Daripada Allah kita datang, kepada-Nya jua kita kembali. Sesungguhnya pemergian insan tersayang di saat kita amat memerlukan amat memedihkan, apatah lagi permergiannya secara tiba-tiba.
Namun sebagai hambanya kita harus akur. Luluh hati suami apabila mengetahui rupanya isteri sendiri terlibat dalam Kemalangan, arwah turut tinggalkan anak yang masih kecil berusia tujuh bulan.
Betapa luluh hati seorang lelaki ketika terpandang tubuh yang terbujur kaku dalam kemalangan yang kebetulan disaksikannya dalam hujan lebat rupanya adalah mayat isteri sendiri dalam kejadian di Jalan Sungai Ular, Kulim, Kedah, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, suami mangsa yang kebetulan lalu di tempat kejadian terus meluru ke arah mayat Nur Almass Zasmi, 23, lalu memeluknya sambil menangis dengan diiringi hujan lebat, ketika itu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, mangsa merupakan orang kelainan upaya (OKU) bisu dan bekerja sebagai operator kilang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss sebelum terlibat kemalangan dengan sebuah treler.
“Melalui siasatan awal, kita mendapati mangsa dari arah Serdang ke Sungai Ular, manakala pemandu treler dari arah Sungai Ular ke Serdang.
“Ketika tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang wanita tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu masuk ke bawah treler sebelum digilis tayar belakang kenderaan berkenaan,” katanya.
Baca Juga Di Sini:
Suami Isteri Kemalangan Maut, Tiga Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata!
Fedtri Yahya Terlibat Kemalangan, Isteri Minta Doakan Kesembuhan Suami
Isteri Meninggal Dalam Kemalangan, Suami Hanya Mampu Pangku Buat Kali Terakhir
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Difahamkan, pasangan yang masing-masing merupakan OKU bisu itu bernikah pada 8 Disember 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang baru sahaja berusia tujuh bulan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
MW: Semoga suami mangsa tabah menjalani ujian ini dan diberi kekuatan untuk membesarkan anaknya yang masih kecil. Sangat besar ujian yang dilaluinya. Al-Fatihah.
Sumber: Sinar Harian