Lulur magic ni senang je nak buat, guna beras pulut yang disangai. Modal murah sangat, rajin dengan tak rajin je nak buat. Memang puas hati hasilnya, daki-daki degil tu memang hilang lepas tonyoh dengan lulur ni.
Ini petua orang lama yang diamalkan oleh Puan Rosnina Bakri, patutlah kulit dia putih mulus je. Buat dua kali seminggu, amalkan. Jangan malas kalau nak cantik, memang kena disiplin. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
1 cawan beras pulut
Sedikit gel mandian
Sedikit air
Cara Membuat:
1-Sangai beras pulut satu cawan dalam 5-10 minit macam tu, api perlahan ye. Jangan sampai hangit, agak-agak kekuningan tutup api. Sangai tu maksudnya goreng tanpa minyak ye. Lepas dah siap sangai, biarkan sejuk.
2-Tumbuk atau blender kering kasar, jangan halus sangat.
3-Masa mandi ambil beras pulut kisar tu letak dalam mangkuk. Campurkan gel mandian. Sukatan 1:1. Tambahkan sedikit air. Dah jadi skrub alami.
4- Basahkan badan, lepas tu sental badan dengan lulur beras pulut. Sambil-sambil tu urut bahagian badan yang sakit sekali. Sental perlahan je ye jangan kuat sangat takut kulit cedera.
5-Biarkan 5-10 minit , lepas tu, bilas badan sampai bersih. Kulit terus rasa lembut dan halus je lepas tu.
Baca sini
https://www.mingguanwanita.my/lulur-kunyit-hidup-petua-bidan-orang-asli-hilangkan-lemah-badan/
https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
Kebaikan Lulur Magic
1-Mencerahkan kulit
2-Menanggalkan sel kulit mati
3-Melembutkan kulit
4-Melambatkan penuaan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI