Berita

‘Luluh hati bila dapat tahu anak, menantu dan cucu-cucu terkorban’

Share

Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat mayat anak, menantu dan tiga cucunya yang sudah terbaring kaku di tempat kejadian.

Itulah dugaan yang dilalui oleh Semek Muda, 62 tahun, ibu kepada Rahimah Awang Muda, 38, yang maut bersama suami dan tiga anak dalam nahas dua kenderaan di Jalan Nenasi-Rompin berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi di sini pada Sabtu.

 

“Awalnya saya hanya diberitahu mereka terlibat kemalangan namun bila datang ke lokasi, luluh hati bila dapat tahu semua terkorban, kata Semek Muda, 62, ibu kepada Rahimah Awang Muda, 38, yang maut bersama suami dan tiga anak dalam nahas dua kenderaan di Jalan Nenasi-Rompin berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi.

Tambah Semek lagi, lemah seluruh tubuhnya apabila melihat mayat anak, menantu dan tiga cucunya yang sudah terbaring kaku di tempat kejadian.

Lima Beranak Rapat

Lima beranak yang maut dalam nahas ngeri di Rompin dikatakan begitu rapat dan tidak berenggang ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi salah seorang ahli keluarga mereka di Kampung Sepauk di sini sebelum kejadian.

Mereka yang maut ialah Hamzah Zahari, 52; isteri, Rahimah Awang Muda, 38, dan tiga anak Ainul Mardhiyah, 10, Muhammad Luqman Nur Hakim, 8, dan Muhammad Lutfi, 4.

Memetik laporan Kosmo, sepupu Rahimah, Azlina Alias, 42, berkata, mereka kelihatan seolah-olah menghabiskan masa di dunia bersama buat kali terakhir.

“Saya suka lihat mereka ketika makan kerana baik sungguh, duduk rapat-rapat bersama. Saya terkejut dengan kejadian itu ke­rana mereka tidak menunjukkan apa-apa perubahan langsung”- Azlina Alias

“Kami rapat kerana sering berjumpa kerana rumah saya berdekatan dengan kediaman ibu Rahimah. Dia selalu singgah di situ selepas menghantar anak-anaknya ke sekolah,” katanya yang menyifatkan arwah sangat baik.

Pertemuan Terakhir

Ibu Rahimah, Semek Muda, 62, berkata, dia tidak menyangka majlis sambutan hari jadi cucunya di rumahnya menjadi pertemuan terakhir mereka.

“Sehari sebelum kejadian, kami berkumpul untuk sambut hari jadi anak saudara Rahimah. Arwah baik dan ceria serta sering berhubung dengan saya. Tak sangka mereka pergi dahulu tetapi saya reda,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Nenasi Pantai.

Abang Rahimah, Mohd. Yusof, 41, berkata, kehilangan adiknya begitu dirasai kerana dia rapat dengan anak-anak Allahyarham.

“Semalam (kelmarin), saya sempat menggosok-gosok kepala dua anak lelaki dan mereka sepatutnya tidur di rumah saya malam tadi (semalam),” katanya.

Follow kami di Facebook Website , Instagram, YouTube , Twitter Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

 

 

Published by
Rosmah Idayu