Luluh Hati Cikgu, Anak Murid Kemalangan Selepas Beli Buku Sekolah!

Share

Sungguh malang tidak berbau. Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi mak ayah membuat persiapan dan membeli keperluan buku-buku sebelum anak-anak kembali ke sekolah pada minggu hadapan.Tragedi musibah kemalangan jalanraya melibatkan anak murid sendiri memang cukup meruntun jiwa bagi seorang guru.

Menurut perkongsian daripada Cikgu Nadia Ahmad, anak muridnya yang baru berusia 6 tahun telah kemalangan bersama ayahnya selepas selesai membeli buku sekolah dan mengalami keretakan tempurung kepala serta patah tulang rusuk.

Simpati membaca luahan yang dikongsikan cikgu ini.

Luluh hati cikgu tak tahu nak cakap. Menggelatar jari jemari dan ada video yang cikgu terima rasa tak sampai hati nak tengok. Muhd Syakir anak murid cikgu kemalangan bersama ayahnya ketika pulang dari sekolah setelah selesai membeli buku abang-abangnya.

Muhd Syakir 6 tahun kini koma dan sedang dirawat di ICU Hospital Alor Setar, difahamkan mengalami keretakan tempurung kepala dan patah tulang rusuk.

Anak murid cikgu yang sangat manja, tiap-tiap hari lepas kelas akan peluk dan cium pipi cikgu. Terngiang-ngiang nak suara kamu.. seolah-olah sedang berlari-lari bercakap-cakap dengan cikgu.

Muhd Syakir yang kuat semangat. Bangun ya, nak. Jangan tidur lama-lama Cikgu tunggu kamu dan akan selalu doakan kamu. Bangun ya nak..

Cikgu tahu kamu kuat, teruskan berjuang wahai anak yang hebat. Abah, ibu, Cikgu, mak ngah Emillia Ihakishak, kawan2 semua tunggu kamu. Semua orang sayang kamu.

Ya, Allah..
Lindungi dan rahmati keluarga ini. Baik budi abahnya, sangat dikenali dengan sikap yang selalu merendah diri, ucapan terima kasih dan senyuman yang tak pernah lekang dibibir.

Bagi sesiapa yang terbaca posting cikgu, yang nak menderma seikhlas hati boleh terus hulurkan sumbangan kalian bagi meringankan beban keluarga ini.

Maybank
152050280460
Mohd Khairul Nizam (Abah Muhd Syakir)

Update terkini, adik Muhd Shakir dah sedar.

Terima kasih semua yang mendoakan. Alhamdulillah syukur ya, Allah.

Ramai yang bertanya tentang adik Shakir. Cikgu mewakili keluarga ini menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga dari pihak Encik Mohd Khairul Nizam buat semua di atas jutaan doa yang telah dititipkan.

Gambar : Keadaan adik Muhd Shakir kelmarin. Masih dirawat di Unit Rawatan Rapi ICU Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Hanya ibu dan abahnya sahaja dibenarkan masuk melawat.

Mesti Baca:Isu Kedai Buku Sekolah ‘Kaut Untung’, Senaraikan BUKU WAJIB, Bantu Mak Ayah, Tak Membazir!

Baca Lagi Di Sini: Ajarlah Anak Jaga Elok Buku Teks Sekolah, Pahalanya Mengalir Sampai Ke Murid Lain

Mingguan Wanita: Sayu hati dengan luahan kasih sayang cikgu pada anak muridnya ini. Semoga adik shakir diberikan kesembuhan, cepat sihat dan boleh kembali ke sekolah minggu depan.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber: Nadia Ahmad

Published by
Suhaidah Abd Wahab