Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Enggan terus berpeluk tubuh dan meratap nasib, kecekalan Mohamad Zulkarnain Mustafa yang berstatus orang kurang upaya (OKU) lumpuh, atas kegigihannya sedaya upaya mencari rezeki dengan membaiki motosikal wajar di jadikan inspirasi buat anak muda yang lain.
Lumpuh Paras Pinggang
Ini kerana pemuda berusia 27 tahun itu membaiki jentera dua roda itu dengan hanya berbaring di katil selepas pergerakan yang terbatas akibat lumpuh daripada paras pinggang.
Fizikalnya sudah tidak sempurna seperti lapan tahun lalu dan Mohamad Zulkarnain membaiki motosikal di hadapan rumah keluarganya di Parit 2/6R Labu Kubung, Chenderong Balai, di sini dengan dibantu adik bongsunya, Mohamad Hazarul Nizam, 13.
Menurut Mohamad Zulkarnain, dia lumpuh separuh badan selepas terbabit kemalangan ketika pulang daripada kerja sebagai pembantu gerai pasar malam pada 2015.
Katanya, kejadian itu mengubah sepenuhnya kehidupannya yang ketika itu baru berusia 19 tahun dan ligat membantu meringankan beban ibu bapanya.
“Selain kerja di gerai ayam goreng di pasar malam, saya juga membuka bengkel membaiki motosikal di rumah secara sambilan tetapi kemalangan itu menyebabkan saya tidak boleh berjalan.
“Selama setahun saya berehat untuk kembali pulih sepenuhnya dan selepas itu barulah saya teruskan minat membaiki motosikal biarpun pergerakan sudah tidak lincah seperti dulu,” kata anak sulung daripada lima beradik itu.
Pergerakan Terhad, Mahu Berdikari
Mohamad Zulkarnain berkata, keadaan fizikalnya ketika ini mengehadkan pergerakannya dan dia juga tidak boleh duduk atas kerusi roda melebihi dua jam kerana perut akan senak dan sakit.
Apabila dia mahu membaiki motosikal pelanggan, keluarganya akan menolak katil ke depan rumah dan di situ Mohamad Zulkarnain membaiki motosikal dari atas katil itu.
Ads
Malah katil itu sahaja satu-satunya tempat tidur yang pemuda itu ada.
“Saya lebih selesa buat kerja dengan cara berbaring, kalau duduk di kerusi roda agak sukar sedikit. Saya tetap mahu jadi mekanik kerana minat selain tidak mahu kemahiran yang ada terkubur begitu saja.
“Selain itu, saya mahu berdikari serta tidak mahu duduk saja kerana bosan juga dan ini membantu emosi kerana saya buat kerja yang disukai, malah rasa lebih sihat daripada terbaring saja,” katanya.
Kongsi Ilmu Mekanik Dengan Adik
Bercerita lanjut, Mohamad Zulkarnain berkata, adiknya Mohamad Hazarul Nizam akan membantu dia membuka bahagian motosikal untuk dibaiki, memasangnya semula dan menukar tayar, rantai dan minyak hitam.
Ads
Sementara dia pula hanya membaiki enjin serta berkongsi ilmu pembaikan dengan adiknya.
“Sebelum enjin atau bahagian motosikal dibawa ke katil, ia akan dibersihkan sedikit dahulu supaya tidak terlalu kotor. Banyak kerja akan dibantu adik dan dia ibarat kaki dan tangan saya.
“Untuk bahagian yang tidak dapat dibuka, saya akan sengetkan sedikit badan tetapi pergerakan memang terbatas dan ada bahagian yang tidak dapat dicapai dengan tangan,” katanya yang juga penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.
Impian Bina Bengkel Sempurna
Katanya, tempoh membaiki motosikal tidak tentu kerana bergantung kerosakan, namun dia mengakui masa yang diambil mungkin lebih sedikit disebabkan keadaannya, namun situasi itu difahami pelanggan.
Dia turut menyimpan impian untuk membina bengkel yang lebih sempurna di tepi rumah dengan sokongan ibu bapa, Mustafa Hamid, 53, dan Zarina Ahmad, 47.
Ads
“Tak banyak motosikal yang dibaiki. Adalah sebuah atau dua saja untuk sebulan kerana kami tinggal di kampung dan di sini juga ada bengkel lain.
“Tetapi bersyukur juga ada kawan dan orang kampung sudi hantar motosikal mereka kepada kami dan saya tetap gembira dengan rezeki ini biarpun pendapatan tidak seberapa,” katanya.
Orang ramai yang mahu mendapatkan khidmat Mohamad Zulkarnain boleh menghubungi talian 013-8065391.
Mingguan Wanita: Tahniah buat anak muda ini. Meskipun OKU lumpuh separuh badan tetap berusaha gigih mencari rezeki dan berdikari mencari sumber pendapatan, walaupun hanya bekerja sambil berbaring dari atas katil. Semoga menjadi inspirasi buat kita.
Kematangan dalam diri bukanlah hanya dinilai semata-mata dari segi peringkat umur seseorang. Umur yang meningkat atau ‘lebih makan garam’ bukanlah tanda diri seseorang itu benar-benar matang dan bertindak tanpa mengikut emosi.Sebenarnya kematangan dalam diri seseorang boleh dilihat bagaimana kita menanganinya.
Tak suka kat sesiapa pun kita takkan post apa-apa di media sosial yang tuju kat dia, yang memerli atau menyindir dia kerana kita tahu bahawa tiada guna untuk memberitahu satu dunia tentang ‘ketidaksukaan’ kita pada insan tersebut. Ini antara kita dan dia sahaja, cukup, tak perlu melibatkan orang lain.
2. Fokus Kehidupan Sendiri
Bila kita matang,
Kita takkan stalk orang yang kita tak suka tu untuk up to date dengan apa yang dibuatnya, untuk mencari kesalahan dan kesilapannya supaya kita boleh menceritakannya pada orang lain dalam bentuk umpatan ataupun fitnah…Kita hanya fokus kepada kehidupan sendiri sahaja.
3. Lebih Banyak Berdiam Diri
Bila kita matang,
Kita lebih banyak berdiam diri apabila kita diumpat, difitnah, diperli dan disindir. Tiada guna untuk menjelaskan kepada mereka akan perkara yang sebenar kerana hakikatnya mereka tetap tidak akan boleh menerima penjelasan kita.
4. Tak Cepat Melenting
Bila kita matang,
Kita tidak akan cepat melenting dan terkesan dengan perbuatan-perbuatan mereka yang kurang senang dengan kehidupan kita kerana kita tahu yang sebenarnya kehidupan kita adalah jauh lebih baik lagi daripada mereka dan kita dah selangkah di depan mereka.
Kita adalah “role model” mereka kerana mereka selalu menjadikan kita sebagai fokus utama dalam kehidupan seharian mereka.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya, kita benar-benar matang apabila dapat memenuhi semua ciri-ciri seperti yang dikongsikan ini. Tak perlu berkongsi semuanya di media sosial, banyakkan bersabar, berdiam diri, tak mudah melenting dan paling penting hanya fokus pada kehidupan sendiri.
Akhirnya Hati DJ Lin Terbuka Tutup Aurat. Wanita kuat dan figura yang dikagumi ramai wanita di luar sana, DJ Lin kini sudah mengenakan hijab.
Ibu tunggal yang juga pemilik nama sebenar, Roslinda Abd Majid yang juga Pengurus Besar Suria FM menyatakan perubahan yan dilakukan dalam penampilan terbarunya sebenarnya sudah lama di rancang.
Kebetulan selepas pulang dari Mekah baru-baru ini, dia mengambil kesempatan untuk terus berhijab dan istiqamah. Untuk rekod ia adalah kali ketiga Lin mengerjakan umrah selepas 2012.
Akhirnya Hati DJ Lin Terbuka Tutup Aurat
Terangnya lagi dia sangat bersyukur kerana Allah SWT telah membuka hatinya untuk mengenakan tudung.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana akhirnya hati terbuka untuk menutup aurat sepenuhnya kerana memang sudah lama saya merancang untuk bertudung.
“Waktu di Makkah dan Madinah, saya memang pakai tudung labuh dan ada masanya berniqab di Tanah Suci.
“Saya percaya ia petanda yang baik kerana hati berasa tenang dan damai sepanjang di sana hingga saya sudah pasang niat untuk bertudung sebaik saja kembali ke tanah air,” katanya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Kehilangan Ibu & Abang Beri Keinsafan
DJ Lin yang ayu bertudung turut memberitahu dia berasa sedih apabila mengenangkan pemergian ibu tercinta dan abang kandung. Arwah ibu Puteh Jantan meninggal dunia tahun lalu dan abangnya, Mohd Yusof Abdul Majid tahun ini.
“Sepanjang tempoh 23 tahun saya menghambakan diri dalam bidang radio, arwah mak pernah cakap, fokus saya nombor satu pada kerja dan keluarga pula jatuh nombor dua.
“Bila orang lain pulang ke kampung, saya pula sibuk bekerja di pejabat kerana sayang sangat dengan Suria FM yang dianggap seperti ‘baby’ saya ini.
“Bila arwah mak dan abang meninggal dunia, baru saya sedar adakah saya terlalu mengejar urusan dunia dan hal keduniaan? Sampai masanya, saya seimbangkan urusan dunia dan akhirat sekarang, sambungnya.
UiTM Uni-Spa sediakan peluang tambah pendapatan pelajar. Sebagai pelajar kadangkala kita tidak hanya mahu bergantung kepada ibu bapa dan juga wang pinjaman pendidikan. Ada kalanya rasa tanggungjawab menjadikan seorang pelajar itu mahu berdikari dengan menjana pendapatan sendiri tanpa mengganggu jadual pembelajar di universiti.
Pelbagai program telah dibangunkan bagi menggalakkan para pelajar menjana pendapatan sambil belajar. Walaupun fokus utama mereka adalah belajar, namun dalam masa yang sama mereka boleh mengambil peluang dengan menjalankan aktiviti perniagaan bagi menampung kos sara hidup di kampus.
UiTM Uni-Spa Sediakan Peluang Tambah Pendapatan Pelajar
Dek kerana itu juga UiTM Uni-Spa di bawah Program Inkubator mahu membantu para pelajar membina kerjaya usahawan dalam bidang kecantikan dan kesihatan semasa masih menuntut di universiti. Program ini juga menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah pendapatan, sekaligus membantu mereka menampung kos sara hidup sehari-hari.
Bentuk Pelajar Holistik & Seimbang
‘Buah tangan’ terbaharu dalam Program Inkubator Akademi Pembangunan PKS & Keusahawanan Malaysia (MASMED) UiTM dan hasil kolaborasi bersama FMMC Teguh Resources ini antara lain untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah “Entrepreneurial Nation” menjelang 2030, selain membentuk pelajar yang holistik dan seimbang serta mengukuhkan kecenderungan mereka untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya.
Program ini telah dirasmikan oleh Professor Ts. Dr. Salmiah Kasolang, Penolong Naib Canselor (Keusahawanan) MASMED UiTM dan disaksikan oleh barisan Pengurusan Tertinggi MASMED UiTM serta FMMC Teguh Resources.
Antara modul yang disediakan adalah Jatidiri Usahawan Muslim, Model Business Canvas, Pengenalan Industri Kecantikan dan Kesihatan, serta Digital Marketing.
Selain itu, pelajar boleh memilih modul kemahiran seperti Urutan Sukan dan Bekam, Mobile Facial Spa, dan Muslimah Hair Stylish.
Kurangkan Kadar Pengangguran Graduan
Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar dari segi kemahiran dan pendapatan tambahan, tetapi juga kepada komuniti dengan menawarkan rawatan kecantikan dan kesihatan pada harga mampu milik.
Penubuhan inkubator ini dijangka dapat membuka peluang baru kepada pelajar untuk membina kerjaya sendiri, sekaligus mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan. Ini juga akan menyokong perkembangan usahawan muda dan memperkukuh ekonomi tempatan dengan penciptaan peluang pekerjaan.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...