Lumrah Hati Seorang isteri, Risau & Bimbang, Mila Jirin Menangis Suami Jalani Pembedahan Bahu

Share

Menerusi perkongsian sebuah video di laman Instagram, Mila Jirin berasa sungguh sebak sehingga tidak mampu menahan air mata apabila terlalu risaukan keadaan suaminya yang ketika itu sedang menjalani pembedahan bahu.

Mila telah mendirikan rumah tangga dengan Isz Mustapha pada November 2015. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Mohd. Arif Zikri yang kini sudah berusia tiga tahun.

Malah menerusi kapsyen di entri video tersebut jua, Mila yang juga bergelar seorang isteri dan ibu tidak dapat menampung kesedihannya seorang diri dan berkongsi dengan pengikutnya agar sama-sama dapat mendoakan yang terbaik buat suaminya yang tercinta.

 

Mila Jirin Sebak, Lumrah Hati Seorang Isteri

“Lumrah hati seorang ISTERI.

“Risaunya bukan kepalang. Terima kasih atas doa sahabat semua. Saya sangat hargainya,” tulis Mila

Malah Mila juga turut memohon agar suaminya Isz Mustapha dipermudahkan untuk segala urusan pembedahan.

“Sahabat saya yang saya kasihi. Mohon DOAKAN Suami saya @isz_mustapha dipermudahkan segala urusan Arthroscopy Surgery hari ini (semalam) #Amin

“Mommy tengah touching daddy atas bed tu mata mommy dah berhabuk. Perasaan seorang isteri ni lain kan,” kongsi usahawan ini yang ketika itu turut berkongsi sebuah video sebelum suaminya ditolak ke bilik pembedahan.

Gambar kenangan sewaktu mereka sekeluarga berada di tanah suci.

Baca Disini Juga: 

Wanita Ini Kuat Tetapi Mengalah Kerana HORMAT, Setelah Berkahwin Suamilah Segalanya

Mila Jirin Jual Kek, Inisiatif Pastikan Pekerja Tak Hilang Punca Pendapatan

Suami Alami Masalah Pada Bahu

Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia dan juga merupakan seorang usahawan katering berjaya ini, menyatakan suaminya iaitu Isz Mustapha telah menjalani pembedahan arthroscopy.

Menerusi video yang dikongsi, Mila berkata, pembedahan yang dilakukan semalan itu terpaksa dibuat untuk merawat masalah pada bahagian bahu suaminya yang telah menyukarkan pergerakan tangan.

“Suami saya memang sudah lama sakit bahu. Dua minggu lepas apabila jumpa doktor, katanya otot pada bahu koyak dan ada masalah pada tulang. Saya pun tak berapa faham sangat.

“Doktor cakap bukanlah major operation, minor sahaja (sambil menangis teresak-esak) tapi perasaan seorang isteri ini lain.

“Esok (23 Disember) merupakan birthday saya. Saya berdoa kepada Allah tak nak apa-apa. Cuma minta Allah bagi kesihatan yang baik kepada suami saya.

“Tangan suami saya tidak boleh angkat lurus ke atas. Jika tersalah pusing akan rasa sakit. Kemudian doktor buat keputusan untuk lakukan pembedahan,” kongsi Mila penuh sebak.

Mila dan suami sentiasa bergandingan bahu dalam perniagaan.

Sumber/Sumber Foto: Instagram Mila Jirin

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh