Lukisan ini bernilai USD2- 75 juta, mak jangan marah anak conteng dinding. Mana tahu jadi seperti Cy Twombly. Kalau tak jadi singa, mak-mak jadi harimau setiap kali melihat anak membuat lukisan mural di dinding rumah.
Elok-elok dinding bersih, saat anak mula menconteng, tak hanya mulut, tangan pasti bergerak sama. Tapi rasanya selepas melihat lukisan artis paling terkenal di Amerika abad ke 20 ini, Cy Twombly dan nilaian seninya itu bernilai di antara USD2 ke USD75 juta, pasti mak-mak akan mengendur rasa marah. Dalam hati mungkin berdoa agar suatu hari nanti anak boleh menjadi artis seperti lelaki hebat ini.
Nampak seperti contengan biasa-biasa saja tapi beginilah penghasilan karya Cy Twombly yang mencecah jutaan dalam dollar amerika. Pendek kata bagi orang seni membeli karya seninya satu kepuasan yang amat sangat ditambah namanya yang sangat terkenal tapi bagi kita yang tidak arif tentang seni, mungkin akan berfikir contengan semudah itu, lima minit conteng pun boleh siap.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Anak Conteng Dinding, Simpan Suara Petir Tu, Magic Sponge RM2.10 Ini Buat Mak Tenang
Doktor Kongsi Pengalaman Seram, Muncul Tulisan Misteri Di Dinding Rumah Sewa
Pelukis Mural Gergasi Pemimpin KECEWA Karya Seni Tak DIHARGAI, Turut Diconteng Kata KESAT
Mesti mak-mak nak tahu siapa Cy Twombly di sebalik lukisan contengan yang bernilai jutaan dollar Amerika ini?
Artis ini dilahirkan pada tahun 1928. Dia merupakan antara artis terkenal Amerika tetapi masa yang sama antara yang paling kontroversi. Jadi para pengkritik di seluruh dunia sentiasa bercakap mengenai seninya dan mencari makna dalam kerjanya sedangkan rakyat biasa benar-benar membenci kerana gambar-gambarnya dijual pada harga yang sangat tak masuk akal.
Selama 4 tahun membuat kajian tentang seni, Cy Twombly akhirnya memilih seni abstrak sebagai karya utama. Di tahun 50-an, lukisannya abad ke-20nya dipamerkan dan serta merta namanya menjadi masyhur.
Pada tahun 1957 artis ini berpindah ke Rom, berkahwin dan mempunyai anak dan antara karya seni yang mendapat tempat ialah “Leda dan Swan” yang dihasilka pada 1962 iaitu lukisan mitos dan lagenda.
Banyak lukisannya menonjolkan seni komtemporari dan dalam hidupnya Cy Twombly pernah menerima Premium Imperial Jepun, analog dari Nobel dalam karya seni halus dan banyak lagi. Dirinya mati pada 2011 akibat kanser.
Antara lukisan paling terkenalnya ialah “Untitled” yang disiapkan pada 1970 dan nilainya mencecah USD 70.5 juta dollar. Ada juga “Apollo”, “Four Seasons”, “Rose” dan lain lagi.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.