Lufya tuntut mutaah RM1 juta, peguam akui angka tepat. Dr Hafiz terkejut & enggan komen. Ramai tahu kemelut rumahtangga melibatkan Lufya Omar dan bekas suami, Dr Muhammad Hafiz yang sudah bercerai tiga tahun lalu.
Masalah mutaah pasangan ini belum selesai di mana Lufya mengemukakan tuntutan sebanyak RM1 juta. Walau angka ini dilihat tinggi, namun ada kes mutaah melibatkan jumlah RM30 juta melibatkan anak bekas Menteri Sarawak.
Memetik laporan Berita Harian, bekas suami penyanyi Lufya Omar, 38, iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, terkejut apabila menerima notis tuntutan mutaah berjumlah RM1 juta daripada bekas isteri walaupun sudah bercerai tiga tahun lalu.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Lufya Bertuah Sebagai Ibu Tunggal Mampu Didik Anak Dengan Baik & Mudah Dengan Sokongan Keluarga
Bagaimanapun, Dr Hafiz yang ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan dibuat oleh Lufya pada Oktober tahun lalu.
“Ya, saya terkejut dengan jumlah tuntutan. Saya nak minta maaf, perkara ini privasi dan saya tak nak beri apa-apa kenyataan buat masa ini sebab menghormati isteri saya.
“Memang sangat terkejut, apa-apa pun kita doakan yang terbaik. Semoga urusan semua pihak dipermudahkan,” katanya kepada BH Online.
Dalam masa sama, peguam mewakili Dr Hafiz iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh mengesahkan jumlah tuntutan mutaah daripada pihak plaintif (Lufya) berjumlah RM1 juta.
“Mutaah adalah sagu hati bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai. Jadi, Lufya membuat tuntutan pada Oktober tahun lalu dan hari ini adalah untuk pengurusan kes
“Sebelum ini, mereka sudah menjalani proses sulh, namun tidak mencapai kata sepakat. Kalau ikutkan, betul ia jumlah yang dituntut oleh pihak plantif.
“Namun semuanya masih dalam proses perbincangan dan mahkamah akan menentukan mengikut syarat tertentu,” ujarnya.
Sementara itu, Lufya yang turut hadir ditemani peguam kelihatan sugul dan tidak memberikan sebarang respon ketika ditemui pihak media.
Kedua-dua pihak hadir ke mahkamah untuk pengurusan dokumen membabitkan tuntutan mutaah.
Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura, 5.
Bagaimanapun, Lufya dan Dr Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.
Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Hafiz akhirnya berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.