Apabila bertugas dalam bidang kesihatan dan rawatan perubatan, jangan sesekali sambil lewa. Setiap nyawa cukup berharga dan kesan kecuaian boleh mengakibatkan derita sepanjang hayat.
Alhamdullilah akhirnya nasib adik Adeena terbela apabila Mahkamah Tinggi mengarahkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dibayar pampasan RM5.6 juta atas kecuaian perubatan sebuah hospital kerajaan hingga mengakibatkan mangsa lumpuh.
Lumpuh Akibat Komplikasi Pembedahan
Nur Adeena Mohd Syahmir yang dilahirkan pada 12 Mei 2020 melalui pembedahan Caesarean mengalami kecederaan saraf tunjang berikutan komplikasi pembedahan yang menyebabkannya lumpuh dari leher ke bawah.
Kanak-kanak itu selaku plaintif melalui bapanya menfailkan saman kecuaian perubatan terhadap 19 defendan terdiri daripada kerajaan Malaysia dan 18 pegawai perubatan yang bertugas di sebuah hospital kerajaan.
Akibat kecuaian itu, ketika ini, plaintif bergantung kepada ventilator dan juga dipasang trakeostomi (tebukan pada leher).
Ads
Berdasarkan dokumen diperoleh media, defendan pertama (kerajaan Malaysia) mengakui liabiliti pada 26 Julai 2022 menyebabkan plaintif menarik balik semua tuntutan terhadap defendan kedua hingga ke-19.
Perbicaraan diteruskan untuk penilaian ganti rugi dan berlangsung selama dua hari di mana plaintif memanggil dua saksi iaitu ibu plaintif dan saksi pakar Dr Kavitha manakala defendan pertama memanggil saksi pakar S Mohaneswari.
Pegawai Perubatan Tiada Pengalaman Melakukan Pembedahan
Siasatan mendapati pegawai perubatan yang bertugas tidak mempunyai pengalaman melakukan pembedahan dan ia dilakukan tanpa pengawasan pakar perbidanan dan sakit puan.
Ads
Dalam keputusannya pada Isnin, Hakim Datuk Akhtar Tahir berkata, tiada jumlah wang yang dapat mengurangkan kesakitan dan penderitaan kanak-kanak itu.
“Mahkamah berpandangan bahawa jumlah ganti rugi yang diberikan perlu sebagai pampasan untuk perbelanjaan tambahan yang akan ditanggung oleh penjaga dalam menjaga plaintif yang kurang upaya,” tambahnya.
Jangka Hayat Hanya 23 Tahun
Katanya, mahkamah mempertimbangkan keterangan daripada doktor pakar bahawa kanak-kanak itu berkemungkinan hidup sehingga usia 23 tahun berdasarkan keadaannya.
Mahkamah memutuskan kanak-kanak itu berhak mendapat pampasan yang mencukupi sepanjang hayatnya.
Ads
Dalam penghakiman itu juga, mahkamah juga berpendapat plaintif berumur dua tahun perlu diberi pampasan yang mencukupi untuk menampung baki jangkaan hayatnya 21 tahun lagi.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, nasib adik Adeena terbela.Semoga menjadi pengajaran buat mereka yang terlibat dalam bidang perubatan, supaya jangan ambil mudah urusan nyawa.
Baru-baru ini, pasangan suami isteri, pelakon dan usahawan Fizo Omar, 34 dan Mawar Abdul Karim, 30 sedang diuji berhadapan dengan konflik rumah tangga. Ramai yang tertanya-tanya puncanya dan pelbagai pula spekulasi yang timbul melibatkan pasangan ini. Ramai yang mengharapkan agar Fizo dan Mawar mempertahankan perkahwinan mereka. Lebih-lebih lagi setelah menunggu 4 tahun kelahiran anak comel tersayang, Wan Maryam 2, tahun.
Setelah sekian lama berdiam diri, Mawar ada membuat luahan atas situasi rumahtangganya yang sedang berlaku. Sekaligus memberi penjelasan yang menjadi persoalan ramai.
Berikut perkongsian tersebut;
“Pertama kali saya ingin meminta maaf jika penulisan saya ada mana-mana pihak terguris hati. Sebelum ini saya tidak pernah menggunakan media social satu platform untuk saya meluah kan perasaan,mencerita terutama kisah peribadi saya. Banyak pihak saya perlu jaga juga berhati-hati.Sebelum ini saya hanya kongsi kegembiraan,kerjaya,kerana kehidupan adalah satu ‘peribadi’ untuk saya cerita.
“Setiap apa jua berlaku pasti ada hikmah, sudah tentu saya perlu muhasabah diri dekatkan diri dengan Allah. Allah menguji kita pasti ada sebab-Nya. Kita tidak perlu asyik nampak kesalahan orang atau pasangan sahaja. Diri kita belum cukup sempurna.”
Komunikasi Suami Isteri Sangat Penting
“Di sini bagi saya sebaiknya setiap masalah dihadapi oleh pasangan biar la ‘hanya suami isteri’ dan jika tidak seeloknya hanya libatkan kedua orang tua kita sahaja. Jika ada pihak lain campur tangan perhubungan akan menjadi lain. Komunikasi antara suami isteri sangat penting kerana setiap apa yang berlaku sebelum atau kehadapan ‘tiada tanggapan negative terhadap pasangan kita. Bila kurangnya komunikasi ‘benda kecil’ pun akan menjadi besar.
“Hanya saya & fizo saja tahu, rasa apa yg kami lalui sekarang ni. Diharapkan semua pihak jangan buat apa-apa spekulasi mengenai rumah tangga kami.”
Berikan Terbaik Buat Maryam
“Apabila setiap pasangan dikurniakan zuriat, peganglah amanah,didik sebaik mungkin, hargai la setiap kurniaan kita di depan mata selagi ada. Kehidupan kita jugak akan berubah 360 darjah jika Allah memberi amanah rezeki ‘Anak’ untuk kita. Banyak benda kita perlu ‘korban’ demi anak dan tak semua ibu bapa sanggup berkorban demi anak. Mungkin kita kadang-kadang terlepas pandang banyak perkara sebelum ini. Insyaallah saya dan fizo sentiasa memberi kan yang terbaik buat Maryam”.
“Benar,semua mengimpikan kebahagian, mempunyai keluarga ‘kehidupan sendiri’ dalam perkahwinan, impikan kebahagiaan dunia akhirat serta mendapat barokah. Semua pasangan sebaiknya nak pertahankan perkahwinan masing-masing.”
“Mungkin ini ujian berat untuk saya dan Fizo hadapi. Setiap kesulitan pasti ada jalan dari Allah. Pertemuan,Jodoh,ajal,maut semua di tangan Tuhan”
“Semoga Allah memberi kami jalan yang terbaik. Insyaallah. Terima kasih kalian yang mendoakan yang terbaik buat saya,Fizo dan amanah kami ‘Maryam’. Hanya Allah saja membalas jasa kalian.
MW: Asam garam dalam rumahtangga, pasti wujudnya perselisihan faham diantara pasangan suami isteri. Namun paling penting, selagi ada rasa cinta berusahalah mempertahankannya dan menangani badai yang melanda dengan sebaik-baiknya. Kita doakan sahaja yang baik-baik buat mereka.
Wanita kena bijak menabung, Ayda Jebat nasihat jangan terlalu boros ketika berbelanja. Benarlah apa yang dipesan oleh selebriti popular berbadan genit Ayda Jebat.
Ungkapnya sejak dari awal terlibat dalam bidang seni dirinya sentiasa beringat untuk menyimpan wang atau menabung untuk masa depan.
Wanita Kena Bijak Menabung, Ayda Jebat Nasihat Jangan terlalu Boros
Pelakon dan penyanyi yang kini sudah bergelar ibu kepada cahaya mata sulungnya, Ana Nayla juga turut akui kini dia boleh membeli apa yang diinginkan hasil dari duit simpan ketika aktif berlakon.
Dek kerana itu juga dia juga menyeru golongan selebriti agar tidak terlalu boros ketika berbelanja. Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Ayda menerapkan dalam diri untuk menabung demi masa depan.
“Wang simpanan saya tidaklah terlalu banyak, tapi saya memang menyimpan sejak terbabit dalam dunia seni.
“Saya selalu terapkan dalam diri untuk membuat simpanan pada masa mendatang.
“Jadi setiap bayaran projek yang diterima saya akan menyimpan dan selalu beringat untuk tidak terlalu boros,” ungkap Ayda yang sebelum ini pernah menghadiahkan sebuah rumah untuk ibunya.
Bayaran Hasil Lakonan Tidaklah Terlalu Tinggi
Akuinya lagi bayaran yang diterim sebagai seorang pelakon tidaklah banyak berbanding menjayakan penggambaran produk aatu kempen di media sosial namun dirinya sentiasa beringat.
“Sebenarnya bayaran yang diterima daripada hasil lakonan tidaklah terlalu tinggi jika nak dibandingkan dengan projek penggambaran untuk produk atau kampen media sosial yang saya buat sekarang.
“Dulu masa berlakon saya perlu keluar duit banyak sebab hampir setiap hari keluar bekerja.
“Sekarang ni saya boleh melakukan kerja di rumah atau mengikut kesesuaian saya dan pelanggan,” akhirinya.
Jika mak-mak nak buat kelainan air untuk berbuka puasa nanti, boleh lah cuba resipi ‘Air Falooda’ ini. Menurut perkongsian Puan Nur Baiti yang kini tinggal di United Kingdom, Air Falooda ini cukup terkenal di sebuah kedai di Manchester, United Kingdom.
Berikut antara perkongsian beliau;
Pernah minum air ni kat sebuah kedai Arab di Manchester.Maka saya pun gugel cara-cara nak buat.memang rasa sama macam dekat kedai tu.
Boleh buat untuk berbuka puasa.Sebenarnya saya buat takde sukatan pun, agak-agak je.Lagi banyak bahan lagi sedap.Ni contoh sukatan dalam 1 cup mcm post saya dalam gambar tu.
Air Falooda
Bahan-Bahan :
1 sudu kecil sirap
2 sudu besar Agar-agar sirap yang dipotong nipis
2 sudu besar Cendol ( yang hijau tu )
2 sudu besar biji Selasih
2 sudu besar Ais krim vanila
Susu Segar ( isi sehingga hampir penuh )
2 sudu besar susu cair * pilihan
Air gula ikut kemahuan masing-masing
*** boleh jugak tambah kiub ais kalau nak lagi sejuk ***
Cara Membuat :
1. Masukkan sirap, agar-agar, cendol, biji selasih dan aiskrim vanila.
2. Kemudian, masukkan pula susu segar, susu cair diikuti air gula.
Nota :
Susu Segar boleh juga disejuk bekukan terlebih dahulu untuk mendapatkan rasa lebih sejuk
Selamat berpuasa semua, kami berpuasa 18 jam di sini.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.