Luka Melecur Sebab ‘Nugget’ Ayam Terlalu Panas, Dapat Ganti Rugi RM3.6 Juta!

Share

Siapa sangka kecederaan luka melecur di restoran boleh mendapat pampasan dan ganti rugi dalam jumlah yang besar.

Sebuah keluarga menerima sebanyak AS$800,000 (RM3.6 juta) selepas panel juri di Florida menganugerahkan ganti rugi tersebut kerana isu ‘nugget’ ayam, lapor portal berita Street77.com hari ini.

Tuntutan undang-undang itu dikemukakan terhadap sebuah syarikat makanan segera dan francaisnya, selepas seorang kanak-kanak mengalami luka melecur akibat makan nugget ayam yang didakwa terlalu panas.

Restoran Gagal Memberi Peringatan

Pada Mei lalu, juri memutuskan bahawa restoran tersebut dan pemilik francais itu bertanggungjawab kerana gagal memberi peringatan atau memberikan arahan wajar tentang kemungkinan bahaya nugget panas yang disajikan di restoran berkenaan di Tamarac.

Pada Khamis lalu, panel juri bersetuju memberikan ganti rugi itu kepada keluarga tersebut untuk rasa sakit dan penderitaan, cacat, penderitaan mental, ketidakselesaan dan kehilangan keriangan untuk menikmati hidup.

Ganti Rugi Kecederaan

Ganti rugi itu turut meliputi AS$400,000 (RM1.83 juta) bagi cedera yang dialami di masa lalu dan AS$400,000 untuk kerugian yang akan dialami pada masa depan.

Dalam satu kenyataan, peguam keluarga itu berkata: “Keputusan penting ini menyebabkan pengakhiran bermakna kepada proses undang-undang yang sukar dan berlarutan”.

Mesti Baca:Teman Wanita Curang, Lelaki Dapat Ganti Rugi ‘Dana Insurans Patah Hati' RM1,354
Baca Lagi Di Sini:Wang Dalam Bank Lesap Dicuri Anak Ketika Terlantar Sakit, Wanita Dapat Ganti Rugi RM27 Juta!
Artikel Menarik:Biadap Atas Rezeki, Wanita Koyak RM100 Lepas Dibayar Ganti Rugi Kereta Tercalar Di R&R

Mingguan Wanita: Tak sangka sebab nugget ayam terlalu panas dan mengakibatkan luka melecur, boleh mendapat pampasan dan ganti rugi yang tinggi.

Sumber:Kosmo

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab