Siapa sangka kecederaan luka melecur di restoran boleh mendapat pampasan dan ganti rugi dalam jumlah yang besar.
Sebuah keluarga menerima sebanyak AS$800,000 (RM3.6 juta) selepas panel juri di Florida menganugerahkan ganti rugi tersebut kerana isu ‘nugget’ ayam, lapor portal berita Street77.com hari ini.
Tuntutan undang-undang itu dikemukakan terhadap sebuah syarikat makanan segera dan francaisnya, selepas seorang kanak-kanak mengalami luka melecur akibat makan nugget ayam yang didakwa terlalu panas.
Restoran Gagal Memberi Peringatan
Pada Mei lalu, juri memutuskan bahawa restoran tersebut dan pemilik francais itu bertanggungjawab kerana gagal memberi peringatan atau memberikan arahan wajar tentang kemungkinan bahaya nugget panas yang disajikan di restoran berkenaan di Tamarac.
Ads
Pada Khamis lalu, panel juri bersetuju memberikan ganti rugi itu kepada keluarga tersebut untuk rasa sakit dan penderitaan, cacat, penderitaan mental, ketidakselesaan dan kehilangan keriangan untuk menikmati hidup.
Ganti Rugi Kecederaan
Ads
Ganti rugi itu turut meliputi AS$400,000 (RM1.83 juta) bagi cedera yang dialami di masa lalu dan AS$400,000 untuk kerugian yang akan dialami pada masa depan.
Dalam satu kenyataan, peguam keluarga itu berkata: “Keputusan penting ini menyebabkan pengakhiran bermakna kepada proses undang-undang yang sukar dan berlarutan”.
Ads
Mesti Baca:Teman Wanita Curang, Lelaki Dapat Ganti Rugi ‘Dana Insurans Patah Hati' RM1,354
Baca Lagi Di Sini:Wang Dalam Bank Lesap Dicuri Anak Ketika Terlantar Sakit, Wanita Dapat Ganti Rugi RM27 Juta!
Artikel Menarik:Biadap Atas Rezeki, Wanita Koyak RM100 Lepas Dibayar Ganti Rugi Kereta Tercalar Di R&R
Mingguan Wanita: Tak sangka sebab nugget ayam terlalu panas dan mengakibatkan luka melecur, boleh mendapat pampasan dan ganti rugi yang tinggi.
Malam kemuncak Nona Superhero Award 2023 yang bertemakan James Bond 007 telah berlangsung dengan jayanya di mana Nadir Al-Nuri telah dinobatkan sebagai penerima anugerah utama di majlis makan malam pengiktirafan Nona Superhero Award 2023.
Aktivis kemanusiaan Malaysia yang menetap di Semenanjung Gaza, Palestin sejak 2013 itu merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif kepada pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali Persatuan Cinta Gaza Malaysia.
Majlis anugerah yang diadakan oleh majalah Nona buat kali kedua ini menyaksikan 18 individu ikonik yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan kerjaya serta mencetus revolusi Malaysia sepanjang tahun 2023. Majlis berprestij itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu YAM Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin YAM Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj dan Yang Berbahagia Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP).
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Syamil Fahim berkata, “Majlis Nona Superhero Award 2023 ini menjadi satu platform penting untuk menghargai individu ikonik yang telah mencetus revolusi dalam pelbagai bidang dan menyumbang kepada pembangunan negara.
Menurut Kiffy Razak, Head of Business Woman Segment, “Sepanjang 37 tahun di pasaran, kami di Majalah Nona terpanggil untuk menghargai golongan lelaki hebat yang berpengaruh dan menjadi wira sebenar sepanjang menempuhi tahun 2023. Meskipun berdepan pelbagai cabaran, namun mampu bertahan dengan semangat yang kuat serta menyuntik inspirasi kepada pengikut masing-masing. Tahniah buat barisan lelaki unggul yang diiktiraf dalam Nona Superhero Award 2023!”
SENARAI ANUGERAH NONA SUPERHERO 2023
ANUGERAH
PENERIMA
1
Nona Superhero Award
Nadir Al-Nuri
2
Nona Men’s Motivator Award
Prof Dato’ Dr Noordin Darus
3
Nona Men’s Fashion Brand Award
Datuk Radzuan Radziwill
4
Nona Men’s Legend Award
Anuar Zain
5
Nona Men’s Active Award
Mohd Al Jufferi Jamari
6
Nona Men’s Inspiring Award
Boss James
7
Nona Men’s Celebrity Business Award
Nubhan Ahamad
8
Nona Best F&B Business Award
Azrain Mohamad
9
Nona Men’s Style Icon Award
Hun Haqeem
10
Nona Men’s Social MediaInfluencer Award
Ryan Bakery
11
Nona Men’s Paralympic Award
Muhammad Ammar Aiman
12
Nona Best Innovative F&B Business Award
Cef Nazri Jameson
Beard Brothers
13
Nona Best Medispa Award
Dr Abdul Haq Ab Wasa
Estika Medispa
14
Nona Best Future Education Fund Award
Ahmad Dasuki Abdul Majid
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
15
Nona Best Aesthetician Award
Dr Abdullah @ Maliq Alias
Dr Cute International
16
Nona Best Community Dakwah Centre Award
Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof
Murtadha Dakwah Centre (MADAD)
17
Nona Best Hair Service & Product Award
Chez Hamdan
ChezKamya Professional
18
Nona Best Edupreneur Award
Dato’ Dr Kapten Bakhtiar Aliff Ibrahim
Al Kauthar Eduqids
Majlis gilang gemilang itu turut diserikan dengan kemunculan Datuk Seri Vida yang memperagakan aksesori mencecah ratusan ringgit pada malam tersebut. Bertemakan Maleficient Dalam Laut Yang Menakutkan, busana DSV merupakan hasil kreativiti pereka fesyen duo Razman Razmi.
Pada malam ini juga Nu Ideaktiv turut melancarkan aplikasi ‘Content Aggregator’ terbaru di Malaysia, yang dinamakan seeNI. SeeNI adalah aplikasi yang menggabungkan lebih dari 20 penerbit terkemuka seperti NONA, RASA, Remaja, Media Hiburan, Mingguan Wanita,Keluarga, Impiana dan banyak lagi, seiring dengan kecanggihan dunia yang telah meletakkan segala pusat maklumat di hujung jari.
Di seeNI, terdapat pelbagai hidangan konten, dalam pelbagai format yang menarik, daripada artikel, video, sehinggalah ke konten audio yang memenuhi minat anda. Dengan tagline ‘Segalanya di seeNI’ di mana seeNI dilihat sebagai lubuk multigenerasi, seeNI beraspirasi untuk memberikan solusi pintar kepada masyarakat. Dapatkan aplikasi seeNI di App Store dan Google Play Store sekarang atau scan QR code di bawah ini.
Majlis turut diserikan dengan persembahan istimewa dari Azharina, Alif Aziz dan Bella Astilah. Tahniah buat kesemua penerima NONA Superhero Award 2023. Semoga terus gemilang dan mencipta inspirasi buat semua!
Ternyata bukan mudah bergelar barisan hadapan. Pemandu ambulan juga antara barisan hadapan yang berjuang sehingga ke saat ini.
Luah pemandu ambulan, “belum makan lagi, baju pun tak sempat tukar gara-gara tak sempat.”
Rata-rata pemandu ambulan bukan sekadar tahu memandu sahaja, malahan mereka mempunyai pengetahuan asas jika berlaku sesuatu kecemasan.
Wahai pemandu ambulan jagalah diri, kerana anda juga miliki keluarga yang sedang menanti di rumah. Ikuti perkongsian Dr Man Aris ini dan fahami apa yang cuba disampaikan…
Pemandu Ambulan Jagalah Diri!
Pemandu ambulan…
Umumnya semua tahu pemandu ambulan juga adalah frontliner atau petugas kesihatan barisan hadapan kita yang dari mula pandemik sehingga sekarang mereka juga terkesan. Penat. Stres. Cuti beku. Kerja lebih masa. Burnout. Dan sebagainya.
Setiap kes yang melibatkan urusan pengambilan dan penghantaran pesakit sudah pasti akan menggunakan khidmat mereka.
Mereka bukan sahaja terlibat dalam kes Covid, tetapi juga kes bukan Covid seperti sakit jantung, sesak nafas atau panggilan ambulans untuk kemalangan jalan raya.
Belum Makan, Baju Pun Tak Sempat Tukar
Saya bertegur sapa dengan salah seorang pemandu ambulans di hospital kerajaan baru-baru ini, tanya khabar dan sembang-sembang sekejap semasa dia menerima kes kecemasan di klinik kami.
“Penat doktor… hari ini saja sudah lebih 10 kes untuk syif saya saja.. Tak makan lagi ni. Baju ni pun tak tukar. Tak sempat… “
Dengan bajunya yang kelihatan basah mandi peluh dari belakang di sebalik baju PPE yang dipakainya. Saya ucapkan “Jaga diri bro. Stay strong.. “
Mereka ini akan ada membantu petugas kesihatan paling kerap disamping mereka adalah Pembantu Pegawai Perubatan (PPP) yang hadir respon semua panggilan ambulans.
Tugas pemandu ambulans bukan tahu memandu sahaja… tidak. Tidak sama sekali. Mereka juga ada latihan “basic” menyelamatkan nyawa. Mereka juga membantu para medik dalam lapangan.
Mereka juga yang bantu tolak dan angkat pesakit bersama PPP, mereka juga carikan katil untuk pesakit di Jabatan kecemasan dan mereka juga yang akan tolong carikan tong oksigen di Jabatan kecemasan jika sudah penuh…
Kredit foto : freemalaysiatoday.com
Banyak Tugas Mereka
Banyak tugas mereka. Penat mereka lebih kurang sama dengan penat doktor, nurse atau PPP yang lain. Kami bekerja sebagai satu pasukan dalam KKM.
Tetap kuat dan semangat semua pemandu ambulans seluruh Malaysia. The Unsung Hero.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Sejak kisah kanak-kanak 12 tahun, adik Mohd Firdaus Abdullah menjadi viral ramai yang menghulurkan perasaan simpati dan mahu membantunya.
Terdahulu, anak ini dikatakan tinggal sendirian sejak dua minggu yang lalu dalam rumah yang boleh diibaratkan seperti tinggalan longgokan sampah.
Kuasa viral memudahkan urusan membantu anak ini berjalan dengan lancar. Itu yang dimaklumkan sendiri oleh Amiruddin Mohd Daud, 58 atau lebih mesra dengan panggilan, Tok Anjang.
Di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat, Negeri Perak.
Tok Anjanglah, orang pertama yang dihubungi adik Firdaus untuknya meminta bantuan di atas kesusahan hidupnya. Presiden Persatuan Budak Bas Stand Ipoh ini akhirnya membawa kes anak ini ke perhatian pihak kebajikan masyarakat negeri Perak.
Dan semalam, Tok Anjang memaklumkan adik Firdaus akan ditempatkan di rumah anak yatim Darul Salam, Kg Melayu. “Tok kenal baik dengan mudir dan staff itu. Tempat yang selesa dan bagus. Sekolah dekat.”
Luahnya di facebook sambil mengucapkan terima kasih kepada yang membantunya.
Tok Anjang bawa adik Firdaus bertemu pegawai di JKM, Negeri Perak
Ramai Yang Sudi Bantu Adik Firdaus
Tambahnya, dalam masa yang singkat ramai yang menyatakan kesudian untuk membantu. Terdahulu, adik Firdaus mendapat sokongan bantuan dari ARR Bundle, bundle Bus Stop Shah, Hisyam kk yang menaja baju jubah dan sebagainya.
Selain itu, adik Firdaus juga mendapat tajaan bantuan daripada Bro Wahab BigBro, Lias dan isteri, Lucan.
Adik Firdaus pernah tinggal sendirian selama dua minggu di rumah ibarat longgokan sampah.
“Gunting rambut ada yang bayarkan. Beli air bungkus dan goreng pisang dibagi free. Moga Firdaus menjadi orang yang berguna.”
“Terima kasih kepada ramai orang yang berkongsi cerita dan rasa, juga airmata. Banyak hati-hati yang hebat offer untuk bela adik kita ni.”
“Moga Allah pelihara hati-hati kita untuk sentiasa berbaik sangka dan berbakti kepada orang lain.”
Tok Anjang juga memaklumkan yang adik Mohd Firdaus Bin Abdullah ini secara rasminya sudah menjadi anak angkat IPOH BIGBRO.
“Jadi, jangan macam-macam. Hari ini kamu jaga kamu Firdaus, besok kamu tengok-tengokkan anak dan cucu kami.”
Adik Firdaus terima sumbangan pakaian.
Rezeki kanak-kanak 12 tahun tinggal sendirian ini makin murah.