Hiburan

Lukisan Tragedi Berdarah Di New Zealand Ini, Dari Luahan Hati Anak Aaron Aziz

Share

Bayangkan anak perempuan seusia 9 tahun ini memahami apa yang terjadi kepada saudara Muslim di Christchurch, New Zealand.

Lukisan berdarah dengan nota, “Terrorism has no religion or nationality.” (Keganasan tidak ada agama atau warganegara) ini mengundang kejutan buat si ayah, pelakon terkenal Aaron Aziz, 43.

Sama sekali tak menyangka anaknya itu, Dahlia Arissa, 9 mampu meluahkan emosinya terhadap serangan masjid di Christchurch, New Zealand dalam bentuk lukisan.

Lihat apa yang Dahlia lukis. Saya tidak ingat sama ada mampu melukis sesuatu yang sedih pada usia seperti dia.”

 

Apa Yang Terjadi Pada Dunia Hari Ini

Hati bapa ini ‘pecah’ apabila menatap lakaran anaknya.

Sungguh terharu melihat kanak-kanak melakar lukisan sedih sebegini. Apa yang berlaku kepada dunia hari ini

?”

Doanya semoga para syuhada diletakkan di tempat yang paling tinggi dalam syurga Allah.

Keganasan melampau yang berlaku lewat 15 Mac lalu, mengorbankan sejumlah 50 orang jemaah solat jumaat dan mencederakan 20 orang yang lain.

 

 

Semoga mangsa yang tercedera ini dapat kembali pulih dengan segera, dan ahli keluarga mangsa dapat menjalani kehidupan mereka dengan tenang dan dipermudahkanNya.

Bantulah! Keluarga Mangsa

Buat pembaca yang mahu menghulurkan sumbangan pada keluarga mangsa, salurkan ke tabung kecemasan #Sinar4NZ49Martyrs

MBB : 564276529068
SINAR KARANGKRAF SDN BHD

  • Slip/tanda sumbangan, sila whtasapp ke talian : 013 312 4164

 

Sumber/Foto : Aarondwiaziz

Published by
Netty Ah Hiyer