan mahu menjadi wanita. Oleh kerana tidak berkemampuan, akhirnya saya pasrah menunggu keajaiban,” katanya.
Palsukan Dokumen Perkahwinan
Sementara itu dalam laporan Jatim Times, Ketua Polis Daerah Jember, AKBP Kusworo Wibowo, berkata, siasatan mendapati pasangan berkenaan terbukti sengaja memalsukan dokumen-dokumen perkahwinan. Malah pengantin perempuan mengaku dirinya anak yatim piatu sehingga menggunakan khidmat orang lain untuk menjadi wali pernikahannya.
“Suspek yang mengaku sebagai wanita pada awalnya mengaku tidak mempunyai keluarga, tetapi siasatan mendapati keluarganya masih ada dan masih dapat dihubungi,” katanya.
Ekoran pengakuan itu, Pejabat Urusan Agama kini dalam proses menyiapkan dokumen bagi membatalkan perkahwinan pasangan songsang berkenaan.
Fadholi dan Syaiful Bahri kemudian ditahan dan akan didakwa atas perbuatan sengaja memalsukan dokumen diri, yang memperuntukkan hukuman penjara selama enam tahun. Selain itu mereka juga akan didakwa kerana membuat keterangan palsu dan bakal menerima hukuman penjara selama tujuh tahun.
Sumber: The Reporter
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masjid Muhammad Al-Amin Dibina Hasil Infak Rakyat Malaysia Musnah, 413 Korban Syahid Palestin
Isi Kandungan
ToggleMasjid Muhammad Al-Amin dibina hasil infak rakyat Malaysia musnah, 413 korban syahid Palestin. Saat ini perang meletus antara Palestin dan Zionis. Dari laporan terkini mengenai Gaza, seramai 413 mati syahid termasuk 78 kanak-kanak dan 41 wanita selain 2300 cedera.
Manakala di pihak zionis seramai 700 nyawa tewas selain 2200 cedera dalam peperangan ini. LEBIH 250 mayat telah ditemui di tapak festival muzik Supernova dalam serangan pejuang Hamas ke atas Israel.
Masjid Muhammad Al-Amin Dibina Hasil Infak Rakyat Malaysia Musnah
Dalam pada itu, Malaysia yang dilihat memberikan sokongan sejak lama dahulu terhadap Palestin termasuk bantuan kewangan pastinya amat terkesan bila mana Masjid Muhammad Al Amin yang dibina hasil infak rakyat Malaysia musnah keseluruhannya dalam serangan bom zionis.
Memetik perkongsian dari fb Muslim Care Malaysia Society, mereka memaklumkan masjid ini musnah keseluruhannya dan tidak boleh digunakan lagi selepas menjadi sasaran zionis.
“Retak hati berkeping-keping melihat masjid yang tersergam indah hasil dana rakyat Malaysia pecah berderai kesan serangan bom oleh Zion!ST lsrae.
Penghujung tahun 2013, Muslim Care Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya membina sebuah masjid luas dan cantik untuk rakyat Palestin.
Malangnya semua hasil usaha dan sumbangan rakyat Malaysia, dua hari lalu, 7hb Oktober 2023, Masjid Muhammad Al Amin ini musnah keseluruhannya dan tidak lagi boleh digunakan.
Biarpun begitu, semangat jihad orang Islam tidak akan pernah pudar. Sebagaimana kuatnya jiwa pejuang saudara kita di Palestin, begitu jugalah teguhnya hati-hati kita semua akan terus bersatu.
413 Korban Syahid Dalam Peperangan
Lebih banyak bantuan dan dana akan kita salurkan sebagai tanda sokongan kita kepada saudara kita di Palestin.
Sumbangan, Wakaf , Zakat dan Sedekah Jariah untuk membina semula Masjid Malaysia di GAZA boleh disalurkan melalui pautan ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/…/dana-masjid…
Firman Allah SWT:
﴿انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ٤١﴾
“Berangkat pergilah kalian secara beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dalam keadaan merasa ringan (dan mudah bergerak) mahupun dalam keadaan merasa berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kalian pada jalan Allah (untuk membela Islam). Demikian itu, amatlah baik bagi kalian, jika kalian mengetahui.”
(Surah al-Taubah: 41)
Tembakan doa dan munajat antara yang juga sedang sangat diperlukan. Teruskan berdoa dan bermunajat. Semoga kemenangan besar untuk Islam. Insya-Allah. Allahuakbar.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Israel Jadikan Masjid Palestin Kelab Malam, Semua Acara Dibenarkan Kecuali Solat!
RM170 Mungkin Harga Sehelai Tudung, Tapi Inilah Jumlah Kehidupan Seorang Anak Palestin
Zionis Kata Tak Sengaja Tembak Mati Sukarelawan Perubatan Palestin, Razan Al Najjar!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI