Rupanya dengan melumur minyak dan pakai stokin sebelum memakai ‘boot’ ketika mahu membersihkan rumah akibat banjir dapat membantu mengelakkan kulat air dan kaki kecut. Bukan apa bahagian kaki merupakan antara bahagian yang paling sensitif mudah dijangkiti kulat air dan kecut apabila terendam dengan air, mahupun banjir berjam-jam lamanya.
Ada sahabat kita bagitau, diorang yang dok bersihkan rumah banjir hari-hari, kaki terperam dalam air berlumpur berjam-jam sampai rosak kulit kaki dan naik kulat air.
Allah..
Gini..KD share sikit..
Sebelum mulakan kerja membersih, samada basah atau tidak, sila lumurkan kaki dengan minyak. Minyak kelapa boleh, minyak zaitun pun ok. Lepas tu pakai stokin, baru pakai boot.
Kalau tak buat kerja tolak air, kaki akan basah juga sebab berpeluh dalam boot tu. Keadaan lembap gitu banyak bakteria membiak.
Stokin pakai tau. Kalau tak pakai, boleh akibatkan melecet, kaki lebih cepat berpeluh.
Stokin dan minyak zaitun atau minyak kelapa ialah antara barang kalian boleh sumbangkan buat mangsa banjir.
Mana KD tau petua ni?
Masa training dalam hutan dulu kami pakai spike boot. Selalunya akan basah lah sebab harung sungai, berhujan berpanas. Lebih seminggu dok peram kaki macam tu. Tahun pertama training memang tak reti lagi. Rosak kaki. Lama nak sembuh.
Lepas dah pandai sikit, kami pun pakai minyak bawang putih. Lumur kat kaki sebelum sarung stokin. Minyak ni elak kulat air, elak kaki kecut selepas berminggu basah dalam boot.
Pakai minyak masak kelapa sawit aje.
Cara nak buat minyak bawang putih -grill atau bakar bawang putih, pastu lenyekkan, bubuh dalam botol yang berisi minyak masak. Memang kuat bau bawang putih tu. Tapi demi menjaga kesihatan kaki, layan kan aje.
Pastu masa training dalam hutan tu, bila ada masa, buka boot, keringkan kaki dan tabur bedak askar (tak tahu lah brand apa nak pakai kalau bedak lain), supaya kaki betul-betul kering. Kalau nak gerak semula baru sapu buang balik bedak tu, lumur minyak, pakai stokin baru dan sarung semula boot. Jalan..
Jaga tau kulit kaki korang. Kulit kaki siap boleh lekang gitu aje kalau kulit dah kecut sangat. Kulat air toksah cerita lah. Keluar hutan siapla merenyam gatal celah-celah jari kaki tu.
Gitulah. Ada la sikit pengalaman tu.
Moga bermanfaat. Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Hanya KACANG PARANG Dan UBAT GEGAT, Bahan Terlarang Penghidap G6PD Deficiency
Petua Halau Lipas Dalam Kabinet, Guna Rempah 4 Sekawan Buat Uncang, Sangat Berkesan!
Guna Tisu Dan Minyak Masak, Alternatif Untuk Masak Kalau Gas Habis Di Rumah
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian petua dan tip ini bermanfaat, terutamanya yang sedang dalam proses membersihkan rumah akibat banjir. Cara ini boleh mengelakkan kulat air dan kaki kecut kerana terendam lama dalam air.
Sumber: Hayana Darliz
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita